Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penulis jemputan kali ni merupakan seorang usahawan internet dan pemilik Studio Aksara iaitu saudara Firdaus Latib. Beliau menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi maklumat tentang tip blogging, Search Engine Optimazition (SEO) dan pemasaran sosial media. Dalam entri ini beliau akan berkongsi dengan pembaca blog Denaihati tentang “5 Hakikat Perit dan Pahit yang Ditanggung Oleh Blogger“. Joom sama-sama kita baca.
Ada pepatah Melayu menyatakan, “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” Dunia blogging juga tidak ada bezanya. Setiap kejayaan yang dikecapi, pasti bermula dengan keperitan yang perlu dilalui. Hari itu tidak selalu indah. Tetapi dengan kesusahan yang kita alami, keindahan itu dinikmati dengan 1001 erti.
Kisah perit dan pahit seorang pemilik blog, tiada siapa mahu tahu. Kerana kita sudah terbiasa disajikan dengan benda yang baik-baik. Sehingga kita menganggap benda buruk itu sentiasa tidak mempunyai manfaatnya. Kita lupa, kita alpa. Corak kehidupan manusia berbeza-beza. Tuhan itu Maha Adil, hanya Dia yang tahu sumber terbaik untuk hamba-Nya.
Namun apakah hakikat yang sering disembunyikan oleh pemilik blog yang sudah rasa manisnya? Adakah semuanya berlaku tanpa mereka lalui sebarang keperitan?
Jawapannya, tidak.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh antara kamu, dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad,ayat 31).
Setiap Orang yang Merasai Manis, Pastikan Akan Merasai Pahitnya
Sebagai seorang manusia dan hamba-Nya, kita tidak akan terlepas dengan ujian yang diturunkan. Ia adalah medan bagi menguji kekuatan, dan ketaqwaan kita pada yang Maha Esa. Tetapi apakah keperitan dan kepahitan yang dialami oleh pemilik blog? Apakah kepentingannya untuk kita tahu?
Jawapannya satu… Supaya kita bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal menguji mental dan fizikal, cabaran yang akan membuatkan kita mengangkat bendera putih, atau memilih untuk terus berjuang mencapai impian.
5 Hakikat Perit dan Pahit Seorang Blogger
Apabila kita lihat setiap blog yang telah berjaya menaikkan nama mereka di persada tempatan, atau antarabangsa, terdapat 5 jenis hakikat perit dan pahit yang dapat kita peroleh:
#1 – Blog mereka tidak menjana pendapatan seperti yang mereka inginkan
Tidak semua blog bermula dengan baik pada tahap permulaan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi hanya menjana pendapatan sekitar RM100 hingga RM300 sahaja setiap bulan. Sedangkan rakan-rakan blog yang lain sudah menjana pendapatan yang cukup untuk berhenti kerja.
Di mana silapnya? Itu kita sendiri perlu kaji. Adakah ia melibatkan rezeki yang Tuhan ingin berikan? Jawapannya terletak pada sejauh mana kepercayaan kita terhadap janji agama kita.
#2 – Blog mereka tidak mempunyai desain yang cantik pada permulaan
Tidak semua blog dilahirkan terus cantik dan menarik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi desain blog mereka tidak ubah seperti tahun Windows XP diperkenalkan. Struktur laman blog menyukarkan pembacaan, dan warna tema sering bertukar-tukar.
Di mana silapnya? Banyakkan lagi membaca kisah kejayaan blog-blog hebat. Lihat pengstrukturan blog mereka. Sudah tentu ia berbeza dengan blog kita.
#3 – Blog mereka tidak mempunyai pembaca yang konsisten
Tidak semua blog dilahirkan terus mempunyai ribuan pelawat setiap bulan. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi pelawat blog hanya 100 hingga 300 orang sahaja setiap bulan. Sudah mencuba pelbagai cara pemasaran, tetapi hasilnya tetap ‘Pi Mai, Pi Mai, Tang Tu’.
Di mana silapnya? Lihat kembali blog kita. Adakah ia menepati keperluan pembaca?
#4 – Blog mereka tidak memiliki hosting yang baik
Tidak semua blog dilahirkan dapat mengekalkan uptime server dengan baik. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi kebanyakan masa operasi itu, blognya kerap mengalami masalah server down. Menyukarkan pembaca untuk menelaah ilmu-ilmu dalam blog kita.
Di mana silapnya? Lihat kembali syarikat hosting kita. Adakah kita bayar setaraf dengan kualiti yang kita mahukan?
#5 – Blog mereka tidak mempunyai domain yang mudah diingati
Tidak semua blog dilahirkan mempunyai nama domain yang mudah diingati, dan melekat dalam hati pembaca. Ada blog yang bertahun-tahun beroperasi, tetapi jika kita sering terlupa untuk mengeja nama blog mereka.
Di mana silapnya? Lihat kembali nama domain blog. Kemudian tanya pada diri kita. Adakah kita memilih nama atas dasar syok sendiri, atau memilih kerana mahu pembaca mudah mengingati jenama kita?
Para pembaca yang budiman, selain daripada 5 hakikat perit dan pahit di atas, adakah kalian mempunyai kisah sendiri? Mohon kongsikan dalam ruangan komen yang disediakan di bawah. 😉
Kredit gambar: Jorge Quinteros
295 Comments
Saya setuju dengan sudara firdaus. Sebagai blogger baru saya sedang berusaha belajar semua ilmu tentang blog… tidak dinafikan memang sukar dan perit bagi orang baru macam saya ni…
Curahan rasa timizero @ ..Kata Gembleng
suka duka seorang blogger, terkadang mendapat kritikan dan juga mendapat banyak pujian. ada suka dan ada dukanya….
nasib seorang blogger
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Penetapan Peserta Sertifikasi Guru Tahun 2013
Pahit dan manis itu adalah pengalaman yang sangat berkesan untuk para blogger
Curahan rasa blog pendidikan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
semuanya bmula dari bawah dulu. siapa yang rajin pasti akan naik ke atas dan yg malas dan tidak berusaha akan sentiasa di bawah…
Curahan rasa Nana @ ..Nenek Rentung Dijilat Api
disinalh ujian seorang blogger harus tekun dan penuh kesabaran
Curahan rasa blog pendidikan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Saya setuju dengan semua yang di atas. Jika tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya. Terima kasih atas perkongsian tips dan pengalamannya.
Curahan rasa lyn @ ..Bila hidup tak ada budi bahasa
susah juga nak jadi bloger yang berjaya ekk?
Curahan rasa Nana @ ..Nenek Rentung Dijilat Api
Saya masih terkendala dalam optimasi blog..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Sang Martir : Merangkum Kegelisahan Ditengah Banyaknya Kasus Intoleransi
namun bagi saya jadi seorang blogger itu menyenangkan dan bisa menambah pengalaman (mungkin penghasilan juga) namun yang terpenting adalah perasaan puas kita jika tulisan kita dibaca oleh banyak orang.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Sang Martir : Merangkum Kegelisahan Ditengah Banyaknya Kasus Intoleransi
Blog bagi saya bukan sekedar hobi,dan blog bagi saya bukan sekedar iseng-iseng belaka.karena tujuan utama saya untuk melakukan blogging adalah belajar dan berbagi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Sang Martir : Merangkum Kegelisahan Ditengah Banyaknya Kasus Intoleransi
Blog tempat saya menuangkan segala sesuatu tentang ide,imajinasi,dan apa saja yang saya alami dalam kehidupan sehari-hari.kekuatan blog begitu besar,tak terbatas.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Sang Martir : Merangkum Kegelisahan Ditengah Banyaknya Kasus Intoleransi
Jika kita melakukan segala sesuatu demi uang,maka kita akan menemukan banyak kesulitan.tapi jika kita melakukan sagala sesuatu dengan senang tanpa mengaharap uang,maka uang akan mengikuti kita.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Sang Martir : Merangkum Kegelisahan Ditengah Banyaknya Kasus Intoleransi
Rasanya saya sudah membuktikan hal itu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Sang Martir : Merangkum Kegelisahan Ditengah Banyaknya Kasus Intoleransi
benar, kawan semakin banyak duka akan semakin menambah pengetahuan dan pengalaman.
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Download Sofware Belajar Mengetik Cepat Menggunakan 10 Jari
Trus pacu dengan backlink yg berkualitas dijamin deh…
Curahan rasa karakter pendidikan @ ..Download Sofware Membaca
Nantikan entry susulan dari Bro…
Terasa ingin berkongsi asam garam bro berblog sejak tahun 2006…
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Luahan Hati Seorang Blogger [Part 29] Mereka Blogger Hebat
alhamdulillah. trima kasih atas info yg diberikan. ia boleh dijdkan panduan berguna buat blogger yang mahu berjaya
Curahan rasa Myra Jay @ ..Abu Bakar As Siddiq dituduh sama dengan iblis
saya ada impian nak berjaya..tp..huhuuhuh
saya juga tapi susah juga ekk…hehehe…
Curahan rasa Nana @ ..Nenek Rentung Dijilat Api
Kisah yang akan mengilhami kelanjutan perjalanan saya dalam ngeblog, mungkin jadi basic untuk plan ke depan
Curahan rasa Metrolisa @ ..Ayo Berkurban dengan Mudah Membantu saudara Muslim di Kamboja
ini adalah pelajaran buat kita dalam menyikapi, suka dan duka seorang blogger sudah dipikirkan dan di maklumi resiko mendatang
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Buku Panduan Membuat Blog Di Blogspot
mmg ramai yg mula berblogging nie.. tapi biasalah… mesti ada yg berjaya dan ada yg kurang berjaya… yg kurang berjaya, jgn berputus asa.. semua org bermula dgn kesilapan…
Curahan rasa Hairul Hissam @ ..Cara Memadamkan Api Di Rumah | Nyaris Rumah Baru Aku Terbakar
betul tu…bukan senang untuk BERJAYA…
Curahan rasa Nana @ ..Aidiladha Disambut Pada 26 Oktober
yang perlu dipahami apa tujuan untuk membangun blog. adapun suka dukanya itu sudah merupakan tempaan
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Free Download Windows 8 Full Serial Number
baru berjinak2 dalam bisnes on9 dan sedang melalui fasa-fasa yang memeritkan.. mudah2an manis akhirnya
Curahan rasa aishah @ ..FUNGSI CUKA EPAL DALAM DIET SD2
kalau ada peluang tak salah untuk mencuba…
Curahan rasa Nana @ ..Aidiladha Disambut Pada 26 Oktober
mmg mcm2 hal dlm dunia berblog nie..kdg2 yg tak masuk akal pun ada jgk..~
.
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Ngeri Gila..! Daging Manusia Dijual Di Pasar..?
iya, berbagai macam yang ditarima seorang blogger
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Alur Pola Sertifikasi Guru 2013 dalam Jabatan
Memang tak dinafikan blogger mempunyai pengalaman pahit tersendiri. Tapi sebenarnya bukan saja blogger malah semua jenis kerjaya ada penglaman pahit yang tersendiri. Untuk domain yang mudah di ingati tu satu pengalaman pahit yang susah nak lepas, kebiasanya orang membeli domain tanpa fikir panjang. Dah beli, dah lama blogging baru sedar keperluan domain. Akhirnya terpaksa beli addon domain lepas tu redirect 301 atau guna parked domain. Rugi masa dan duit.
iya, sang blogger atau pemilik blog memiliki cerita tersendiri dalam mengelola blognya.
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Tunjangan Sertifikasi Guru Sebesar 6 Miliyar Belum Jelas
Berblog bukan mudah juga kalau mahu di jadikan satu pendapatan tetap. Pelbagai usaha kena gigih untuk di buat. Jangan mengalah….cetusan idea adalah penting. Terus cari idea dan bukan putus asa okeh!
Bersusah-susah dahulu pendapatan,
Bersenang-senang kemudian,
Dapat apa yang dirancangkan,
Jika laksana dgn penuh keikhlasan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
ya memang harus bersungguh-sungguh kalau nak berjaya di dunia blogger
Curahan rasa Metrolisa @ ..Tips mengelola Blog dengan baik untuk membangun Komunitas Online
iya setuju, bersusah-susah dahulu dan bersenang senang kemudian. mendapatkan hasil tentunya harus berusaha
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Download Skin Pack Windows 8 Untuk Windows 7 dan XP
Comments are closed.