298 sekolah di daerah Petaling zon merah diarah tutup esok

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kes pandemik Covid-19 di Malaysia menunjukkan bilangan yang drastik apabila tercatat 3 angka selama beberapa hari sejak kebelakangan ni.

Malah, Selangor antara negeri yang mempunyai kes covid-19 yang agak tinggi dengan bilangan 26 kes hari ini selepas Sabah.

Kredit foto: Utusan

Walaubagaimana pun, semua 298 sekolah yang berada dalam kawasan zon merah COVID-19 di Petaling, Selangor diarah tutup selama dua minggu bermula esok.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan media pada Ahad memaklumkan, sekolah yang terlibat termasuk sekolah swasta.

“Ini melibatkan sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling.

“Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

“Sekolah yang mempunyai asrama termasuk Kolej Vokasional juga ditutup. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil pelajar yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang,” jelas kenyataan itu.

kredit foto: Awani

Kenyataan itu bagaimanapun menyebut, pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan Kolej Vokasional sepanjang tempoh penutupan sekolah akan berada di bawah penjagaan warden asrama.

“Keperluan makan dan minum pelajar sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah.

“Dalam tempoh penutupan sekolah ini, pengetua dan guru besar akan memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian guru dan murid,” tambah KPM lagi.

Kenyataan itu juga menyebut, sekolah yang terlibat dengan penutupan boleh menjadualkan semula peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke suatu tarikh yang bersesuaian kelak.

“KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM

“Sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah bagi daerah lain akan dibuat dari semasa ke semasa,” tambah kementerian itu.

Semoga urusan pelajar-pelajar, guru-guru dan ibu bapa dipermudahkan. Stay safe everyone!

Awani

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!