Assalamualaikum dan Salam sejahtera dunia, kalau bukan kerana mu Rasulullah SAW tidak ALLAH cipta dunia dan seisinya. Aku insan kerdil hampir terlupa kalau tidak disedarkan oleh sahabat ku Ustaz Khann Da’ie yang berada nun di bumi Madinah munawarah. Terasa rindu amat sangat kerana sepatutnya kami sedang berada di sana ketika ini. Mari kita sama-sama membaca coretan ustaz yang mencuit hatinyang gersang tiada kerinduan kepada insan agung.
#Hari..#Kelahiran..#Rasulullah..#Saw…
Air Mata tidak dapat ku tahan membasahi pipi saat mendengar Syair urdu ‘Muhammad Karoza‘ yang di karang oleh Hazrat Syeikhul Hadith Syeikh Syed Ahmad Khan rah. seorang Ulama’ Besar Pakistan satu ketika dahulu telah lakukan perjalanan dari Pakistan ke Madinah dan ingin menetap hingga mati di Madinah kerana beliau terlalu rindukan Baginda Saw..
Akhirnya barangkali kerana cinta beliau kepada Nabi Saw, ALLAH Swt telah memilih beliau meninggal di Madinah dan di tanam di Jannatul Baqi’ bersama Para Sahabat dan ahli Keluarga Baginda Saw di Madinah..syair ini telah di karang dalam 35 tahun yg lalu dan di nyanyikan kini oleh Junaid Jamshed seorang penyanyi pakistan…
Saya ingin kongsikan pada semua terjemahan dari syair ini agar kita bersama mndpt manfaat dan perasaan cinta kita kepada Habibuna Baginda Saw bertambah juga agar kita semua ada keinginan untuk menetap dan mati di Madinah..
‘Muhammad Karoza’
Makin hampi diri ku dgn Baginda Saw..
Kehidupan diriku akan berubah selepas ini kerana akan berjiran dgn Nabi saw..
Wahai Malaikat2 sampaikanlah pesan kepada Baginda Saw..
Wahai Malaikat2 khabarkan lah kepada Baginda Saw yg khadamnya Syed Ahmad sedang datang menuju kepadanya..
Madinah..Madinah..Madinah..Madinah..
Sangat indah nama Madinah ini..bila ku menyebutnya..hati ku rasa seronok..
kerana di dalamnya ada Baginda Saw..
Satu zaman yg hampir akan datang..yg mana kalian tidak akan dapati kesetiaan pada diri sesiapa..Pada masa itu jagalah Agama dan Iman kalian kerana zaman itu begitu ajaib untuk kamu hadapi..
Adakah kamu tahu sekarang ini aku nak ke mana?Dia adalah Rasululloh Saw ketempatnya lah aku sedang menuju..
Adakah kamu tahu apa yg sedang aku rasa?Aku sedang merasai nikmat kecintaan kepada Baginda Saw..
Sekarang ni kalian tinggal sajalah di Madinah..kerana kiamat semakin hampir..Tinggal sajalah di Madinah..kerana kiamat makin hampir..
Madinah..Madinah..Madinah..Madinah..12 Rabiul Awal 1437
23 December 2015
Semoga ALLAH terima cinta kita semua kepada Baginda Saw dan memilih kita untuk tinggal dan Mati di Madinah..amen….
Watch “junaid jamshed naat (muhammad ka roza)” on YouTube – junaid jamshed naat (muhammad karoza) : http://youtu.be/A6hlOdOxO-41
207 Comments
Maulidur Rasul yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wa ta’ala.
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Baginda merupakan penutup kenabian, selepas baginda tiada lagi nabi yang akan diturunkan, kalau ada yang mengaku nabi, sahih lah dia nabi palsu.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Sambutan tersebut bukan terhenti setakat majlis tersebut sahaja, tapi dari segi amali dia adakah kita mengamali dalam segala kehidupan kita.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Ramai yang hanya kenal sunnah baginda bila bab nikah kahwin dan kematian tidak pula hal-hal lain seperti berjual beli dan bermasyarakat.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian.
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.
Curahan rasa Supernifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Apa Majusi pun terpadam disaat lahirnya baginda Muhammad SAW. Begitulah hebatnya penyelamat yang Allah swt utus untuk menyelamatkan seluruh umat manusia sehingga hari kiamat.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Lebih banyak pengorbanan yang kita buat kepada agama. Akan lebih hampir kita dengan Nabi SAW.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Pengorbanan kita hanya Allah swt yang akan dapat membalasnya. Yang penting kita kena ikhlas dalam menunaikannya.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Sebagai umat Baginda SAW. Kita kena berusaha mengamalkan cara hidup Nabi SAW dalam kehidupan kita dan keluarga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Memang itulah sepatutnya. Kalau tidak untuk siapa Allah swt turunkan nabi Muhammad SAW.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Semoga akhlak Baginda menjadi tauladan dan ikutan buat kita. Walaupun dalam kehidupan akhir zaman ini kita sering hanyut, tapi selagi ajal belum menjelma, pintu taubat senantiasa terbuka.
Curahan rasa Azwan @ ..Rayani Air; Syarikat Penerbangan Tambang Murah Patuh Syariah Pertama di Malaysia.
Betul tu. Kena selalu bertaubat kepada Allah SWT atas salah silap kita. Semoga kita semua menjadi insan yang berguna.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Itulah yang sebaik baiknya. Jangan lengah lengahkan untu bertaubat takut nanti menyesal disana, dan ianya sudah sangat terlambat.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Bila tiba Maulud Nabi ramai antara kita yang ada fikir agama mengingatkan kita dengan Nabi SAW. Alhamdulillah.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Setiap Hari Dengan Kerja Online
Untuk mereka yang ingin syafaatnya mestilah sentias mengingati baginda sentiasa.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Nak dapat cinta Nabi SAW kena amalkan cara hidup Nabi SAW dan para sahabat dalam kehidupan kita. Bukan sekar dengan kata-kata sahaja.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Setiap Hari Dengan Kerja Online
Barang siapa menghidupkan sunnah nabi , maka itu tanda dia cinta nabi. Barangsiapa cintakkan nabi akan dibangunkan bersama sama nabi Muhammad SAW di akhirat nanti.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Itu yang susah juga tu, sebab ramai yang pandai bercakap sahaja, tapi amalannya kurang.. Moga Allah swt jadikan kita hambanya yang mengamalkan apa yang dikatakan.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Begitu senang nak kata kita cinta Nabi SAW. Tapi amal kita kadang-kadang jauh dari cara hidup Nabi SAW dan para Sahabat.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Setiap Hari Dengan Kerja Online
Orang kampong kata ” Cakap tak serupa bikin”. Moga Allah swt jadikan kita hamba dan pengikutnya yang solleh,
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Jika kita dengar kisah ulamak ni. akan terasa hebat juga beliau di sisi baginda. Bukan senang nak meniggal disana dalam keadaan semua manusia pada masa tersebut menghalangnya dari berada di bumi suci Madinah. Kuasa Allah. Allah SWT boleh ubah semua perkara tersebut.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Setiap Hari Dengan Kerja Online
Hanya mereka yang mempunyai amalan kerohanian yang tinggi sahaja boleh mencapainya. Kita… Insya Allah boleh jika kita usahakan.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
takhirnya saya temukan info yang ku cari selama ini
terimakasih pak admin saya tungu informasi selanjutnya
http://mysp.ac/2zU1U
Banyak pengajaran yang boleh di ambil dari kisah ini. Jom kita sama-sama berselawat kepada Nabi SAW.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Setiap Hari Dengan Kerja Online
Informasi apa yang sedang ditunggu tu bro. Moga ketemu nanti tu ya…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Mencintai Nabi itu adalah termasuk ke dalam hakikat iman. Ini adalah sebagaimana Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Sallam berikut,
“Tidak (sempurna) Iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dia cintai melebihi hartanya, keluarganya, dan manusia lain seluruhnya.”
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Jangan Biar Rokok Merosakkan Kesihatan Diri dan Keluarga
Cinta kepada Nabi SAW boleh dipupuk dengan mengamalkan sunnah=sunah baginda di dalam kehidupan kita.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Memang kena mencintai baginda Muhammad SAW, hatta melebihi kecintaaan kepada diri kita sendiri.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Perkara paling mustahak apabila kita sambut Maulidur Rasul ini kerana nak hayati syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Jangan Biar Rokok Merosakkan Kesihatan Diri dan Keluarga
Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa’id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Jangan Biar Rokok Merosakkan Kesihatan Diri dan Keluarga
Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Jangan Biar Rokok Merosakkan Kesihatan Diri dan Keluarga
Comments are closed.