Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penulis jemputan kali ni merupakan seorang usahawan internet dan pemilik Studio Aksara iaitu saudara Firdaus Latib. Beliau menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi maklumat tentang tip blogging, Search Engine Optimazition (SEO) dan pemasaran sosial media. Dalam entri ini beliau akan berkongsi dengan pembaca blog Denaihati tentang “5 Hakikat Perit dan Pahit yang Ditanggung Oleh Blogger“. Joom sama-sama kita baca.
Ada pepatah Melayu menyatakan, “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” Dunia blogging juga tidak ada bezanya. Setiap kejayaan yang dikecapi, pasti bermula dengan keperitan yang perlu dilalui. Hari itu tidak selalu indah. Tetapi dengan kesusahan yang kita alami, keindahan itu dinikmati dengan 1001 erti.
Kisah perit dan pahit seorang pemilik blog, tiada siapa mahu tahu. Kerana kita sudah terbiasa disajikan dengan benda yang baik-baik. Sehingga kita menganggap benda buruk itu sentiasa tidak mempunyai manfaatnya. Kita lupa, kita alpa. Corak kehidupan manusia berbeza-beza. Tuhan itu Maha Adil, hanya Dia yang tahu sumber terbaik untuk hamba-Nya.
Namun apakah hakikat yang sering disembunyikan oleh pemilik blog yang sudah rasa manisnya? Adakah semuanya berlaku tanpa mereka lalui sebarang keperitan?
Jawapannya, tidak.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh antara kamu, dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad,ayat 31).
Setiap Orang yang Merasai Manis, Pastikan Akan Merasai Pahitnya
Sebagai seorang manusia dan hamba-Nya, kita tidak akan terlepas dengan ujian yang diturunkan. Ia adalah medan bagi menguji kekuatan, dan ketaqwaan kita pada yang Maha Esa. Tetapi apakah keperitan dan kepahitan yang dialami oleh pemilik blog? Apakah kepentingannya untuk kita tahu?
Jawapannya satu… Supaya kita bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal menguji mental dan fizikal, cabaran yang akan membuatkan kita mengangkat bendera putih, atau memilih untuk terus berjuang mencapai impian.
5 Hakikat Perit dan Pahit Seorang Blogger
Apabila kita lihat setiap blog yang telah berjaya menaikkan nama mereka di persada tempatan, atau antarabangsa, terdapat 5 jenis hakikat perit dan pahit yang dapat kita peroleh:
#1 – Blog mereka tidak menjana pendapatan seperti yang mereka inginkan
Tidak semua blog bermula dengan baik pada tahap permulaan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi hanya menjana pendapatan sekitar RM100 hingga RM300 sahaja setiap bulan. Sedangkan rakan-rakan blog yang lain sudah menjana pendapatan yang cukup untuk berhenti kerja.
Di mana silapnya? Itu kita sendiri perlu kaji. Adakah ia melibatkan rezeki yang Tuhan ingin berikan? Jawapannya terletak pada sejauh mana kepercayaan kita terhadap janji agama kita.
#2 – Blog mereka tidak mempunyai desain yang cantik pada permulaan
Tidak semua blog dilahirkan terus cantik dan menarik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi desain blog mereka tidak ubah seperti tahun Windows XP diperkenalkan. Struktur laman blog menyukarkan pembacaan, dan warna tema sering bertukar-tukar.
Di mana silapnya? Banyakkan lagi membaca kisah kejayaan blog-blog hebat. Lihat pengstrukturan blog mereka. Sudah tentu ia berbeza dengan blog kita.
#3 – Blog mereka tidak mempunyai pembaca yang konsisten
Tidak semua blog dilahirkan terus mempunyai ribuan pelawat setiap bulan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi pelawat blog hanya 100 hingga 300 orang sahaja setiap bulan. Sudah mencuba pelbagai cara pemasaran, tetapi hasilnya tetap ‘Pi Mai, Pi Mai, Tang Tu’.
Di mana silapnya? Lihat kembali blog kita. Adakah ia menepati keperluan pembaca?
#4 – Blog mereka tidak memiliki hosting yang baik
Tidak semua blog dilahirkan dapat mengekalkan uptime server dengan baik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi kebanyakan masa operasi itu, blognya kerap mengalami masalah server down. Menyukarkan pembaca untuk menelaah ilmu-ilmu dalam blog kita.
Di mana silapnya? Lihat kembali syarikat hosting kita. Adakah kita bayar setaraf dengan kualiti yang kita mahukan?
#5 – Blog mereka tidak mempunyai domain yang mudah diingati
Tidak semua blog dilahirkan mempunyai nama domain yang mudah diingati, dan melekat dalam hati pembaca. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi jika kita sering terlupa untuk mengeja nama blog mereka.
Di mana silapnya? Lihat kembali nama domain blog. Kemudian tanya pada diri kita. Adakah kita memilih nama atas dasar syok sendiri, atau memilih kerana mahu pembaca mudah mengingati jenama kita?
Para pembaca yang budiman, selain daripada 5 hakikat perit dan pahit di atas, adakah kalian mempunyai kisah sendiri? Mohon kongsikan dalam ruangan komen yang disediakan di bawah. 😉
Kredit gambar: Jorge Quinteros
295 Comments
Banyak yang Nurul perlu renungkan dan fikirkan.. semuanya terletak pada diri sendiri.. kalau kita nak.. InsyaAllah mesti kita dapat.. Tq Denaihati.. 🙂
Curahan rasa Nurul @ ..Pizza Hut Cheesy 7 Tasting Party
akhirnya kesabaran dan consistency menjadi penentu
Curahan rasa luke @ ..Facebook cecah 1 billion pengguna.
bukan senang nak senang
Curahan rasa hafizrahim @ ..Majlis Aqiqah: Selesai Sudah
kaji blog yang berjaya..lihat cara mereka berblogging..bukan syok sendiri..peringatan kepada diri sendiri jugak
Curahan rasa hafizrahim @ ..Majlis Aqiqah: Selesai Sudah
saya pun baru belajar dalam bdunia berbloging, 100 kunjungan pun xsampai mak oi. banyakkan belajar berbloging lah nampaknya. hehe
Curahan rasa shasha yacob @ ..Hari Ini ^^,
terasa I…. tapi percayalah…. masa akan menentukan
Curahan rasa zack @ ..Jerat Cinta Pelabur Emas
untuk berjaya perlukan usaha yang berterusan dan jangan pernah ada rasa putus asa walaupun itu yang di rasakan bila apa yang di lakukan rasa tidak berbaloi
Curahan rasa namia @ ..Soal Jawab Dengan Pegawai UniFi
Blog saya pun masih lagi perlahan kayuhan nya…belum kencang…
Curahan rasa daddydee @ ..Selamat Hari Lahir Tuan Kecik
Biasalah berakit-rakit ke hulu.. tak ramai yang ada bot laju.. 🙂
Curahan rasa fandyzblog @ ..Win Trip to Grand Prix of America 2013
bersabar dan terus berusaha.
betul tu bang, setiap jalan pasti ada kerikil dan itu kembali kepada kekuatan niat kita untuk terus berjalan dan melewati kerikil-kerikil penghalang,, dan kebanyakan dari kita terhenti ditengah jalan karena tidak tahu sebenarnya di ujung jalan ada hadiah bersar yang telah menunggu,, ayo tetap semangat
Curahan rasa penowo @ ..Cara mempercepat loading Mozilla firefox
salah satunya komen..hehe..kalau dapat komen yang banyak mesti seronok..kalau xde komen?
Curahan rasa cikgu naman @ ..‘Last Minute Study’ Membantu Dapat 8A Dalam PMR?
Err.. mcm blog kawe jer yg di gambarkan di atas tu adehhh… 😉
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..October Is The Birthday Month
Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah. Hanya kita yang tahu dimana kita sekarang dan jalan mana yang kita pilih.
Curahan rasa StaiBaqhang @ ..Bencana Alam Bukti Kekuasaan Allah
memang betul, kadang2 tulisan kita tidak dapat memuaskan hati orang lain
Curahan rasa ash @ ..Death of a roommate
Teruskan menulis perkara yang baik-baik.
Curahan rasa Firdaus Latib @ ..Tip Penulis Jutawan – Wujudkan Tekanan Produktif
kita harus berkata saya bisa, ,, lawan malas,,
Curahan rasa penowo @ ..Profil Fisip UR (Universitas Riau)
Setuju sangat… tetap berusaha tanpa pernah mengenal lelah.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Inilah 10 Film Terbaik James Bond
blog perlu ada jenama, kredibiliti, kandungan yang sentiasa dikemaskini dan paling penting, persistensi. Sekarang blog dah terlampau banyak. We need to stand out from the crowd.
Curahan rasa iAwani @ ..Google Keluarkan Senarai Semak Kualiti Pembangunan Aplikasi Untuk Tablet Android
Comments are closed.