16 September harapan aku untuk 1Malaysia. Anda??

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia, 16 September adalah hari yang sangat penting dimana pada 16 September 1963 Malaysia ditubuhkan. Semenanjung Melayu, Sabah dan Sarawak disatukan menjadi 1Malaysia oleh pemimpin politik ketika itu yang diketuai Tuanku Abd Rahman yang merupaka Perdana Menteri pertama Malaysia yang juga Bapa Kemerdekaan Malaysia. Masa berlalu sangat cepat generasi bertukar generasi kini Malaysia sudah memasuki era negara modern dengan generasi yang sangat berbeza.

Bapa Kemerdekaan Malaysia : Tuanku Abd Rahman

16 September 2008 adalah permulaan yang baru untuk Malaysia. Kalau dahulu Malaysia dikenali oleh seluruh dunia sebagai sebuah negara membangun yang sangat stabil politiknya tetapi kini suasana sudah berubah. Dalam perbincangan aku dengan ramai rakan niaga Melayu, Cina dan India mereka sangat inginkan suasana politik yang stabil untuk meneruskan urusan perniagaan yang lebih lancar.

Berpolitik tidak salah dan berbeza fahaman politik juga tidak salah kerana ini akan menjadikan sesebuah kerajaan lebih mampan mengikut kehendak dan keperluan rakyat. Yang merisaukan sebahagian besar rakyat apabila politik itu terus dimainkan dalam apa juga keadaan sehingga kekadang menjadi mual. Politik sudah menjadi seperti duit dimana penyokong sanggup berbuat apa sahaja untuk pemimpin yang mereka sanjung tanpa usul periksa dan diluar batas agama.

Harapan aku untuk 1Malaysia supaya menjadi negara yang maju, aman damai, tiada penyakit masyarakat, tiada pekerja asing dan tiada pertelingkahan antara kaum. Setiap kaum menghormati antara satu sama lain dengan memberi keutamaan kepada kaum Bumiputera tanpa menyisihkan kaum yang lain kerana jika Bumiputera ketinggalan dalam apa juga bidang maka sudah pasti Malaysia tidak akan stabil.

Apa harapan teman-teman terhadapa masa depan Malaysia??

[ad#Mangga 300]


Spread the love

53 Comments

  1. to the fallen ,forgotten and unsong heroes……..

    harapan sy agar2 org2 ni sentiasa dirahmatinya…..sy percaya masih ramai lagi yg telah dilupakan……walaupun sejarah tidak menyebut mereka, tapi kita berterima kasih atas sume yg terlibat di belakang tabir…….

    cheers….

  2. Pingback: IMCurtain.com

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!