Zaman sekarang ramai orang suka membeli barang secara online. Bahkan, barang kemas atau perhiasan juga boleh didapatkan di dalam talian. Kita lihat sekarang ada banyak promosi barangan kemas di mana-mana platform media sosial yang ada.
Barangan kemas atau perhiasan antara barang yang disukai oleh kebanyakan wanita. Ia sudah menjadi lumrah seorang wanita menyukai perhiasan. Mereka sanggup habis beribu ringgit untuk membeli barangan kemas yang diimpikan.
Baca: Tujuh Tips Mengenali Emas Palsu supaya tidak tertipu
Namun, perlu diingatkan kepada pembeli di luas sana agar berhati-hati membeli barang kemas atau perhiasan secara online.
Menurut infografik dikongsikan Bernama, penipuan barangan tidak wujud pada 3 bulan pertama 2021 catat kes paling tinggi sejak 2019. Dengan 37 kes dilaporkan, sebanyak RM239,530 kerugian yang dialami sejak Januari sehingga Mac 2021.
Walau bagaimanapun, Orang ramai boleh membuat semakan terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian. Orang ramai boleh semak ketulenan transaksi dan pastikan urusan pembelian dilakukan melalui perjanjian dan kaedah yang diperakui.
Orang ramai boleh semak di pautan ini: https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
💍Waspada beli barang kemas dalam talian
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 8, 2021
💍Beware of buying jewellery online@PDRMsia #infografik / #infographics pic.twitter.com/egdelGU8Od
Sumber: Bernama, Siakap Keli
- Facebook, Instagram dan Whatsapp ‘down’ lagi selepas sebulan lalu, sebahagian besar pengguna dunia terjejas
- Vivy Yusof dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM, sedia kongsi idea dan pembaharuan bermanfaat
- Aplikasi Viral FaceApp : kini mempunyai akses kepada lebih 150 Juta wajah dan nama orang
- Biodata Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin
- Tanda Pagar #IndonesiaBisa Sebagai Kata Semangat
2 Comments
setakat ni belum lagi berani beli emas online. Sedangkan barang murah pun ada silap kat sana sini.. ini kan pula barang yang mahal.
tak berani la nak beli batang mahal secara online. takut kena tipu. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Toner Untuk Kulit Kering
Comments are closed.