Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penulis jemputan kali ni merupakan seorang usahawan internet dan pemilik Studio Aksara iaitu saudara Firdaus Latib. Beliau menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi maklumat tentang tip blogging, Search Engine Optimazition (SEO) dan pemasaran sosial media. Dalam entri ini beliau akan berkongsi dengan pembaca blog Denaihati tentang “5 Hakikat Perit dan Pahit yang Ditanggung Oleh Blogger“. Joom sama-sama kita baca.
Ada pepatah Melayu menyatakan, “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” Dunia blogging juga tidak ada bezanya. Setiap kejayaan yang dikecapi, pasti bermula dengan keperitan yang perlu dilalui. Hari itu tidak selalu indah. Tetapi dengan kesusahan yang kita alami, keindahan itu dinikmati dengan 1001 erti.
Kisah perit dan pahit seorang pemilik blog, tiada siapa mahu tahu. Kerana kita sudah terbiasa disajikan dengan benda yang baik-baik. Sehingga kita menganggap benda buruk itu sentiasa tidak mempunyai manfaatnya. Kita lupa, kita alpa. Corak kehidupan manusia berbeza-beza. Tuhan itu Maha Adil, hanya Dia yang tahu sumber terbaik untuk hamba-Nya.
Namun apakah hakikat yang sering disembunyikan oleh pemilik blog yang sudah rasa manisnya? Adakah semuanya berlaku tanpa mereka lalui sebarang keperitan?
Jawapannya, tidak.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh antara kamu, dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad,ayat 31).
Setiap Orang yang Merasai Manis, Pastikan Akan Merasai Pahitnya
Sebagai seorang manusia dan hamba-Nya, kita tidak akan terlepas dengan ujian yang diturunkan. Ia adalah medan bagi menguji kekuatan, dan ketaqwaan kita pada yang Maha Esa. Tetapi apakah keperitan dan kepahitan yang dialami oleh pemilik blog? Apakah kepentingannya untuk kita tahu?
Jawapannya satu… Supaya kita bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal menguji mental dan fizikal, cabaran yang akan membuatkan kita mengangkat bendera putih, atau memilih untuk terus berjuang mencapai impian.
5 Hakikat Perit dan Pahit Seorang Blogger
Apabila kita lihat setiap blog yang telah berjaya menaikkan nama mereka di persada tempatan, atau antarabangsa, terdapat 5 jenis hakikat perit dan pahit yang dapat kita peroleh:
#1 – Blog mereka tidak menjana pendapatan seperti yang mereka inginkan
Tidak semua blog bermula dengan baik pada tahap permulaan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi hanya menjana pendapatan sekitar RM100 hingga RM300 sahaja setiap bulan. Sedangkan rakan-rakan blog yang lain sudah menjana pendapatan yang cukup untuk berhenti kerja.
Di mana silapnya? Itu kita sendiri perlu kaji. Adakah ia melibatkan rezeki yang Tuhan ingin berikan? Jawapannya terletak pada sejauh mana kepercayaan kita terhadap janji agama kita.
#2 – Blog mereka tidak mempunyai desain yang cantik pada permulaan
Tidak semua blog dilahirkan terus cantik dan menarik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi desain blog mereka tidak ubah seperti tahun Windows XP diperkenalkan. Struktur laman blog menyukarkan pembacaan, dan warna tema sering bertukar-tukar.
Di mana silapnya? Banyakkan lagi membaca kisah kejayaan blog-blog hebat. Lihat pengstrukturan blog mereka. Sudah tentu ia berbeza dengan blog kita.
#3 – Blog mereka tidak mempunyai pembaca yang konsisten
Tidak semua blog dilahirkan terus mempunyai ribuan pelawat setiap bulan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi pelawat blog hanya 100 hingga 300 orang sahaja setiap bulan. Sudah mencuba pelbagai cara pemasaran, tetapi hasilnya tetap ‘Pi Mai, Pi Mai, Tang Tu’.
Di mana silapnya? Lihat kembali blog kita. Adakah ia menepati keperluan pembaca?
#4 – Blog mereka tidak memiliki hosting yang baik
Tidak semua blog dilahirkan dapat mengekalkan uptime server dengan baik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi kebanyakan masa operasi itu, blognya kerap mengalami masalah server down. Menyukarkan pembaca untuk menelaah ilmu-ilmu dalam blog kita.
Di mana silapnya? Lihat kembali syarikat hosting kita. Adakah kita bayar setaraf dengan kualiti yang kita mahukan?
#5 – Blog mereka tidak mempunyai domain yang mudah diingati
Tidak semua blog dilahirkan mempunyai nama domain yang mudah diingati, dan melekat dalam hati pembaca. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi jika kita sering terlupa untuk mengeja nama blog mereka.
Di mana silapnya? Lihat kembali nama domain blog. Kemudian tanya pada diri kita. Adakah kita memilih nama atas dasar syok sendiri, atau memilih kerana mahu pembaca mudah mengingati jenama kita?
Para pembaca yang budiman, selain daripada 5 hakikat perit dan pahit di atas, adakah kalian mempunyai kisah sendiri? Mohon kongsikan dalam ruangan komen yang disediakan di bawah. 😉
Kredit gambar: Jorge Quinteros
295 Comments
Terima kasih pasal info.Blog kena buat post motem niii.patut traficc ciput..
Curahan rasa eszairy @ ..REBUT PELUANG ATAU BERFIKIR DAHULU
perkongsian yang sangat bermanfaat sekali buat para blogger
Curahan rasa Dadan @ ..Hati-hati Jika Bicara
terutama bagi saya, yang masih baru sehingga perlu banyak belajar lagi
Curahan rasa Dadan @ ..Hati-hati Jika Bicara
Masih lagi belajar Tuan…
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Estino Taniyu Wira Negara
Terima Kasih Tuan…perkongsian yang baik…
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Estino Taniyu Wira Negara
Berblogging sama macam kerja lain juga -perlukan usaha, kemahiran dan persistence.
Curahan rasa GreenLava @ ..Do you Really Need a Blogroll? Weighing the Pros and Cons
Sekadar praktikkan apa yang disampaikan di Studio Aksara.
Curahan rasa Firdaus Latib @ ..Tip Penulis Jutawan – Wujudkan Tekanan Produktif
Kadang-kadang terfikir kenapalah trafik statik susah hendak naik.
Curahan rasa akubiomed @ ..Red Wok Restaurant destinasi makan makan di Bangi
Teruskan menulis tuan, Kita fokus pada jenama. Itu yang lebih baik. 🙂
Curahan rasa Firdaus Latib @ ..Tip Penulis Jutawan – Wujudkan Tekanan Produktif
kena muhasah dan semak diri sendiri ni
terima kasih satu perkongsian yg amat menarik 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Tiada Air Lagi…
sesungguh ilmu Allah di dunia nie…kalau ditulis dengan 7 lautan pun takkan cukup…Ya Allah aku bersyukur dengan apa yang Engkau kurniakan kepadaku…Hmmm entry bagus..banyak nak kene blajor nie.
Curahan rasa zack @ ..KENAPA KERETA VIVA TAK BOLEH NAK START???
tapi lagi teruk kalau si blogger itu malas menulis dan membiarkan blognyer bersawang
Curahan rasa amirnawawi @ ..Kamera Fujifilm Instax 7s Mini Murah
memang kalau penyakit malas menulis dan update postingan itu yang bikin susah juga sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Cara Menyusui Yang Benar
Problem kalau line internet down ataupun laptop/pc bermasalah….. huhuhu
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD ( AYAM BLACKPEPPER + TOWER BURGER MARRYBROWN )
haha.. ada semua yang di nyatakan.. tapi saya tak la kisah sangat.. sebab tu la kot masih ada 5 tu..
Curahan rasa cmratu @ ..Soalan bocor PMR 2012
Aku seringkali menukar tema percuma untuk mencari yang sesuai,minta idea otai2,adakah tema premium sesuai bagi seseorang seperti saya yang baru berjinak-jinak dengan blog.
Curahan rasa galut @ ..Kenapa Guna Prepaid TuneTalk
Kalau mahir coding, yang percuma pun takpe, sebab boleh tambahbaik sendiri. Tapi kalau kurang mahir, baik beli yang premium.
Curahan rasa Slik @ ..Lucid responsive magazine theme
Oh! patutlah ada sesuatu yang hamba tidak tahu rupanya..
Curahan rasa abangkhai @ ..Hanya di radio.. ku mendengar suaramu..
tu dia. sampai ke sini sudah dia..hehe..
Curahan rasa titan @ ..Komisen kedua dari Adf.ly
Comments are closed.