IFTAR bersama Perdana Menteri dan Umat Islam Cambodia
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah Ramadhan tahun ini sekali lagi aku dapat jemputan daripada YB Dato’ Othsman Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Cambodia untuk hadir ke majlis Iftar bersama Perdana Menteri Hun Sen dan umat Islam Cambodia. Ini majlis iftar kali kedua yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Cambodia untuk merapatkan hubungan antara Kerajaan, umat Islam dan NGO yang membantu umat Islam Cambodia.
Alhamdulillah lebih 80 orang pewakilan dari Malaysia yang mewakili berbagai agensi dan NGO, antaranya YAPIM, JAKIM, MAIS, Majlis Melayu Nusantara juga dijemput hadir ke majlis ini. Aku dan Tuan Hj Masrukhin dijemput atas tiket eQurban yang merupakan sebuah syarikat usahasama dengan Koperasi Muslim Cambodia menguruskan aqiqah dan qurban di Cambodia. Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam, mantan Ketua Menteri Melaka mengetahui delegasi Malaysia yang telah banyak membantu muslim Cambodia. Sempat juga aku selfie dengan Datuk Seri setelah usaha nak selfie dengan PM Hun Sen dihalang.
Selain wakil NGO, duta-duta daripada berbagai negara juga dijemput kemajlis Iftar dan wakil Duta Kuwait telah diberi kesempatan berucap untuk mewakili semua Kedutaan. Lebih empat ribu umat Islam Cambodia datang daripada seluruh pelusuk negara telah diundang untuk iftar bersama para jemputan. Kami duduk semeja dengan Tuan Hj Dr. Ghafar dari JAKIM, Datuk Abibullah dari YAPIM, wakil dari Singapore, wakil dari Thailand dan Datuk Fauzi dari MCCM.
Sebelum balik kami sempat juga menghadiri majlis penyerahan zakat kepada asnaf untuk penduduk miskin tiga kampung di Masjid Nurul Naim Batu 8, Phnom Penh. Penyerahan zakat sumbangan dari berbagai NGO disempurnakan oleh YB Dato’ Othsman Hassan. Semuga sumbangan zakat ini dapat membantu umat Islam di bulan mulia Ramadhan ini.
Alhamdulillah semakin banyak organisasi daripada berbagai negara semakin yakin untuk bekerjasama dengan Koperasi Muslim Cambodia dengan nilai sehingga jutaan ringgit untuk membina ekonomi umat Islam Cambodia. Kepada rakan-rakan yang ingin menginfaq harta memang bagus bekerjasama dengan Koperasi Muslim Kemboja berbanding dengan individu. Prestasi Koperasi menguruskan dana dari seluruh dunia sudah terbukti terbaik.











