Sahabat adalah teman kepada kejayaan
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah ALLAH pertemukan aku dengan ramai insan-insan yang berjaya. Melihat kejayaan seseorang adalah motivasi kehidupan tetapi lebih penting menyelami perjalanan sebuah kejayaan seseorang kerana sudah pasti banyak onak dan duri. Kejayaan tidak datang bergolek pasti penuh dengan ujian dan kegagalan yang perlu di tempohi. Itulah yang kita perlu belajar apabila bercita-cita nak menjadi insan berjaya. Mencemburi kejayaan seseorang untuk dicontohi adalah baik tetapi mengata nista itu buruk perangai.


Insan-insan hebat berjaya kerana mereka kerja kuat, kerja bersungguh-sungguh, berdisplin, sanggup korban masa, korban tenaga, meninggalkan keluarga bila perlu, tidak pernah putus asa walaupun melalui berbagai kegagalan, tidak pernah mengalah, sentiasa positif, berjiwa kental, tidak berhenti belajar. Dan banyak lagi, terlalu banyak catatan positif kalau nak ditulis tidak cukup satu entri yang ada pada diri insan-insan yang berjaya.


Itu semua memang hebat tapi lebih hebat lagi walaupun sudah berjaya insan-insan ini masih lagi bekerja kuat untuk manafaat seluruh alam. Mereka menjadi seperti lampu bukan hanya menerangi diri sendiri tetapi menerangi insan lain untuk membina kejayaan bersama. Itu bezanya mereka yg berjaya berbanding orang lain yg sentiasa memberi alasan pada diri sendiri utk melapik kegagalan demi kegagalan hidup.


Nak berjaya menjadi blogger hebat berkawanlah dengan blogger yang sudah berjaya. Nak menjadi usahawan yang berjaya berkawanlah dengan usahawan yang sudah berjaya. Nak menjadi penulis buku yang berjaya berkawanlah dengan penulis buku yang sudah berjaya. Nak menjadi jutawan hartanah berkawanlah dengan insan yang sudah menjadi jutawan hartanah. Kawan disekeliling kita bakal mencorak kehidupan kita kelak.

Jangan malu untuk berkawan dengan mereka yang sudah berjaya apabila kita mempunyai cita-cita untuk berjaya seperti mereka. Jadikan mereka mentor untuk mengajar kita menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.
Perbandingan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi .
Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau akan membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya.
Sedangkan tukang besi, mungkin (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak enak .” (HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628)
