Assalamualaikum dan salam 1Dunia, harini bermula Persidangan Daya eUsahawan selama dua hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Persidangan ini dianjurkan oleh pihak MDEC bertujuan untuk meraikan kejayaan peserta eUsahawan di kalangan pelajar TVET dan usahawan mikro yang menunjukkan prestasi baik dan menggabungkan pemain utama dari organisasi korporat, badan kerajaan serta sektor swasta untuk mengetengahkan sesi perkongsian usahawan digital dan bengkel pembelajaran.
Antara usahawan digital yang terlibat
Antara usahawan digital yang terlibat dalam persidangan kali ini adalah Prof. Dr Muhaya, Datuk Seri Aliff Syukri (pengasas D’Herbs Holdings) dan Menteri Belia dan Sukan, Y.B. Brig Jen. Khairy Jamaluddin. Sesi bersama Prof. Dr. Muhaya telah berlangsung pada awal pagi harini, 30 Oktober 2017.
Perkongsian topik “Niat Tepat Biznes Berkat” menjadi intipati perkongsian beliau untuk semua para peserta eUsahawan. Bagaimana penting untuk kita tetapkan niat, menjaga solat, sentiasa positif. Dalam masa yang sama sentiasa senyum dan zikir setiap hari. Ini antara perkara penting untuk kita memperolehi keberkatan dalam apa juga yang diusahakan.
Perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang untuk semua peserta yang hadir
Selain itu, antara aktiviti utama yang berlangsung selama 2 hari ini adalah kelas-kelas pembelajaran untuk semua peserta yang hadir. Kelas merangkumi pelbagai topik yang dijalankan serentak ini memberikan ruang dan peluang kepada para peserta untuk memperkemaskan ilmu untuk meneruskan perniagaan mereka dalam era digital ini.
Kelas seperti kaedah penulisan copywriting, menggunakan pengiklanan di Google, pengiklanan di Facebook, bagaimana mengambil gambar profesional hanya dengan menggunakan telefon pintar adalah antara kelas-kelas yang disediakan. Ada juga kelas melibatkan pengurusan perniagaan, kewangan, konsep halal dan pelbagai lagi.
Kelas-kelas ini disediakan percuma untuk semua 4000 peserta eUsahawan yang hadir. Ini memang usaha yang cukup baik oleh pihak MDEC. Ini merupakan tahun ketiga program #YouCanDuit ini dianjurkan dan merupakan tahun kedua untuk majlis daya eUsahawan.
Ekonomi Digital adalah penggerak masa depan.
Program eUsahawan ini dianjurkan agar ekonomi digital dapat digerakkan dan sekaligus akan mengurangkan jurang ekonomi antara penduduk di luar bandar dan di bandar. Apabila akses internet telah diperluaskan ke seluruh negara, ini memberikan ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjana pendapatan melalui platform digital.
Melalui latihan yang berterusan dan majlis persidangan seperti Daya eUsahawan ini, wira-wira digital yang mengusahakan perniagaan mereka menggunakan platform digital dapat menambah baik perniagaan dan seterusnya menjana pendapatan berlipat kali ganda.
Semoga tempoh 2 hari di PWTC ini akan memberikan seribu satu pengalaman dan ilmu yang berguna untuk semua peserta yang hadir. Jangan lupa untuk ikuti perkembangan dan liputan khas di denaihati.com dan facebook fanpage kami Denaihati Network.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- #YouCanDuit Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Perlis
- Perekabentuk Shawl Teruja Sertai Program #eUsahawan
- Daya eUsahawan – kesinambungan program eUsahawan oleh MDEC
- Pendapatan meningkat daripada RM5,000 kepada RM50,000 sebulan
78 Comments
Hebat-hebat semuanya. Masing-masing dalam kelasnya tersendiri. Sangat terinspirasi. Kini semua orang ada peluang yang sama untuk berniaga.
Curahan rasa Eray Majid @ ..Beli Vivix Shaklee Sekarang Supaya Dapat Diskaun & Bonus Tunai
Bila seorang hebat satu sahaja, bila ramai hebatnya secara berjemaah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41
Betul setuju.. dapat peluang buat bisnes secara berjemaah lagi best..
Curahan rasa anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Tak tahu siapa yang sudi nak buat bisnes secara berjemaah dengan saya.. sebab saya sibuk jer memanjang… huhuhu..
Curahan rasa anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Kalau dah nama kerja sendiri kena banyak usaha dan bertawakal dengan Allah swt
Insyaallah rezeki tu ada
Curahan rasa Mama Hakim @ ..9 Tanda kencing manis ketika hamil! Kawal gula darah
Betul… kena yakin dengan rezeki Allah S.W.T.. dan jangan sesekali berputus asa..
Curahan rasa anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Kalau semua usahawan digital yang hadir ni aplikasikan ilmu yang diperolehi sepanjang mereka hadiri ni, mesti perniagaan mereka akan berjaya, InsyaAllah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Perut Makin Besar, Tidur Pun Susah. Apakah Posisi Tidur Ibu Hamil Agar Tidur Nyenyak & Selesa?
In Shaa Allah… good luck untuk puan Noriza Rahman juga yang sentiasa aktif menggunakan blog untuk mempromosi perniagaan..
Curahan rasa anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Saya dah daftar hari tu tetapi tidak terpilih.
Mereka tolak permohonan. Pasal lepas daftar dorang suruh isi maklumat income dalam sebulan. Saya tak isi.
Mungkin sebab itu sebab permohonan ditolak. Rassnya lah….
Apa pu ia sesuatu yang patut kita hadir untuk program seperti ini.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Kelantan Kekal Bersaing Dalam Liga Super 2018
mohon la sekali lagi tuan..
ilmu yang disampaikan dalam eushawan memang bagus untuk usahawan mikro..
belajar copywriting,FB ad,Instagram dan banyak lagi..
sekali seumur hidup
angka dah besar tapi tak tahu lah masing masing meniaga apa kan
Hehe
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Susu untuk ibu mengandung? Tambah tenaga & Kaya Kalsium!
Mesti ada macam-macam jenis perniagaan tu.. cuba bayangkan sekiranya semua usahawan ni beri bisnes kad kepada setiap orang yang mereka jumpa… tentu banyak “buah tangan” yang berjaya di bawa pulang ke rumah masing2..
Curahan rasa anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
kalau ada 4K orang perlukan 4 kotak name card..
itupun saya ambik 10 peratus sahaja..
hebat-hebat ini
Curahan rasa mrhanafi @ ..Belajar Buat Blog Yang Power SEO
event macam ni pastinya memberi ilmu dan input baru buat usahawan utk majukan bisnes
Curahan rasa nikkhazami @ ..Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp
Kalau ada peluang lagi macam ni satu hari nanti nak sertai juga…
Curahan rasa anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Kelas seperti kaedah penulisan copywriting, menggunakan pengiklanan di Google, pengiklanan di Facebook, memang sangat diperlukan oleh usahawan digital masa kini
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Azabnya diserang Gout, Sakitnya Mencucuk macam Berjalan Atas Serpihan Kaca.
Betul tu!! setuju sangat.. Disamping itu ilmu pemasaran melalui email juga sangat diperlukan supaya dapat mengurangkan kos pemasaran
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Usahawan Internet yang menggunakan pengiklanan di google dan facebook untuk mengumpul lead terdiri daripada mereka yang bijak dalam ilmu pemasaran…
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Dengan lead yang dapat dikumpul dengan kos pengiklanan berbayar dapat digunakan secara berkali-kali…
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Keluar modal sekali
Kumpul aset dalam bentuk lead
Dapat digunakan berkali-kali
Untuk menjana pendapatan pasif.
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Sama seperti kita berusaha untuk memperolehi sumber pendapatan pasif seperti membeli hartanah, menulis buku, menulis ebook, dan sebagainya..
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
google, facebook dan email dah terbukti berkesan boleh dijadikan sebagai pendapatan sampingan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp
Ekonomi digital memang diharapkan akan dapat mengurangkan jurang ekonomi antara penduduk di luar bandar dan di bandar.
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Azabnya diserang Gout, Sakitnya Mencucuk macam Berjalan Atas Serpihan Kaca.
Secara realitinya jurang ekonomi antara penduduk bandar dan penduduk luar bandar sangat berbeza.. Tetapi dengan adanya kemudahan internet, jurang tersebut dapat dikurangkan..
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Analoginya begini… sebelum ini orang kampung berhijrah ke bandar dengan tujuan untuk mencari rezeki…
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Sebabnya dekat bandar banyak peluang pekerjaan, banyak peluang perniagaan… Nak jual apa pun dekat bandar boleh laku sebab populasi penduduknya ramai…
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Dengan kemudahan shopping di hujung jari melalui internet… Lepas ni dah tak kisah… dekat mana-mana pun boleh berniaga.. Tak kira tinggal dekat kampung atau dekat bandar…
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Asalkan ada kemudahan internet. Berkemampuan untuk mengendalikan urusan jual beli dekat internet… Tinggal dalam gua sorang-sorang pun masih boleh jalankan perniagaan…
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Tiada lagi istilah macam Katak Duduk di bawah tempurung. sebab asalkan ada kemudahan internet duduk di bawah tempurung pun masih boleh tahu perkembangan dunia luar..
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Ramainya usahawan yang join persidangan daya eusahawan 2017 ni. Semoga mereka terus berjaya
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Azabnya diserang Gout, Sakitnya Mencucuk macam Berjalan Atas Serpihan Kaca.
Patutlah bulan November ni ramai usahawan internet menganjurkan cabaran perniagaan…. Dah rasa macam bulan keusahawanan pulak…
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Untuk menyemarakkan semangat ekonomi digital pada bulan November, bolah cadangkan pada MDEC untuk mengisytiharkan bulan November sebagai Bulan keusahawanan digital..
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
sekarang memang tak boleh nafikan, eusahawan, edagang dah jadi keperluan untuk semua bisnes kecil yang baru nak bermula. big player pun mula fokus pada edagang . sesuai sangat ada persidangan macam ni. boleh bertukar2 input
Curahan rasa izwan @ ..DAFTAR PERNIAGAAN ONLINE DEKAT EZBIZ SSM
Dengan penyertaan usahawan kecil dan sederhana dalam era edagang dan eusahawan… secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada usahawan kecail untuk bergerak seiring dengan syarikat-syarikat gergasi…
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Cuma bezanya sekarang dari segi kos pengiklanan yang mampu dikeluarkan oleh syarikat-syarikat besar dan usahawan-usahawan kecil…
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Tapi bila difikirkan balik, tak ada masalah pun… sebab nak letakkan iklan dekat google dan facebook boleh dilakukan mengikut kemampuan pengiklanan yang kita ada…
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Tak mampu nak keluarkan kos pengiklanan yang banyak, dapat keluarkan kos iklan yang sedikit pun sudah memadai…
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
setiap kali dapat untuk boleh tambahkan kos pengiklanan… Begitulah seterusnya sehingga mampu menjadi usahawan digital berjaya…
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
yang baru nak mula elok mula dengan perniagaan online. jimat kos, keuntungan berganda
Curahan rasa nikkhazami @ ..Padam Mesej yang Tersilap Hantar Pada WhatsApp
sebuah program yang sangat menarik semoga akan melahirkan usahawan muda tangguh dalam menghadapi masa ekonomi saat ini
Curahan rasa Bujang @ ..What Can You Do With Your Adsense Money?
Amin… Saya pun berharap macam tu juga… Jangan lupa doakan kejayaan saya sekali….
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Dengan kemunculan Datuk Seri Aliff Syukri (pengasas D’Herbs Holdings) dalam program-program keusahawanan pastinya dapat menyuntik semangat kepada peserta yang hadir..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Sekarang ni tak sabar nak menonton rancangan realiti tv CEO Desa pada setiap hari Sabtu..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Tak sabar nak tengok komen dan kritikan daripada ketua juri iaitu Datuk Seri Aliff Syukri..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Tahniah diucapkan kepada pihak MDEC di atas usaha ini.. semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir…
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Ramainya peserta.. untuk menganjurkan bengkel atau kelas dengan kapasiti seramai 4000 peserta pastinya bukan saru kerja yang mudah..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
4,000 orang adalah jumlah yang besar, jika ada 400 usahawan yang boleh berkembang ke taraf antarabangsa adalah satu kebanggaan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41
400 daripada 4000 cuma 10% sahaja… In Shaa Allah tak mustahil dengan bantuan dan bimbingan daripada mereka yang pakar…
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Comments are closed.