Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kerajaan akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya kes positif Covid-19 mencecah tiga angka.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika kes terus meningkat, kerajaan tiada pilihan melainkan mengembalikan semula PKP sekali gus mengehadkan pergerakan.
Empat hari berturut-turut kes meningkat. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan kes meningkat disebabkan kealpaan kita sendiri.
Kita lupa apabila kita melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang akhirnya kes semakin meningkat.
Kita berharap tindakan kita belum lagi terlewat dan SOP untuk Aidiladha akan diumumkan esok,”
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, setakat ini rentas negeri masih lagi dibenarkan melainkan ada pengumuman lain esok.
Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai supaya menjaga diri sendiri dengan mengikut SOP ditetapkan dan tidak mengharapkan pasukan keselamatan.
Kita semua patut menjadi barisan hadapan dan nasihatkan keuarga terdekat supaya mengikut SOP.
Apa yang membimbangkan Aidiladha nanti bila acara sembelih lembu, tiada jarak sosial dilakukan dan selepas itu majlis kenduri pula diadakan,”
Beliau turut mangataka bahawa pintu sempadan negara masih ditutup.
- Solat Jumaat Pertama Di Wilayah Persekutuan Selepas 8 Minggu Ditangguh
- Umat Islam Disaran Laksana Solat Hajat Esok Susulan Penularan COVID-19
- Segala Aktiviti Masjid Di Selangor Tangguh Sehingga 31 Mei 2020
- Jumlah kenderaan di jalan raya terus meningkat
- Tanda Pagar #IndonesiaBisa Sebagai Kata Semangat
2 Comments
kebarangkalian.. Doakan yang baik-baik dan fikir yang baik-baik. Insya Allah musibah ini segera diangkat dari muka bumi ini…. banyak pengajarannya
Serik dah woii kena PKP ni.. apa pun tak boleh..masak la nak berkurung lama-lama lagi. Marilah kita semua bertaubat
Comments are closed.