Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penulis jemputan kali ni merupakan seorang usahawan internet dan pemilik Studio Aksara iaitu saudara Firdaus Latib. Beliau menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi maklumat tentang tip blogging, Search Engine Optimazition (SEO) dan pemasaran sosial media. Dalam entri ini beliau akan berkongsi dengan pembaca blog Denaihati tentang “5 Hakikat Perit dan Pahit yang Ditanggung Oleh Blogger“. Joom sama-sama kita baca.
Ada pepatah Melayu menyatakan, “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” Dunia blogging juga tidak ada bezanya. Setiap kejayaan yang dikecapi, pasti bermula dengan keperitan yang perlu dilalui. Hari itu tidak selalu indah. Tetapi dengan kesusahan yang kita alami, keindahan itu dinikmati dengan 1001 erti.
Kisah perit dan pahit seorang pemilik blog, tiada siapa mahu tahu. Kerana kita sudah terbiasa disajikan dengan benda yang baik-baik. Sehingga kita menganggap benda buruk itu sentiasa tidak mempunyai manfaatnya. Kita lupa, kita alpa. Corak kehidupan manusia berbeza-beza. Tuhan itu Maha Adil, hanya Dia yang tahu sumber terbaik untuk hamba-Nya.
Namun apakah hakikat yang sering disembunyikan oleh pemilik blog yang sudah rasa manisnya? Adakah semuanya berlaku tanpa mereka lalui sebarang keperitan?
Jawapannya, tidak.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh antara kamu, dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad,ayat 31).
Setiap Orang yang Merasai Manis, Pastikan Akan Merasai Pahitnya
Sebagai seorang manusia dan hamba-Nya, kita tidak akan terlepas dengan ujian yang diturunkan. Ia adalah medan bagi menguji kekuatan, dan ketaqwaan kita pada yang Maha Esa. Tetapi apakah keperitan dan kepahitan yang dialami oleh pemilik blog? Apakah kepentingannya untuk kita tahu?
Jawapannya satu… Supaya kita bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal menguji mental dan fizikal, cabaran yang akan membuatkan kita mengangkat bendera putih, atau memilih untuk terus berjuang mencapai impian.
5 Hakikat Perit dan Pahit Seorang Blogger
Apabila kita lihat setiap blog yang telah berjaya menaikkan nama mereka di persada tempatan, atau antarabangsa, terdapat 5 jenis hakikat perit dan pahit yang dapat kita peroleh:
#1 – Blog mereka tidak menjana pendapatan seperti yang mereka inginkan
Tidak semua blog bermula dengan baik pada tahap permulaan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi hanya menjana pendapatan sekitar RM100 hingga RM300 sahaja setiap bulan. Sedangkan rakan-rakan blog yang lain sudah menjana pendapatan yang cukup untuk berhenti kerja.
Di mana silapnya? Itu kita sendiri perlu kaji. Adakah ia melibatkan rezeki yang Tuhan ingin berikan? Jawapannya terletak pada sejauh mana kepercayaan kita terhadap janji agama kita.
#2 – Blog mereka tidak mempunyai desain yang cantik pada permulaan
Tidak semua blog dilahirkan terus cantik dan menarik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi desain blog mereka tidak ubah seperti tahun Windows XP diperkenalkan. Struktur laman blog menyukarkan pembacaan, dan warna tema sering bertukar-tukar.
Di mana silapnya? Banyakkan lagi membaca kisah kejayaan blog-blog hebat. Lihat pengstrukturan blog mereka. Sudah tentu ia berbeza dengan blog kita.
#3 – Blog mereka tidak mempunyai pembaca yang konsisten
Tidak semua blog dilahirkan terus mempunyai ribuan pelawat setiap bulan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi pelawat blog hanya 100 hingga 300 orang sahaja setiap bulan. Sudah mencuba pelbagai cara pemasaran, tetapi hasilnya tetap ‘Pi Mai, Pi Mai, Tang Tu’.
Di mana silapnya? Lihat kembali blog kita. Adakah ia menepati keperluan pembaca?
#4 – Blog mereka tidak memiliki hosting yang baik
Tidak semua blog dilahirkan dapat mengekalkan uptime server dengan baik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi kebanyakan masa operasi itu, blognya kerap mengalami masalah server down. Menyukarkan pembaca untuk menelaah ilmu-ilmu dalam blog kita.
Di mana silapnya? Lihat kembali syarikat hosting kita. Adakah kita bayar setaraf dengan kualiti yang kita mahukan?
#5 – Blog mereka tidak mempunyai domain yang mudah diingati
Tidak semua blog dilahirkan mempunyai nama domain yang mudah diingati, dan melekat dalam hati pembaca. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi jika kita sering terlupa untuk mengeja nama blog mereka.
Di mana silapnya? Lihat kembali nama domain blog. Kemudian tanya pada diri kita. Adakah kita memilih nama atas dasar syok sendiri, atau memilih kerana mahu pembaca mudah mengingati jenama kita?
Para pembaca yang budiman, selain daripada 5 hakikat perit dan pahit di atas, adakah kalian mempunyai kisah sendiri? Mohon kongsikan dalam ruangan komen yang disediakan di bawah. 😉
Kredit gambar: Jorge Quinteros
295 Comments
Pada saya 3 tahun pertama berblogging adalah tempoh untuk penjenamaan blog kita. Selepas 3 tahun, baru benih yang kita semai pada blog kita akan mula membuahkan hasil. Tapi kiranya sesebuah blog itu dah boleh jana income dalam masa kurang dari 3tahun, itu dah rezeki. Tengok pada usaha yang dah dibuat untuk menaikkan nama blog.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Apabila bukan pakar yang menjawab soalan
Setuju. Sebaiknya, kita cuba pendekkan tempoh itu supaya momentum kekal konsisten.
Curahan rasa Firdaus Latib @ ..Tip Penulis Jutawan – Wujudkan Tekanan Produktif
sebab tu kena pilih domain yg mudah orang nak ingat.
nanti tak perlu fikir banyak.
boleh jatuh ranking blog kalo selalu tukar url.
Curahan rasa Nick @ ..Tanda-Tanda Blog Kena Virus Atau Malware
kebanyaka blogger lakukan kesilapan dgn pilih url yg pnjang, psl design tu semua blogget baru akan menjadi “mangsa fesyen” dlm blogging…nice tips
Curahan rasa Shahrul @ ..Rangkaian Sosial Lebih Menarik Daripada Seks
seperti url saya apa mudah di ingat atau susah ya?
Curahan rasa Metrolisa @ ..Tips mengelola Blog dengan baik untuk membangun Komunitas Online
sama nih, url dan nama blog nggak sama, ya tinggal disiasati aja nih
Curahan rasa blog pendidikan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Jangan sesekali berhenti belajar, mencari ilmu
Curahan rasa shraqs @ ..Samsung Kies Menerima Update Dengan Design UI Yang Baharu
blogging rasanya sudah menjadi perkara ke 4 atau lima terpenting sekarang ni..sebab fokus hanya pada yang lebih memberi profit.
Dapat dilihat,blogging dan juga blogger yang lebih dekat dgn KL,lebih cenderung untuk pergi jauh ke depan..tetapi ada juga yang dapat mencapai tahap yang lain dengan blognya walaupun tidak dekat dengan KL misalnya..sesungguhnya kekuatan content dan juga niche yang dipilih merupakan faktor utama blogger dan blognya itu..:D
Curahan rasa reezluv @ ..Senarai 10 Blogger Kacak 2012
Pemilihan niche dan content yang disajikan antara faktor perkembangan sesebuah blog.
p/s: Group Blogger Perak juga sudah ada pengikutnya.
Curahan rasa Firdaus Latib @ ..Tip Penulis Jutawan – Wujudkan Tekanan Produktif
saya setuju..memang inilah yang sya alami ketika ini pun…sehingga sekrang sy mash memikirkan satu nama yg sesuai utk blog sy, skng nama blog sy pn ats dsr nma sy, entah sesuai ke tak, masih di belenggu..memang niat nak tukar nama, belum jumpa yg sesuai & mudah di ingati lagi…
Curahan rasa siti @ ..Erti Sebuah ”Kehilangan” Episod Terakhir
pilih nama ikut suka hati….nak tukar syg pulak,,kui3x..
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..Cantik Cara Melayu Lama: Petua
Betul tu. tidak semua yang kita harapkan kita kecapi dengan sekelip mata. Usaha dan tingkatkan usaha terus. Apa yg pasti, jangan lupa utk meminta kepada yang maha ESA.
Curahan rasa Aslam @ ..Tak sempat nak update blog
kesemua 5 hakikat perit tu memang akak telan … memang akak rasa… puas dikaji tapi x jumpa titik noktah, itulah akibat ‘malas’ berguru..
Curahan rasa aimaniman @ ..Masterchef Malaysia 2 : Komen Pedas
maklumat yang perlu dikaji sendiri oleh setiap blogger. setiap blogger perlulah menjadi diri mereka sendiri bukan meniru gaya orang lain selain mencipta identiti blog mereka sendiri. Jika kita konsisten dalam setiap perkara insyaallah kita akan berjaya…..
Curahan rasa Syarih @ ..Dah Semak Saman Trafik?
thanks.. berguna sangat2..
Curahan rasa fazrol @ ..2 Fakta El-Clasico Barcelona vs Real Madrid!
Dapat ilmu baru lagi mengenai dunia blogger
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Cara Menyusui Yang Benar
Segala sesuatu memang seringkali dan harus dilalui dengan penuh perjuangan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Cara Menyusui Yang Benar
Karena kesuksesan pun tidaklah mudah di dapat hanya dalam waktu yang singkat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Cara Menyusui Yang Benar
semoga tahun depan saya juga bisa memiliki blog yang mapan
Curahan rasa Metrolisa @ ..Menarik Trafik blog dengan Pinterest
setuju dengan apa yang dinyatakan tu.. itu adalah adat bagi seorang blogger.. dan adat itulah yang akan dijadikan panduan oleh blogger2 baru yang sedang bertapak..termasuklah saya sendiri.. terima kasih untuk panduan ini ye bro 🙂
Curahan rasa boni kacak @ ..Tips Menulis Entri Mesra Pembaca
iya, adat atau aturan yang dipegang seorang blogger
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Formasi CPNS Untuk Guru Tahun 2013 Wajib Memiliki Sertifikat Pendidikan Profesi Guru (PPG)
Setuju dengan semua pendapat diatas..
Kena kembali merenung dan berfikir sejenak 😀
Curahan rasa Myra Jay @ ..Hadiah dari Ina Intan Berlian
Perit dan pahit ditanggung blogger siapalah yang tahu…Walaupun baru berjinak dalam blogging ini lebih 3thn, pelbagai cabaran dan dugaan telah dilalui…benda yang lepas usah di kenang, teruskan usaha utk capai matlamat yang telah di sematkan dalam diri.
Dalam bidang blogger sama sahaja dengan bidang2 lain…Plan 90 hari kena juga lakukan utk capai apa yg kita mahukan…
Curahan rasa Budak Nakal @ ..Gambar Hot! Lisa surihani ketika remaja
Tiada matlamat, rosaklah impian….
Curahan rasa Budak Nakal @ ..Gambar Hot! Lisa surihani ketika remaja
Pelan 90 hari itu menarik. Pastikan ia disusun secara teratur dan efektif.
Curahan rasa Firdaus Latib @ ..Tip Penulis Jutawan – Wujudkan Tekanan Produktif
segala sesuatu diatur oleh perencanaan yang matang
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Tunjangan Sertifikasi Guru Sebesar 6 Miliyar Belum Jelas
Comments are closed.