News dari Jakarta
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sudah 3 hari di Jakarta. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Berbagai berita menarik yang sedang berlaku di Indonesia tapi aku nak berkongsi 2 news yang paling menarik dari Jakarta.
News yang paling ngetop di Indonesia sekarang adalah kasus (kes) Gayus. Gayus adalah seorang bekas anggota pemerintah yang bekerja sebagai pegawai rendah di kator pajak telah dipenjara beberapa tahun kerana kasus korupsi didapati bergerak bebas di dalam negara dan luar negara. Ketika sepatutnya Gayus berada di dalam penjara tetapi beliau didapati menonton pertandingan tenis di Bali dan keluar negara ke Singapore, Malaysia dan Macau. Terdapat juga kasus yang lain dimana seorang pesalah telah dihukum penjara 7 bulan telah mengupah seorang ibu Rp10juta untuk mengantinya menjalani hukuman tersebut. Hebatkan.
News lain yang tidak kurang ngetop juga apabila pemerintah Indonesia bercadang untuk memblokir (block) penggunaan BlackBerry di Indonesia sekiranya syarikat pengendali tidak dapat blokir situs (website) porno. Di Indonesia BlackBerry antara brand yang paling ngetop. Hampir semua pengguna hp yang aku lihat di Jakarta menggunakan BlackBerry. Cadangan pemerintah nak blokir BlackBerry menjadi perdebatan hangat di TV dan media yang lain.
Bagi aku Indonesia ini kalau diurus dengan baik pasti boleh menjadi negara yang hebat seperti China dan India kerana Indonesia mempunyai sumber populasi yang terbilang sangat ramai tetapi kasus demi kasus melanda Indonesia menyebabkan proses meningkatkan ekonomi sering sahaja tersekat.
[ad#nuffnang336]
