7 produk darah tinggi yang mengandungi losartan yang terlibat dengan notis tarik balik

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

PIHAK Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) menggantung pendaftaran tujuh produk ubatan mengandungi bahan aktif losartan yang dikesan boleh menyebabkan kanser, bermula 7 Mac lalu.

Tujuh produk itu ialah LOSAGEN 50 (Losartan Potassium Tablets 50mg), LOSAGEN 100 (Losartan Potassium Tablets 100 Mg), Losartas 50mg Tablets (Losartan Potassium Tablets 50mg) dan Losartas 100mgc Tablets (Losartan Potassium Tablets 100 Mg).

Selain itu, turut digantung pendaftaran ialah produkTOZAAR PLUS LS 50/12.5mg Tablet (Losartan Potassium/ Hydrochlorothiazide), Tozaar 50mg Tablet (Losartan Potassium Tablets 50mg) dan Tozaar Tablets 100mg (Losartan Potassium Tablets 100 Mg).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan, semua syarikat berkenaan sudah diarahkan untuk menarik balik produk berkenaan dari pasaran tempatan dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.

“Pada masa ini, produk berkenaan sudah dikeluarkan dari pasaran Malaysia kerana dikesan mengandungi losartan dengan sumber bahan aktif Hetero Labs Limited, India yang digantung status pendaftaran di Malaysia pada 7 Mac lalu,”

Dr. Noor Hisham menjelaskan, tindakan tegas itu diambil selepas Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) mengeluarkan notis panggil balik ke atas tiga produk yang mengandungi losartan daripada sumber bahan aktif dikeluarkan syarikat Hetero Labs Limited, India kerana kehadiran impuriti N-nitroso-Nmethyl-4-aminobutyric acid (NMBA)

“Impuriti ini berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang. Tablet losartan adalah ubat yang digunakan dalam rawatan tekanan darah tinggi,”

Kementerian Kesihatan menasihati pengguna supaya menggunakan produk kesihatan berdaftar dengan PKBD dan semakan status pendaftaran sesuatu produk kesihatan boleh dibuat melalui laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun di Google Play.

Sumber: Harian Metro

Public Health Malaysia

Kenyataan Public Health Malaysia melalui facebooknya,

“Jangan bimbang, ubat darah tinggi yang anda gunakan SELAMAT. Hanya 7 produk di tarik balik di pasaran dan ianya TIDAK pernah diberikan di klinik kesihatan dan hospital KKM.”

Bagi pesakit darah tinggi,

  • Pastikan anda mengambil ubat mengikut ketetapan.
  • Bincang dengan doktor & ahli farmasi jika ada sebarang masalah berkaitan dengan ubatan.
  • Kurangkan pengambilan garam dan berhenti merokok.
  • Jika anda mempunyai salah satu daripada 7 produk tersebut, pulangkan kepada premis di mana anda memperolehinya. Gantikan dengan ubat sama dengan jenama yang selamat.

Semoga bermanfaat.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!