Jumlah Kelahiran bayi Dijangka Bertambah Tahun Hadapan?

Spread the love

Pakar tidak menjangkakan adanya pertambahan jumlah kelahiran bayi sembilan bulan dari sekarang, seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Ketika penduduk di kebanyakan negara diarahkan untuk duduk di rumah bagi mengekang wabak COVID-19, ada yang berpendapat akan adanya peningkatan jumlah kelahiran bayi, pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.

Baca : 13 Petua Power Ubah Nasib Diri & Keluarga

Namun pakar mengatakan ia berkemungkinan besar tidak berlaku, malah negara besar seperti Amerika Syarikat mungkin akan menyaksikan penurunan jumlah kelahiran, lapor CNN.

“Tidak mungkin bilangan kelahiran akan meningkat. Ini bukan suasana yang sesuai untuk pasangan merancang mendapatkan anak,” kata Kenneth Johnson, seorang profesor sosiologi di University of New Hampshire.

Malah sebelum pandemik ini melanda, taburan demografi menunjukkan gabungan beberapa faktor seperti kelahiran yang sedikit dan jumlah kematian yang tinggi telah memperlahankan pertambahan penduduk.

Dunia dilanda ketidakpastian apabila munculnya satu pandemik, kata Johnson.

Kedudukan kewangan dan ekonomi yang tidak stabil akan menjadi faktor terbesar yang akan membuatkan banyak pasangan lebih selesa untuk tidak mempunyai anak atau menambah anak.

Baca : Covid-19 : Satu Musibah Atau Ujian?

“Tahap kesuburan jatuh dengan ketara selepas dunia dilanda kemelesetan, itu perkara biasa,” kata Johnson.

sumber : Astroawani


Spread the love