3 sebab mengapa peniaga online perlu mempunyai blog

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

blog telah wujud sejak sekian lama, ianya bermula sebagai platform penulisan diari online kemudian berkembang menjadi satu platform pemasaran yang luar biasa berkesan. Sehingga kini, blog semakin relevan disebabkan perkongsian maklumat dan isi kandungan yang dekat dengan pembaca.

Pemasaran menggunakan blog yang sangat berkesan

Walaupun ramai yang menyatakan orang sudah tidak membaca blog, tanpa sedar sebenarnya mereka menggunakan Google untuk membuat carian dan keputusan yang dipaparkan itu kebanyakannya terhasil daripada penulisan artikel di blog. Hari ini, sekiranya kita ingin melakukan pemasaran menggunakan isi kandungan (content marketing), blog adalah platform paling mudah.

Denaihati Network merupakan syarikat yang wujud daripada sebuah blog peribadi, kami menggunakan WordPress sebagai platform utama kerana setelah lebih 10 tahun menggunakan WordPress, banyak teknik-teknik dan strategi yang dapat dirancang untuk perjalanan pemasaran yang lebih efektif.

Penjenamaan menggunakan blog

1. Blog sebagai alat penjenamaan

Blog kepada peniaga merupakan salah satu cara untuk kita bina jenama. Artikel-artikel yang ditulis untuk bidang atau topik yang tertentu secara terperinci akan memberikan kepercayaan kepada jenama yang kita usahakan. Harini ini pengguna semakin bijak untuk membuat pilihan apabila mereka ingin membuat belian.

Pengguna akan membuat carian terlebih dahulu dan membaca penemuan-penemuan dalam enjin carian. Sekiranya mereka menemui banyak bahan rujukan daripada blog perniagaan kita, dari situ mereka akan lebih mudah untuk terpikat dan membeli produk atau perkhidmatan yang kita sediakan.

Membina perhubungan bersama pembaca

2. Membina perhubungan dengan bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada

Blog boleh digunakan untuk membina perhubungan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang sangat berkesan. Apabila kita banyak menulis artikel yang memberikan faedah dan manfaat kepada pembaca, mereka akan kerap hadir ke blog kita untuk membaca bahan-bahan yang berkualiti.

Perhubungan ini terbina apabila pembaca mendapat manfaat tersebut, dan akhirnya mereka akan bertukar menjadi pembeli apabila penawaran berlaku dan mereka telah percaya dengan apa yang kita sampaikan selama ini. Perkongsian tips kehidupan dan seumpamanya yang tidak berkaitan dengan menjual produk atau perkhidmatan adalah antara perkara yang boleh dilakukan.

Membina perhubungan jangka masa panjang dengan kos rendah

3. Kos pemasaran semakin lama semakin berkurang

Menggunakan blog, kos pemasaran akan semakin berkurang semakin lama kita berada di persada platform digital ini. Apabila cukup banyak artikel yang boleh ditemui di enjin carian, ketika itu, rujukan kepada blog kita akan menjadi semakin hebat, dan apabila artikel disusun dengan baik, kita akan dapat membuat jualan dengan menggunakan blog.

Pada masa kini, ramai pengusaha blog yang hanya berdiam diri mengakut keuntungan daripada artikel yang mereka tulis, ada yang menggunakannya sebagai platform pengiklanan, menjual produk affiliate dan pelbagai lagi, semua disebabkan mereka telah menulis cukup artikel di blog mereka untuk blog mereka menjadi tumpuan.

Andai anda ingin belajar selok belok menggunakan pemasaran blog secara sistematik, usah ketinggalan untuk hadirkan diri ke kelas WordPress For Business yang akan diadakan pada 7&8 Januari 2017. Ruang untuk mendominasi industri anda masih luas, lakukan sekarang dan anda akan dapat kesannya dalam tempoh 12 – 24 bulan dari sekarang.

Boleh terus ke http://akademi.denaihati.my untuk membuat pendaftaran.

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

102 Comments

  1. jimat sikit buat blog, sentiasa ada, dan diwariskan kepada anak cucu dan pembacaan untuk generasi yang akan datang. Zaman ni kenalah pulun sikit dan bersusah payah dahulu, nanti dapatlah hasilnya

  2. Relevan je.. yang penting kena pandai gunakan blog tu sebaik mungkin.
    kaji dan cuba try and error.inshallah berjaya

  3. Walaupun ramai yang merasakan blog bukanlah platform pemasaran terbaik tapi yang pasti, blog selamanya evergreen sebab saya sendiri kurang menulis tapi blog yang dibina 5 tahun dulu masih memberikan pulangan.

    Untuk yang bersabar, blog adalah platform terbaik
    Curahan rasa kak cun @ ..Tips Kurus daripada Saiz XL ke Saiz SMy Profile

  4. Saya baru belajar dalam dunia blogging. Kalaula saya start semasa 10 tahun lepas, alangkah bagusnya. Pohon tunjuk ajar daripada otai blogger sekalian. Saya orang baru memerlukan tunjuk ajar.

  5. Dah lama saya tahu blog merupakan salah satu cara terbaik untuk memasarkan produk secara lebih efektif.

    Ramai blogger yang dah hebat dalam jualan mereka.

    ini kerana pembaca akan cari dahulu di google serch.

    lebih lagi jika blog mereka power SEO.
    Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..10 Tip Beli Barang OnlineMy Profile

  6. Sangat setuju, kos pemasaran… semakin lama… semakin berkurang malah sehingga 0. Adakala tak perlu update posts secara konsisten… organic reach agak luar biasa di mana2 enjin carian bg artikel yg “matang”… Tidak kira dr platform blog berbayar (mempunyai hosting dsbnya) mahupun percuma ol’skool #blogger … itupun jika ditalakan mengikut guidelines disyorkan… Thxs for the share bro DH.
    Curahan rasa irsah @ ..Auto Check AMP HTML Errors for Blogger with Accelerated Mobile PagesMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!