Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Beberapa siri demonstrasi membantah RUU Omnibus Law berlangsung di beberapa wilayah di Indonesia, termasuk di kota Jakarta yang awal bermula dengan tenang akhirnya mencetuskan rusuhan sehingga merosakkan harta benda awam.
Demonstrasi yang didokong golongan mahasiswa dan Persatuan Buruh Indonesia itu, adalah bagi membantah Undang-undang Omnibus Law Cipta Kerja yang didakwa akan lebih memihak kepada pelabur dan menindas hak pekerja serta alam sekitar.
#Indonesia Protes #OmnibusLaw #OmnibusLawSampah pic.twitter.com/4xOIdBTerC
— Achafoo🎗⚖️ (@AdrianNCF) October 8, 2020
Seriously whats happening in Indonesia? Pray for our brothers and sisters over there. pic.twitter.com/8t7CypviBC
— f 👁️⃤ ck (@facktura) October 8, 2020
Undang-undang itu juga didakwa akan mengabaikan hak pekerja, antaranya pengurangan kos pampasan terhadap pekerja yang diberhentikan, pengurangan cuti tahunan, pembatalan peraturan gaji minimum, dan pindaan berkaitan peraturan pekerja kontrak.
Meskipun protes semakin mengganas, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mempertahankan undang-undang cipta lapangan kerja (Omnibus Law) yang diluluskan Parlimen Isnin lalu.
Jokowi sebaliknya mendakwa protes tercetus kerana rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat.
Tegas Jokowi, undang-undang berkenaan akan membantu mewujudkan pekerjaan buat golongan muda dan mereka yang menganggur kesan krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19.
Beliau turut meminta golongan yang membantah supaya mencabar kelulusan undang-undang itu di mahkamah perlembagaan.
Protes ganas tercetus sebagai bantahan golongan pekerja terhadap undang-undang itu.
Ia didakwa tidak adil, menekan hak pekerja dan menjejaskan alam sekitar.
Khabarnya ramai juga yang tercedera. Kita di Malaysia memang tak berapa faham apa yang berlaku. Pasti ada sahabat-sahabat di Indonesia yang boleh jelaskan.
Semoga Indonesia dapat melalui masa-masa susah ini dengan baik dan semua masalah dapat diselesaikan demi rakyat.
5 Comments
intinya rakyat sama pemerintah indonesia sudah tidak kompak lagi.. terlebih lagi di jaman yang susah seperti pandemi ini.
entri terbaru konveksi jas hujan
Ramai yang bantah. Berhimpun ramai ramai dari seluruh pelusuk. Memberi tentangan dan demo kepada pemerintah. Moga semuanya dipermudahkan
Mengerikan situasi semasa di Indonesia. Dengan keadaan wabak covid yang masih mengancam, perhimpunan besar-besaran tanpa SOP amat merugikan pelabagai pihak.
Curahan rasa Cendol Syoknya Ummi @ ..ABC sedap di Muar CONTEST
Dari berita yang dibaca, undang-undang ini memang merugikan pekerja. Sebab itu mereka marah. Kalau kita pun marah.
Tapi dari sisi yang lain, kerajaan Indonesia bermaksud, biar pekerja rugi sedikit asalkan ramai orang dapat kerja.
Hendak salahkan kerajaan Indonesia pun susah juga sebab, banyak sangat penduduk di Indonesia. Kerajaan cuma hendak pastikan, seramai mungkin dapat kerja.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Tahniah! Anda Mendapat Jualan Dan Ebook Paling Laku Dijual Pada Bulan September 2020
Kalau nak minta rakyat cabar undang undang, mereka harus lalui proses perundangan dan ambil masa yang panjang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Sebab Untuk Anda Tempah Ebook Bisnes Shopee
Comments are closed.