Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 2014 yang indah sudah jadi kenangan yang akan menjadi lipatan sejarah untuk dijadikan panduan hidup di masa mendatang. Terlalu banyak kisah dicatatkan sepanjang hari-hari di tahun 2014 yang dilalui dalam kehidupan penuh warna warni. Semuanya adalah pengalaman yang akan menjadi guru terbaik untuk melangkah sepanjang 365 hari di tahun 2015.
Alhamdulillah ALLAH masih pilih kita untuk melangkah ke tahun baru 2015 …
2015 memang banyak perancangannya tetapi dijangka bakal penuh dengan kesukaran terutama suasana ekonomi dunia yang semakin merudum. Barat sedang menyerang ekonomi Russia dan dampaknya sudah dirasai seluruh dunia. Peristiwa kehilangan MH370 dan tragedi MH17 bukan berlaku tanpa sebab tetapi juga tidak selamanya boleh dirahsiakan. Mungkinkah 2015 bakal menjadi tahun terbongkar segala kedurjanaan askar-askar Dajjal?
Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu) – Surah Al Nahl ayat 9
Politik Malaysia akan bertambah celaru dengan berbagai persepsi yang akan dicipta meracun minda rakyat untuk merebut kekuasaan. Melayu dan Islam akan terus berpecah belah melainkan pemimpin muda baru mengambil alih dengan ideologi pemikiran baru. Ujian pasti datang dan kepada ALLAH kita memohon pertolongan.
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin – Surah Al Hijr ayat 97 – 99
Kita sebagai insan biasa mungkin boleh jadikan entri “Kisah syilling jatuh dari langit” boleh dijadikan paduan dijadikan panduan hidup 365 hari akan datang. Azam baru kita untuk jadi lebih baik dari 2014 dan hidup memberi manafaat kepada seluruh alam.
Panduan hidup kita sudah ditentukan oleh ALLAH dengan Al Quran dan Hadith, semuga kita tidak tersasar dari jalan lurus yang telah ditunujukkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Alquran, membangun masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah”. – HR Ibn Majah
Selamat Tahun Baru 2015.
165 Comments
Selamat tahun baru tuan. Azam tahun baru student, as usual, ulangkaji terus lepas habis class. Hahaha dapat ke tak ya. Apa2 pun, semoga kita lebih baik dari sebelum ni..
Curahan rasa Rara Zack @ ..Kucing Hilang – Labu
Selamat Tahun Baru 2015 buat bro dan rakan-rakan blogger , semoga tahun 2015 ini akan membawa sinar yang paling cerah untuk kita semua sebagai blogger
Saya berharap di tahun 2015 ini kita semuga sehat 🙂 amin”‘”
Sangat di syg kan klau tahun 2015 bbm naik.semoga aja gak 😀
Curahan rasa reza rizki @ ..Makalah pembangkit Listrik Tenaga Biogas
Tahun 2015 semoga menjadi lebih baik…menjadi lebih sukses..segera mendapat jodoh..aamiin…
Curahan rasa andika @ ..SIS Rilis Suzuki F150 White Fighter, Varian Terbaru Satria F150
tahun 2015 ini mungkin akan menjadi moment berblogging yang paling menarik bagi saya.. 🙂
Curahan rasa myrujukan @ ..Resepi Cucur Nasi Super Lembut Sedap
Saya pun berharap perkara yang sama berlaku dalam hidup saya pada tahun 2015… Lebih-lebih lagi setelah membaca dan menonton produk-produk hebat milik usahawan-usahawan internet tempatan… Marilah kita sama-sama mendoakannya…
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Perbezaan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta Bagi Tahun 2013 hingga 2015
berdebar juga masuk 2015 ni. Ada yang kata cabarannya lebih besar berbanding tahun sudah2.
lagi2 dari aspek ekonomi.
semoga Allah sentiasa bantu kita..amin
Curahan rasa maria @ ..Petua Hilangkan Gegata Dengan Pantas Supaya Tidak Lagi Merenyam Sepanjang Malam
Ya.. Betul tu!! Saya juga turut merasai debarannya… Mujur pula harga minyak turun pada awal tahun baru 2015… Dapat juga mengurangkan kos minyak kereta….
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Perbezaan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta Bagi Tahun 2013 hingga 2015
selamat tinggal 2014. selamat datang 2015. semoga 2015 semakin sukses dari segi kehidupan dunia & akhirat.
Curahan rasa Nazlin Decenza @ ..New Arrival Blouse Labuh Muslimah Zafira
Semoga semkin sukses tuan..semoga di beri umur panjang 🙂 sangat bermanfaat
Semoga makin sukses di thun 2015 🙂
Semoga kita di beri umur panjang
selamat tahun baru Tuan Tanah Denaihati…. 🙂
Semoga tahun mendatang akan mendatangkan kebaikan kpd kita semua….
Curahan rasa chekguBH @ ..Trip Sabah Episod X : Air Panas Poring + Canopy Walkway
dalam 2015 ni jugak kita tak boleh lega walaupun harga minyak turun. mana tau kalau naik lagi
Curahan rasa nikkhazami @ ..ULASAN FILEM – Gone Girl
Ada kebenarannya juga andaian yang dilakukan.. Bila-bila masa sahaja harga minyak boleh naik semula… Semoga kita dapat survive sepanjang berada di tahun 2015….
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Perbezaan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta Bagi Tahun 2013 hingga 2015
Harga minyak turun menjelang tahun 2015 sedikit sebanyak telah menggembirakan hati rakyat Malaysia. .. Harap harga minyak kali ni dapat bertahan dalam tempoh masa yang lama. .
Curahan rasa anuar @ ..Statistik Perbezaan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta Bagi Tahun 2013 hingga 2015
sedikit sebanyak melegakan.
tp risau nanti kalau naik, naik mendadak.
yang pelik minyak naik, harga barang naik.
minyak turun, takde plak sapa2 baik hati turunkan harga
Curahan rasa maria @ ..10 Tips Banyakkan Susu Badan Tanpa Perlu Nak Topup Susu Formula Lagi Dah
Hehe betul tu. Senang hati kejap. Mungkin permulaan yang baik untuk 2015 insya Allah
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
maknanya alasan harga barang naik sebab minyak naik tak tepat sebelum ni….lebih pada ambil kesempatan lah…
Curahan rasa Denaihati @ ..AirAsia Surabaya ke Singapura Hilang
semoga melayu dan islam bersatu untuk menjadi kuat agar kesucian agama dan bangsa terpelihara..
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..(31 photos)Marian Rivera and ding dong dantes weding pictures!
Ya… saya pun berharap begitu juga. .. Malaysia ni bukan besar mana pun.. kita semua ni serumpun. .. eloklah kita bersatu padu dalam semua perkara. .. kalau ada perselisihan pendapat tu eloklah diselesaikan dengan cara yang baik. .
Curahan rasa anuar @ ..Statistik Perbezaan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta Bagi Tahun 2013 hingga 2015
betul, itulah yg kita harapkan, nampal susah terutamanya dr segi politik tapi tak mustahil
Curahan rasa Denaihati @ ..2014 yang indah dalam kenangan
Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan bertobat untuk memperbaiki kesalahan yang selama setahun ke belakang kita lakukan. Semoga di tahun baru 2015 ini kita dapat membuat sesuatu yang bermanfaat bagi diri kita, keluarga dan orang lain baik dunia maupun akhirat
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Persib Rekrut Emral Abus Sebagai Pelatih
Amin. Betul sama sekali kang semoga kita semua beroleh kejayaan dunia dan akhirat
Curahan rasa Denaihati @ ..Kelas Buat Blog Akademi Denaihati Januari 2015
Comments are closed.