12 Seksaan Akibat Meninggalkan Solat

Solat itu tiang agama sesiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya dan sesiapa meninggalkannya maka sesungguhnya ia merobohkan agamanya.

6 SEKSAAN DI DUNIA

– Allah mengurangkan berkat umurnya.
– Allah tidak permudahkan rezekinya didunia.
– Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya.
– Dia tidak akan memperoleh tempat didalam lslam.
– Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala.
– Allah tidak akan menerima doanya.

Baca : Neraka Buat Manusia Yang Ingkar Perintah Allah

3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI

– Mati dalam keadaan yang amat hina.
– Mati dalam keadaan yang amat lapar.
– Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun telah diberi banyak minuman.

3 SEKSAAN SEWAKTU ALAM KUBUR

– Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
– Allah akan mengelapkan kuburnya.
– Allah akan menyiksanya sehingga hari kiamat.

3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH

– Pada hari kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat.
– Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ehsan.
– Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab didalam neraka dengan azab siksaan yang pedih lagi keras.

Nau’zubillahiminzalik. Semoga kita tergolong dalam kalangan yang menjaga solat. Aaaminn.

Baca : Tangisan ahli neraka yang dahsyat

Dah baca? Jangan lupa share 🙂

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!