Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Nikmat Rezeki Diperluas Apabila Berbakti Kepada Ibu Bapa
Setiap anak wajib memuliakan ibu bapa mereka kerana Allah SWT meletakkan darjat kedua-dua ibu bapa sangat istimewa dalam kehidupan seorang anak.
Ibu bapa merupakan insan yang telah menjaga dan membesarkan anak-anak dengan pelbagai tingkah laku tanpa mengeluh penat dan lelah.
Dari seorang ibu yang berkorban menanggung sakit saat melahirkan seorang anak dan jasa seorang ayah yang bekerja penat lelah menjaga dan menyara keluarga.
Justeru, sebagai seorang anak adakah kita tidak mampu melihat segala jasa mereka, seterusnya menghargai pengorbanan mereka? Sedarlah bahawa anak yang merawat, memuliakan, berbakti dan menjaga ibu bapa akan dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat kelak.
Anak yang memuliakan ibu bapanya akan mendapat ganjaran pahala. Ia bersamaan pahala berjihad dijalan Allah SWT kerana pengorbanan menjaga dan merawat ibu bapa dengan baik juga adalah sangat dituntut di dalam Islam
Memuliakan Ibu Bapa Satu Ibadah
Memuliakan ibu bapa juga adalah satu ibadah iaitu tidak sempurna amal ibadah seseorang anak jika beliau mengabaikan kebajikan ibu bapa. Jagalah ibu bapa dan anggaplah itu sebagai ibadah kita kerana apabila kita ikhlas, segalanya mudah dilakukan tanpa merasa ia suatu beban.
Selain itu, anak-anak yang memuliakan kedua-dua ibu bapanya juga dianugerahkan nikmat kebahagiaan dalam kehidupan.
Anak-anak juga turut dimurahkan rezekinya dari segi pelbagai cabang sama ada wang, makanan, ketenangan hati dan sebagainya.
Justeru, setiap anak-anak yang merawat ibu bapanya sudah pasti mendapat balasan Syurga kerana anak-anak yang menjaga ibu bapa dengan baik, mereka sudah pasti diberkati oleh Allah SWT dan dijanjikan syurga.
Ibu bapa juga perlu mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya supaya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman iaitu di Syurga. Allah SWT mendengar setiap doa hambaNya.
Berbakti Ketika Hidup Dan Mati
Akhir sekali, berbakti kepada ibu bapa juga bukan sahaja terhad ketika mereka masih hidup malah walaupun sudah meninggal dunia, kita masih boleh berbakti kepada kedua-dua ibu bapa kita.
Antaranya memohon doa kepada Allah SWT semoga di ampunkan dosa-dosa mereka, menempatkan mereka di dalam Syurga dan dijauhkan dari api neraka, bersedekah atau berwakaf atas nama kedua-dua ibu bapa agar pahalanya berkekalan.
Moga-moga dalam setiap kebaikan yang kita lakukan mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat serta ditempatkan ibu bapa kita di Syurga Allah SWT kelak nanti. InshaAllah.
Semoga Bermanfaat.
Kredit: Tweet Islamik.
10 Comments
anak-anak seWAJIBnya menjaga ibu bapa mereka apabila mereka sudah dewasa manakala ibu bapa pula makin lama makin dimamah usia .
berilah mereka keselesaan sebagaimana mereka memberi kita keselesaan sehingga kita brjaya dimasa kini .
Insyallah syurga buat anak yg berbakti kepada kedua2 org tua mereka ni .
Curahan rasa sakinah @ ..Cara Daftar Agen dan Dropship Tasneem Naturel
Sesetengah orang menjadikan ibu bapa sebagai tabung kecemasan mereka, dan ada juga ibu bapa yang menjadikan anak anak sebagai tabung persaraan mereka. Berpada padalah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Raya Dengan Shopee
sangat beruntung kerana mempunyai ibu bapa yang masih hidup…
gunakan kesempatan yang berbaki tersebut untuk membuat bakti sebanyak mungkin untuk mereka
Curahan rasa mrhanafi @ ..Perjalanan menuju kejayaan perlu motivasi dalaman
Betul sangat tu… tanggung jawab sebagai anak mmg besar terhadap ibu bapa..
Allahu, betul sgt dah. Berbaktilah seboleh yang mungkin untuk keramat hidup kita.
jangan la sampai ada rasa ralat kerana tak membahagiakan mereka.
Curahan rasa syakirin yusoff @ ..Agen Tasneem Naturel Shah Alam
Yang paling perlu diingat, kita juga akan menjadi ibubapa yang akan menginjak tua satu hari nanti. Pengabaian kepada orang tua akan mendapat balasan. Kita juga nanti akan diabaikan oleh anak-anak kita sendiri nanti.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Rujukan Dan Jadual Ujian Psikometrik Bulan Februari 2020 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
alhamdulillah. berbakti lah kepada ibubapa sementara mereka masih ada. supaya kita tidak menyesal apabila mereka sudah tiada. di waktu mereka masih ada, bahagiakan lah mereka, berbelanja lah untuk mereka.
i love my family
Curahan rasa Mia Sowi @ ..Anak Batuk Selsema? Dapatkan Balm Dari Stokis Tasneem Naturel Ipoh
betul sangat. saya sedang berusaha berbakti kepada ibubapa saya. semoga saya terus beristiqomah melakukannya tanpa lelah.
Curahan rasa nadia @ ..Agen Tasneem Naturel Batu Caves
alhamdulillah.
entry yang sangat menarik. terima kasih berkongsi maklumat dengan kami semua.
ilmy yang sangat berguna.
Sekarang kita sebagai anak lah yang kena membahagiakan ibu bapa kita pula.
Justeru, setiap anak-anak yang merawat ibu bapanya sudah pasti mendapat balasan Syurga kerana anak-anak yang menjaga ibu bapa dengan baik, mereka sudah pasti diberkati oleh Allah SWT dan dijanjikan syurga.
Ibu bapa juga perlu mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya supaya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman iaitu di Syurga. Allah SWT mendengar setiap doa hambaNya.
Curahan rasa Haridah @ ..Agen Tasneem Naturel Banting
Comments are closed.