Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penulis jemputan kali ni merupakan seorang usahawan internet dan pemilik Studio Aksara iaitu saudara Firdaus Latib. Beliau menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi maklumat tentang tip blogging, Search Engine Optimazition (SEO) dan pemasaran sosial media. Dalam entri ini beliau akan berkongsi dengan pembaca blog Denaihati tentang “5 Hakikat Perit dan Pahit yang Ditanggung Oleh Blogger“. Joom sama-sama kita baca.
Ada pepatah Melayu menyatakan, “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” Dunia blogging juga tidak ada bezanya. Setiap kejayaan yang dikecapi, pasti bermula dengan keperitan yang perlu dilalui. Hari itu tidak selalu indah. Tetapi dengan kesusahan yang kita alami, keindahan itu dinikmati dengan 1001 erti.
Kisah perit dan pahit seorang pemilik blog, tiada siapa mahu tahu. Kerana kita sudah terbiasa disajikan dengan benda yang baik-baik. Sehingga kita menganggap benda buruk itu sentiasa tidak mempunyai manfaatnya. Kita lupa, kita alpa. Corak kehidupan manusia berbeza-beza. Tuhan itu Maha Adil, hanya Dia yang tahu sumber terbaik untuk hamba-Nya.
Namun apakah hakikat yang sering disembunyikan oleh pemilik blog yang sudah rasa manisnya? Adakah semuanya berlaku tanpa mereka lalui sebarang keperitan?
Jawapannya, tidak.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh antara kamu, dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad,ayat 31).
Setiap Orang yang Merasai Manis, Pastikan Akan Merasai Pahitnya
Sebagai seorang manusia dan hamba-Nya, kita tidak akan terlepas dengan ujian yang diturunkan. Ia adalah medan bagi menguji kekuatan, dan ketaqwaan kita pada yang Maha Esa. Tetapi apakah keperitan dan kepahitan yang dialami oleh pemilik blog? Apakah kepentingannya untuk kita tahu?
Jawapannya satu… Supaya kita bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal menguji mental dan fizikal, cabaran yang akan membuatkan kita mengangkat bendera putih, atau memilih untuk terus berjuang mencapai impian.
5 Hakikat Perit dan Pahit Seorang Blogger
Apabila kita lihat setiap blog yang telah berjaya menaikkan nama mereka di persada tempatan, atau antarabangsa, terdapat 5 jenis hakikat perit dan pahit yang dapat kita peroleh:
#1 – Blog mereka tidak menjana pendapatan seperti yang mereka inginkan
Tidak semua blog bermula dengan baik pada tahap permulaan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi hanya menjana pendapatan sekitar RM100 hingga RM300 sahaja setiap bulan. Sedangkan rakan-rakan blog yang lain sudah menjana pendapatan yang cukup untuk berhenti kerja.
Di mana silapnya? Itu kita sendiri perlu kaji. Adakah ia melibatkan rezeki yang Tuhan ingin berikan? Jawapannya terletak pada sejauh mana kepercayaan kita terhadap janji agama kita.
#2 – Blog mereka tidak mempunyai desain yang cantik pada permulaan
Tidak semua blog dilahirkan terus cantik dan menarik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi desain blog mereka tidak ubah seperti tahun Windows XP diperkenalkan. Struktur laman blog menyukarkan pembacaan, dan warna tema sering bertukar-tukar.
Di mana silapnya? Banyakkan lagi membaca kisah kejayaan blog-blog hebat. Lihat pengstrukturan blog mereka. Sudah tentu ia berbeza dengan blog kita.
#3 – Blog mereka tidak mempunyai pembaca yang konsisten
Tidak semua blog dilahirkan terus mempunyai ribuan pelawat setiap bulan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi pelawat blog hanya 100 hingga 300 orang sahaja setiap bulan. Sudah mencuba pelbagai cara pemasaran, tetapi hasilnya tetap ‘Pi Mai, Pi Mai, Tang Tu’.
Di mana silapnya? Lihat kembali blog kita. Adakah ia menepati keperluan pembaca?
#4 – Blog mereka tidak memiliki hosting yang baik
Tidak semua blog dilahirkan dapat mengekalkan uptime server dengan baik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi kebanyakan masa operasi itu, blognya kerap mengalami masalah server down. Menyukarkan pembaca untuk menelaah ilmu-ilmu dalam blog kita.
Di mana silapnya? Lihat kembali syarikat hosting kita. Adakah kita bayar setaraf dengan kualiti yang kita mahukan?
#5 – Blog mereka tidak mempunyai domain yang mudah diingati
Tidak semua blog dilahirkan mempunyai nama domain yang mudah diingati, dan melekat dalam hati pembaca. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi jika kita sering terlupa untuk mengeja nama blog mereka.
Di mana silapnya? Lihat kembali nama domain blog. Kemudian tanya pada diri kita. Adakah kita memilih nama atas dasar syok sendiri, atau memilih kerana mahu pembaca mudah mengingati jenama kita?
Para pembaca yang budiman, selain daripada 5 hakikat perit dan pahit di atas, adakah kalian mempunyai kisah sendiri? Mohon kongsikan dalam ruangan komen yang disediakan di bawah. 😉
Kredit gambar: Jorge Quinteros
295 Comments
Masih perlu perbaiki lagi.. thanks for remind me brother..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Lunch Olio + zucchini grill
Mengikut pengalaman sendiri..nk dpt duet dr blog la yg plg ssh skali..mmg slalu sgt rase putus asa..tp kalo cpt sgt mengaku klh mmg x merase la kejayaan die kn? hehe nk men blog ni usaha kne berterusan..jgn impikan kejayaan yg sekelip mata 🙂
Tip di atas semua org dah tahu , tapi kadang2 cakap tu semua org boleh, cuma perlaksanaanlah yg menjadi kekangan. Keperitan dan kepahitan sentiasa datang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
Biasanya nak majukan blog kita, perlukan perancangan yg teliti, kena ada sumber kewangan yg lebih. Cth terbaik adalah spt DH. Adakan contest, giveaways, insentif utk komen terbanyak, insentif utk link referer, ada blogger jemputan, anjurkan seminar, lebih2 lg sentiasa memberi dan tak mengharap balasan. Ini cuma pandangan peribadi, walhal yg sendiri pun terkial-kial. Maklum sajalah serba kekurangan baik dr segi masa, kewangan, keluarga, pekerjaan dll.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
betul itu bro , , i like it postingan di atas . . .
dah hampir setahun aku masih belum jumpa struktur blog aku yang sebenar-benarnya. Ramai hanya tahu beri pendapat tetapi berapa ramai yang sudi membantu.
Curahan rasa hatiputera @ ..Alpha Lipid SD2: Program Turunkan Berat Badan
Apa yang diperlukan, perlukan kan bantuan rakan2. Bukan semua yg kita mahu boleh dapat, tapi setidak-tidaknya apa yg diperlukan kena luahkan kepada org yg lebih arif.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..InsyaAllah…..
Curahan rasa eyriqazz @ ..Rebut Peluang Menjana Pendapatan di Internet
Terima kasih di atas perkongsian yang sungguh menarik ni,Blog sebagai medium untuk jana pendapatan memang memerlukan komitmen yang baik,begitu juga untuk mempunyai pembaca yang tetap.
Curahan rasa wazy @ ..Perancangan Untuk 3 Tahun Akan Datang
Setiap blogger memiliki ciri khas tersendiri yang membedakan dirinya dengan blogger yang lain
Semua org ada target tersendiri,
Mahu semua blog ada identiti,
Supaya ramai yg akan kenali,
Barulah segalanya boleh terbitkan entri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
Komen secara berpantun. Menarik.
Curahan rasa Firdaus Latib @ ..Tip Penulis Jutawan – Wujudkan Tekanan Produktif
Perjuangan blogger amat perit,
Ada masa boleh sampai terjerit,
Memcerminkan nasib yang terbit,
Dah pasti banyak perkara yang terbabit.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
sedang berjuang untuk menaikkan nama blog sendiri, apa pun ujian tetap ada
Curahan rasa sweetkurma @ ..ujian memantapkan hati
perkara perkara realiti dari hati seorang blogger..
Curahan rasa KiD @ ..Happy Birthday Dhiyaz86
Memang perjuangan blogger tidaklah mudah
Curahan rasa Kompilasi Pena @ ..Pola Tidur Yang Baik
Hampir 4 bulan blog juga tak terurus karena kesibukan offline, sekarang mencoba aktif kembali
Curahan rasa Kompilasi Pena @ ..Pola Tidur Yang Baik
Semangat…semangat tuk berkarya dalam dunia blogging
Curahan rasa Kompilasi Pena @ ..Pola Tidur Yang Baik
Semangat yang ada mengatasi segalanya,
Perjuangan yang digerakkan sentiasa terlaksana,
Kepayahan dan keperitan sentiasa ada,
Namun rancangan yang dibina haruslah kekal tersedia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!
Sebuah perkongsian yang sangat bermanfaat, terutama bagi saya tentunya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..I LOVE YOU MAS BRO | Antara Perjuangan Hidup, Persaudaraan, dan Cinta
Ternyata dari 5 hakikat diatas, semua dimiliki oleh blog saya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..I LOVE YOU MAS BRO | Antara Perjuangan Hidup, Persaudaraan, dan Cinta
dimiliki juga oleh blog saya Bang
Curahan rasa Dadan @ ..Hati-hati Jika Bicara
Tapi semua itu kembali ke Misi pertama kita dalam ngeblog.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..I LOVE YOU MAS BRO | Antara Perjuangan Hidup, Persaudaraan, dan Cinta
Manakala tujuan utama kita ngeblog adalah menambah penghasilan, maka kelima hakikat tersebut diatas memang sangatlah penting.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..I LOVE YOU MAS BRO | Antara Perjuangan Hidup, Persaudaraan, dan Cinta
Comments are closed.