Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penulis jemputan kali ni merupakan seorang usahawan internet dan pemilik Studio Aksara iaitu saudara Firdaus Latib. Beliau menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi maklumat tentang tip blogging, Search Engine Optimazition (SEO) dan pemasaran sosial media. Dalam entri ini beliau akan berkongsi dengan pembaca blog Denaihati tentang “5 Hakikat Perit dan Pahit yang Ditanggung Oleh Blogger“. Joom sama-sama kita baca.
Ada pepatah Melayu menyatakan, “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” Dunia blogging juga tidak ada bezanya. Setiap kejayaan yang dikecapi, pasti bermula dengan keperitan yang perlu dilalui. Hari itu tidak selalu indah. Tetapi dengan kesusahan yang kita alami, keindahan itu dinikmati dengan 1001 erti.
Kisah perit dan pahit seorang pemilik blog, tiada siapa mahu tahu. Kerana kita sudah terbiasa disajikan dengan benda yang baik-baik. Sehingga kita menganggap benda buruk itu sentiasa tidak mempunyai manfaatnya. Kita lupa, kita alpa. Corak kehidupan manusia berbeza-beza. Tuhan itu Maha Adil, hanya Dia yang tahu sumber terbaik untuk hamba-Nya.
Namun apakah hakikat yang sering disembunyikan oleh pemilik blog yang sudah rasa manisnya? Adakah semuanya berlaku tanpa mereka lalui sebarang keperitan?
Jawapannya, tidak.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh antara kamu, dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad,ayat 31).
Setiap Orang yang Merasai Manis, Pastikan Akan Merasai Pahitnya
Sebagai seorang manusia dan hamba-Nya, kita tidak akan terlepas dengan ujian yang diturunkan. Ia adalah medan bagi menguji kekuatan, dan ketaqwaan kita pada yang Maha Esa. Tetapi apakah keperitan dan kepahitan yang dialami oleh pemilik blog? Apakah kepentingannya untuk kita tahu?
Jawapannya satu… Supaya kita bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal menguji mental dan fizikal, cabaran yang akan membuatkan kita mengangkat bendera putih, atau memilih untuk terus berjuang mencapai impian.
5 Hakikat Perit dan Pahit Seorang Blogger
Apabila kita lihat setiap blog yang telah berjaya menaikkan nama mereka di persada tempatan, atau antarabangsa, terdapat 5 jenis hakikat perit dan pahit yang dapat kita peroleh:
#1 – Blog mereka tidak menjana pendapatan seperti yang mereka inginkan
Tidak semua blog bermula dengan baik pada tahap permulaan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi hanya menjana pendapatan sekitar RM100 hingga RM300 sahaja setiap bulan. Sedangkan rakan-rakan blog yang lain sudah menjana pendapatan yang cukup untuk berhenti kerja.
Di mana silapnya? Itu kita sendiri perlu kaji. Adakah ia melibatkan rezeki yang Tuhan ingin berikan? Jawapannya terletak pada sejauh mana kepercayaan kita terhadap janji agama kita.
#2 – Blog mereka tidak mempunyai desain yang cantik pada permulaan
Tidak semua blog dilahirkan terus cantik dan menarik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi desain blog mereka tidak ubah seperti tahun Windows XP diperkenalkan. Struktur laman blog menyukarkan pembacaan, dan warna tema sering bertukar-tukar.
Di mana silapnya? Banyakkan lagi membaca kisah kejayaan blog-blog hebat. Lihat pengstrukturan blog mereka. Sudah tentu ia berbeza dengan blog kita.
#3 – Blog mereka tidak mempunyai pembaca yang konsisten
Tidak semua blog dilahirkan terus mempunyai ribuan pelawat setiap bulan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi pelawat blog hanya 100 hingga 300 orang sahaja setiap bulan. Sudah mencuba pelbagai cara pemasaran, tetapi hasilnya tetap ‘Pi Mai, Pi Mai, Tang Tu’.
Di mana silapnya? Lihat kembali blog kita. Adakah ia menepati keperluan pembaca?
#4 – Blog mereka tidak memiliki hosting yang baik
Tidak semua blog dilahirkan dapat mengekalkan uptime server dengan baik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi kebanyakan masa operasi itu, blognya kerap mengalami masalah server down. Menyukarkan pembaca untuk menelaah ilmu-ilmu dalam blog kita.
Di mana silapnya? Lihat kembali syarikat hosting kita. Adakah kita bayar setaraf dengan kualiti yang kita mahukan?
#5 – Blog mereka tidak mempunyai domain yang mudah diingati
Tidak semua blog dilahirkan mempunyai nama domain yang mudah diingati, dan melekat dalam hati pembaca. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi jika kita sering terlupa untuk mengeja nama blog mereka.
Di mana silapnya? Lihat kembali nama domain blog. Kemudian tanya pada diri kita. Adakah kita memilih nama atas dasar syok sendiri, atau memilih kerana mahu pembaca mudah mengingati jenama kita?
Para pembaca yang budiman, selain daripada 5 hakikat perit dan pahit di atas, adakah kalian mempunyai kisah sendiri? Mohon kongsikan dalam ruangan komen yang disediakan di bawah. 😉
Kredit gambar: Jorge Quinteros
295 Comments
sedang melalui proses-proses tersebut skrg. hopefully akan mengecap kemanisan dlm waktu terdekat
Curahan rasa sohoque @ ..Plugin Mesti Install – Instagrate to WordPress
banyak duka yang dialami seorang blogger berarti banyak pengalaman dan menambah pengetahuan.
rasa tersentuh membaca entri ni
Curahan rasa djdanchef @ ..3 Blog Pilihan Terbaik
banyak makan dan kenangan yang terimpan
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Download Sofware Belajar Matematika Untuk SD
suka duka menjadi seorang blogger harus dilalui dengan kesabaran
Curahan rasa karakter pendidikan @ ..Foto Otak Einstein Menunjukkan Kejeniusannya
pasti para blogger merasakan suka dan duka dalam mengelola blog dari setiap pengunjung
Curahan rasa blog pendidikan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Alhamdulillah selepas hari ke hari menempuh kesusahan akhirnya boleh mengukir senyuman pada traffic yang singgah di blog pondok kecillya betul dulu sewaktu penubuhan blog, themes amat sukar ketemu yang betul2 tertarik dihati..
Curahan rasa Hafizul @ ..Sinopsis Cerita Kisahnya Secebis Hati
selamat kawan, trafik adalah hal utama untuk blog
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Penerimaan CPNS Untuk Tenaga Pendidik Tahun 2013
Terpaksalah kita menangung hakikat bahawa blog kita belum mampu bersaing dgn yg lebih popular apatah lagi menjana pendapatan dgn entri yg kita hasilkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..3 Blog Pilihan Terbaik.
mancoba dan belajar dari pengalaman dan berbagai referensi pasti bisa disejajarkan dengan blog popuiler
Curahan rasa blog pendidikan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
segala sesuatu yang dikerjakan pasti memiliki suka dan duka..
Curahan rasa blog pendidikan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
suka dan duka pastilah dialami dalam setiap pekerjaan.
Curahan rasa blog pendidikan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Teringin juga nak menjana pendapatan spt org lain yg dah terkenal, barulah nak bayar bil internet pun mampu, inikan terpaksa menanggung dgn gaji kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..3 Blog Pilihan Terbaik.
Terpaksalah menerima hakikat bahawasanya blog kita masih tiada auranya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..3 Blog Pilihan Terbaik.
Tiada lagi pendapatan yg betul2 dapat, cuma adalah hadiah ketika masuk contest/giveaways, hanya saguhati saja. Kalau dgn iklan, memang tiada la.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..3 Blog Pilihan Terbaik.
Mungkin juga design blog dgn theme serta kedudukan widget yg serabut mata memandang, buat pelawat pening.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..iphone 5 Gadget Impian
Dalam bab pembaca yg konsisten ni amat sukar, ada saja pelawat yg datang ketika ada contest entri dan selepas tu, hilang begitu saja, kecuali kita terjah blog DH, adalah sahabat yg dah kenali sekali-sekali datang memberi komen.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..3 Blog Pilihan Terbaik.
iya, pengunjung datang terkadang hanya berdasarkan tulisan yang mereka cari saja,
Curahan rasa blog pendidikan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Dari segi nama rasanya dah ok, cuma yg lain tu, belum mencapai apa yg dimahukan. Ada saja halangan, kena banyak mengkaji apa yg perlu dlakukan bermula sekarang?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..3 Blog Pilihan Terbaik.
Banyak yg perlu dipelajari, semua di atas sebagai penduan supaya blog kita terus berjaya dgn pelawat yg sentiasa melawat blog kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..iphone 5 Gadget Impian
setuju dunia blogger penuh warna ada suk duka dan penuh semangat persahabatan sesama blogger
Curahan rasa Belanja @ ..Anjing Paling Kekar Di Dunia
Dah terlepas raya tahun 2012….memang terbaik DenaiHati. hadiah sentiasa gempak
Curahan rasa Syafiee @ ..Dropbox Menjangkaui 100 Juta Pengguna
ada suka dan ada duka, begitulah yg harus ditanggung blogger
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Formasi CPNS Untuk Guru Tahun 2013 Wajib Memiliki Sertifikat Pendidikan Profesi Guru (PPG)
itulah hakikat perit pahit yang dialami seorang blogger, disaat senang menikmati hasilnya….disaat susah berjuang lagi.
Curahan rasa blog pendidikan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Comments are closed.