Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penulis jemputan kali ni merupakan seorang usahawan internet dan pemilik Studio Aksara iaitu saudara Firdaus Latib. Beliau menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi maklumat tentang tip blogging, Search Engine Optimazition (SEO) dan pemasaran sosial media. Dalam entri ini beliau akan berkongsi dengan pembaca blog Denaihati tentang “5 Hakikat Perit dan Pahit yang Ditanggung Oleh Blogger“. Joom sama-sama kita baca.
Ada pepatah Melayu menyatakan, “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” Dunia blogging juga tidak ada bezanya. Setiap kejayaan yang dikecapi, pasti bermula dengan keperitan yang perlu dilalui. Hari itu tidak selalu indah. Tetapi dengan kesusahan yang kita alami, keindahan itu dinikmati dengan 1001 erti.
Kisah perit dan pahit seorang pemilik blog, tiada siapa mahu tahu. Kerana kita sudah terbiasa disajikan dengan benda yang baik-baik. Sehingga kita menganggap benda buruk itu sentiasa tidak mempunyai manfaatnya. Kita lupa, kita alpa. Corak kehidupan manusia berbeza-beza. Tuhan itu Maha Adil, hanya Dia yang tahu sumber terbaik untuk hamba-Nya.
Namun apakah hakikat yang sering disembunyikan oleh pemilik blog yang sudah rasa manisnya? Adakah semuanya berlaku tanpa mereka lalui sebarang keperitan?
Jawapannya, tidak.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh antara kamu, dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad,ayat 31).
Setiap Orang yang Merasai Manis, Pastikan Akan Merasai Pahitnya
Sebagai seorang manusia dan hamba-Nya, kita tidak akan terlepas dengan ujian yang diturunkan. Ia adalah medan bagi menguji kekuatan, dan ketaqwaan kita pada yang Maha Esa. Tetapi apakah keperitan dan kepahitan yang dialami oleh pemilik blog? Apakah kepentingannya untuk kita tahu?
Jawapannya satu… Supaya kita bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal menguji mental dan fizikal, cabaran yang akan membuatkan kita mengangkat bendera putih, atau memilih untuk terus berjuang mencapai impian.
5 Hakikat Perit dan Pahit Seorang Blogger
Apabila kita lihat setiap blog yang telah berjaya menaikkan nama mereka di persada tempatan, atau antarabangsa, terdapat 5 jenis hakikat perit dan pahit yang dapat kita peroleh:
#1 – Blog mereka tidak menjana pendapatan seperti yang mereka inginkan
Tidak semua blog bermula dengan baik pada tahap permulaan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi hanya menjana pendapatan sekitar RM100 hingga RM300 sahaja setiap bulan. Sedangkan rakan-rakan blog yang lain sudah menjana pendapatan yang cukup untuk berhenti kerja.
Di mana silapnya? Itu kita sendiri perlu kaji. Adakah ia melibatkan rezeki yang Tuhan ingin berikan? Jawapannya terletak pada sejauh mana kepercayaan kita terhadap janji agama kita.
#2 – Blog mereka tidak mempunyai desain yang cantik pada permulaan
Tidak semua blog dilahirkan terus cantik dan menarik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi desain blog mereka tidak ubah seperti tahun Windows XP diperkenalkan. Struktur laman blog menyukarkan pembacaan, dan warna tema sering bertukar-tukar.
Di mana silapnya? Banyakkan lagi membaca kisah kejayaan blog-blog hebat. Lihat pengstrukturan blog mereka. Sudah tentu ia berbeza dengan blog kita.
#3 – Blog mereka tidak mempunyai pembaca yang konsisten
Tidak semua blog dilahirkan terus mempunyai ribuan pelawat setiap bulan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi pelawat blog hanya 100 hingga 300 orang sahaja setiap bulan. Sudah mencuba pelbagai cara pemasaran, tetapi hasilnya tetap ‘Pi Mai, Pi Mai, Tang Tu’.
Di mana silapnya? Lihat kembali blog kita. Adakah ia menepati keperluan pembaca?
#4 – Blog mereka tidak memiliki hosting yang baik
Tidak semua blog dilahirkan dapat mengekalkan uptime server dengan baik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi kebanyakan masa operasi itu, blognya kerap mengalami masalah server down. Menyukarkan pembaca untuk menelaah ilmu-ilmu dalam blog kita.
Di mana silapnya? Lihat kembali syarikat hosting kita. Adakah kita bayar setaraf dengan kualiti yang kita mahukan?
#5 – Blog mereka tidak mempunyai domain yang mudah diingati
Tidak semua blog dilahirkan mempunyai nama domain yang mudah diingati, dan melekat dalam hati pembaca. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi jika kita sering terlupa untuk mengeja nama blog mereka.
Di mana silapnya? Lihat kembali nama domain blog. Kemudian tanya pada diri kita. Adakah kita memilih nama atas dasar syok sendiri, atau memilih kerana mahu pembaca mudah mengingati jenama kita?
Para pembaca yang budiman, selain daripada 5 hakikat perit dan pahit di atas, adakah kalian mempunyai kisah sendiri? Mohon kongsikan dalam ruangan komen yang disediakan di bawah. 😉
Kredit gambar: Jorge Quinteros
295 Comments
yap,,benar sekali Dh bahwa semua pasti ada manis dan pahitnya….saya termasuk blogger yang belum ngerti apa2…..dan masih belum bisa mendapatkan uang dari blog…
Curahan rasa Obat Herbal Asam Urat @ ..Kisah Sembuh Penderita Sinusitis
Bukan perkara mudah bila memutuskan untuk menjadi seorang blogger
Curahan rasa Kompilasi Pena @ ..Pola Hidup Yang Sehat
Karena memang memulai perjuangan dari awal membuat sebuah blog dan konsisten dalam membuat entri juga bukan hal yang mudah dan gampang
Curahan rasa Kompilasi Pena @ ..Pola Hidup Yang Sehat
Tetapi bila memang telah menjadi hobi hal menulis ini bisa salah satu cara menyalurkan hobi menulis dengan cara membuat entri di Blog
Curahan rasa Kompilasi Pena @ ..Pola Hidup Yang Sehat
tidak bermakna susah. Cuma amat mencabar.
Curahan rasa iAwani @ ..Google Keluarkan Senarai Semak Kualiti Pembangunan Aplikasi Untuk Tablet Android
yela, betul juga.. aku lah salah seorang yang dah setahun lbh berblog tapi x pernah cash money stkt ni.. sedih juga sbnrya..
Curahan rasa poruman @ ..Gambar Khairul Fahmi bercinta dengan Leuniey
saya persis merasakan hal seperti diatas tapi enjoy saja yang penting bisa dapat sahabat dan menambah ilmu
Curahan rasa Metrolisa @ ..Menarik Trafik blog dengan Pinterest
Saya rasa itu yang paling utama.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..I LOVE YOU MAS BRO | Antara Perjuangan Hidup, Persaudaraan, dan Cinta
info yang menarik, mudahan akan dipraktikkan.. thank you..
Curahan rasa wanayu @ ..Keputusan Liverpool vs Stoke City 7 oktober 2012
Saya banyak baca entri En.firdaus ni, tip2 yg sangat berguna dan mudah difahami…malah sedikit sebanyak membantu ya menulis dengan lebih baik lagi..terima kasih n tahniah dengan pelancaran Ebook anda 🙂
Curahan rasa Akmaomar @ ..Abuse Against Women In Malaysia
tepat penjelasan anda, memberikan dukungan untuk artikel ini
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Jadwal Pelaksanaan UKG Online Tahap 2 Tahun 2012
Saya sokong pendapat entri ini
Curahan rasa Hanif @ ..Pendaftaran BR1M 2.0 bermula 1 Nov
Benyak belajar dari ilmu yang telah disampaikan ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Presiden Menengahi Konflik KPK Polri
Dan juga bisa menjadi cambuk untuk lebih bersemangat lagi dalam mengarungi dunia blogger
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Presiden Menengahi Konflik KPK Polri
ya ayo lebih semangat mas optimalkan GA nya
Curahan rasa Metrolisa @ ..Menarik Trafik blog dengan Pinterest
Iya nih bang..makasih supportnya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Presiden Menengahi Konflik KPK Polri
rasanya 1-3 tu memang ada kena mengena. tapi tak mengapa, sekarang ni teruskan dengan minat.
Curahan rasa zool @ ..Pergi ke LCCT
insyallah akan berjaya.. nak tambah juga
1. Idea takde..sampai berhari-hari tak update..
2. Line internet problem. idea melambak line problem..
3. PC rosak.. pun kacau juga
4. Sakit. Ketentuan. ada yang sakit sampai tak mampu meneruskan..
er.. cukup banyak tu.. nanti dah cam blog sendiri pula
Curahan rasa zool @ ..Van paling comel
banyak membaca tips & trick camni memang membuka minda jugak bila menceburi diri dalam bidang blogging ni..
Curahan rasa pipoq @ ..Melihat perkembangan anak
Setiap org banyak ragamnya,
Ada sekadar hanya suka-suka,
Ramai lagi yg mahu menerpa nama,
Supaya income dpt kepuasannya tak terhingga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
Setiap perancangan ada rintangannya,
Rintangan dilanda terpa terbela,
Keperitan terasa sememangnya ada,
Untuk jadi dikenali sukarnya amat terseksa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
memang ada betul apa yang dinyatakan, sama2 kt memperbaiki
Curahan rasa lewisdotmy @ ..LG Optimus G Nexus Diumumkan November 2012
Perjuangan tiada mengenal lelah seorang blogger yang dilakukan dengan sepenuh hati nantinya suatu saat akan membuahkan hasil yang manis Insya Allah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Presiden Menengahi Konflik KPK Polri
Blogger-blogger senior yang berjaya tentunya mendapatkan kesuksesannya tiadalah mudah dan gampang
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Presiden Menengahi Konflik KPK Polri
Perjuangan para blogger senior yang sukses telah melalui hal-hal yang sulit dan sekarang mendapatkan hasil dari perjuangan yang manis
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Presiden Menengahi Konflik KPK Polri
semoga mas sesuai dengan yang kita harapkan
Curahan rasa Metrolisa @ ..Menarik Trafik blog dengan Pinterest
Comments are closed.