KWSP Malaysia menerusi satu perkongsian di laman Twitter rasmi mereka memaklumkan mengenai pembayaran bagi permohonan i-Sinar bagi bulan April.
Menurut perkongsian berkenaan, bayaran bagi bulan April sedang dibuat secara berperingkat sehingga 16 April 2021. Para ahli boleh mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun(Ahli) ataupun menghubungi talian Hotline Khas i-Sinar di 03 89224848 .
KWSP juga memaklumkan bahawa pengkreditan amaun ke amaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank anda.
Dalam pada itu, KWSP juga menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sepanjang proses pembayaran dilaksanakan.
Berikut adalah makluman pembayaran bagi permohonan i-Sinar untuk bulan April. Kami menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sepanjang proses pembayaran dilaksanakan.#isinar #kwspisinar #kwspinfo #kwspahli pic.twitter.com/Aidu3QAq1v
— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) April 8, 2021
Sumber: KWSP, Siakap Keli