Rebutlah peluang ini! Laksanakan Ibadah Qurban Kambing Mekah 2019

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ibadah Qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah.

Amalan Qurban menjadi satu ibadah tahunan bagi masyarakat Islam khususnya di Malaysia yang melakukan penyembelihan Qurban samada dilakukan di masjid, surau, balai raya, padang awam, taman perumahan atau rumah persendirian. Pelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh masyarakat awam dalam melaksanakan penyembelihan qurban.

Dalil pensyariatan Ibadah Qurban

  • Maka, dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. [Surah Al-Kautsar: 2]
  • Dan telah kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi’ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila kamu telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta, Demikianlah kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur. [Surah al-Hajj: 36]

Hikmah Ibadah Qurban

Ibadah Qurban disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT atas segala nikmat-Nya yang berbagai-bagai dan juga atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun. Ia juga bertujuan menjadi kifarat bagi pelakunya sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan, ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan, di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain.

Dalam pelaksanaan ibadah qurban ini, selain ia diuruskan secara individu, ada syarikat atau agensi pengurusan qurban menawarkan perkhidmatan mengurus qurban sebagai satu perniagaan kepada mereka yang memerlukan. Cara ini termasuk urusan atas talian yang dianggap lebih cepat dan senang tanpa melalui proses ‘turun padang’ untuk melaksanakan ibadah qurban.

Hukum melaksanakan Qurban

Qurban bermaksud nama bagi sesuatu yang diqurbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada Aidil Adha. Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub kepada Allah SWT pada masa-masa tertentu. Ia juga diertikan sebagai ternakan an’am yang disembelih pada Hari Nahar dengan tujuan taqarrub kepada Allah SWT.

Ibadah Qurban hukumnya sunnat muakkad iaitu sunat yang dituntut. Menurut Imam as-Syafie, ibadah Qurban ini hukumnya sunat bagi mereka yang mampu, sama ada ketika berada di tempat tinggalnya, dalam perjalanan (musafir) mahupun ketika mengerjakan haji.

Ukuran ‘mampu’ berkorban itu hakikatnya sama seperti kemampuan untuk bersedekah iaitu mempunyai lebihan harta (wang) setelah memenuhi keperluan harian yang lazim bagi setiap manusia.

wakil kami, Maulana Ustaz Effendi berada di Mekah

Untuk tempahan di Whatsapp, klik SINI

Qurban kambing Mekah bukan hanya untuk orang kaya

Ada sesetengah orang menganggap ibadah Qurban ini hanya untuk orang yang berharta atau kaya raya. Sebenarnya ibadah korban ni terlalu banyak rahsia tersembunyi yang kita tidak akan tahu jika kita tidak pernah melakukannya. Dengan mengeluarkan duit kita sendiri, hasil titik peluh kita sendiri untuk ibadah ini.

Terbukti umat Islam yang sentiasa ambil bahagian dalam Qurban tidaklah miskin malah bertambah melimpah ruah rezeki mereka. Buangkan perasaan tidak ada duit maka tak nak buat ibadah Qurban kerana sebenarnya ibadah Qurban adalah pembuka pintu kepada rezeki yang tidak disangka-sangka.

Pada tahun ini, sekali lagi pihak Denaihati akan menguruskan tempahan Qurban kambing yang akan dilaksanakan di Tanah Suci Mekah. Ustaz Maulana Effendi selaku wakil Denaihati akan berada di lokasi sembelihan untuk menguruskan sembelihan dan tempahan Qurban Kambing Mekah.

Harga Kambing Mekah 2019

Harga yang ditawarkan pada tahun ini adalah hanya RM550 seekor untuk yang ingin melaksanakannya dengan mewakilkan pihak Denaihati Resourses untuk menguruskannya. Saban tahun lebih 1000 ekor yang ditempah dan ini menunjukkan kepercayaan bertahun-tahun untuk urusan qurban kambing di Mekah.

Siapa yang tidak mahu membuat ibadah dan kebaikan di tanah suci Mekah?

Inilah peluang yang hadir di hadapan anda sekarang untuk mendapat pahala berganda-ganda dengan Qurban Kambing Mekah ini. Usahakanlah untuk melakukannya walau seekor untuk diri anda atau keluarga pada tahun ini.

Untuk tempahan di Whatsapp, klik SINI


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!