Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, perhimpunan blogger terbesar di Malaysia yang dianjurkan di MIECC, The Mines, Seri Kembangan pada 14/12/2013 telah dapat mengumpul komuniti Blogger. Mengikut laporan di Harian Metro lebih 600 Blogger telah menghadiri perhimpunan Blogrrr anjuran MyNic. Paling aku tabik penganjur dapat menarik ramai usahawan online membuka gerai dengan berbagai produk yang menarik.
Berbagai aktiviti dijalankan sepanjang perhimpunan dengan berbagai ilmu dikongsikan tetapi yang paling penting adalah peluang bertemu mata dengan Rakan Blogger yang selama setiap hari berkomunikasi di alam maya. Bertemu Kak Jie, Yanmie, Tekong, Amanz dan Broframestone yang sudah lama tak berjumpa. Berjumpa juga dengan Blogger baru yang hebat seperti Tengku Syukri, Emas Putih dan ramai lagi. Hanya gambar jadi kenangan.
Paling ditunggu pengumuman anugerah 11 katogeri blog. Alhamdulillah blog Denaihati terpilih sebagai “Best Personal Blog 2013” tapi ini bukan bermakna blog Bro Framestone, BenAshaari, Cik Epal dan Irine Nadia tak bagus mungkin kali ini juri pilih blog Denaihati tahun depan pasti blog yang lain pulak. Atas kejayaan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga yang sentiasa memahami, team Denaihati yang sentiasa berkerja siang malam, pembaca setia dan semua rakan blogger yang sentiasa memberi sokongan kepada blog Denaihati dan paling penting kepada ALLAH SWT yang masih memberi ruang nyawa untuk memberi dan berkongsi ilham kepada semesta alam.
Senarai 11 Blog Malaysia Terbaik 2013 anjuran Blogrrr.my
- Best Food & Travel Blog – TheBigSmallBoy
- Best Personal Blog – Denaihati
- Best of Disability Blog – Amir-Hamidi
- Best Blogshop – EightDesignsBoutique
- Best IT and Gadget Blog – JomPHP
- Best Art & Photography Blog – TheEggYolks
- Best Entertainment Blog – RotiKaya
- Best Sports Blog – Sokernet
- Best Fashion & Beauty Blog – Maxmayo
- Best Family & Health Blog – IbuBapaCemerlang2012
- Best Automotive Blog – Paultan
Sebagai tanda terima kasih di atas kejayaan blog Denaihati aku sediakan 30 hadiah bonus hujung tahun 2013 untuk rakan blogger yang tidak berhenti-henti menyokong perjuangan blog Denaihati sehingga mencapai ketahap ini. Cara nak menang hadiah ini mudah sahaja :
- Tulis entry “review aplikasi android Denaihati terbaru” dengan beberapa gambar screenshot daripada aplikasi android Denaihati tersebut.
- Entri mesti ditulis 300 atau lebih perkataan dan mesti ada backlinks kepada blog Denaihati.
- URL link entri tinggalkan di SINI.
- 30 entri paling awal yang mengikut syarat akan mendapat bonus akhir tahun 2013.
- Keputusan muktamat.
Gambar menarik sekitar perhimpunan Blogger terbesar Malaysia
[customgallery]
105 Comments
terbaik lah bro, tahun depan saingan lagi hebat nih
Curahan rasa encikarman @ ..Filem Kartun Frozen – best ke?
okayh, muka tak ready langsung. keliru dengan kamera banyak sgt hehe.
td kat opis terus teringat DH ckp nak buat contest. hahahahaha ni laju je menaip ni
Curahan rasa eyra @ ..Review aplikasi android Denaihati terbaru
tahniah atas kejayaan tersebut 🙂
Tahniah semoga kemenangan DH menjadi inspirasi saya dan rakan2 yg lain untuk maju dalam dunia blogging.
Curahan rasa Arman @ ..Contest SEO Eridy Percubaan Pertama
tahniah buat anda yang menjadi blogger terbaik
Curahan rasa ade sunandar @ ..Obat Alami Tumor Payudara
selamat ya, mohon bimbingannya agar bisa seperti anda
Curahan rasa ade sunandar @ ..Obat Alami Tumor Payudara
mantap buat mereka, harus banyak belajar pada mereka
Curahan rasa langsing sehat @ ..Agen Herbalife Bandung
Tahniah ye bro! Semoga terus cemerlang, gemilang dan terbilang!
Curahan rasa Farid Adam @ ..Sudah Jatuh Ditimpa Tangga
Tahniah buat denaihati.com dan denaihati network. InsyaAllah, moga DH terus cemerlang utk tahun mendatang.
Moga terus sukses dgn tagline terbaik “hidupkan untuk memberi”
Curahan rasa hafizmd @ ..Seloka Petua Menjadi Isteri Solehah Disayangi Suami
tahniah kepada tuan DenaiHati
Curahan rasa Mus @ ..Dapatkan ‘Cashback Reward’ Bernilai RM300 Dengan Pembelian Kamera DSLR Canon
tahniah kepada yang berjaya
Curahan rasa faizal @ ..Punca Kematian Pelajar Hafiz 20 Juzuk
tahniah..buat pemilik dan team denaihati yang berjaya dinobatkan sebagai Best Personal Blog 2013…KB tumpang gembira dan bangga sebagai blogger Malaysia.
Curahan rasa kakiblog @ ..KB Kini Kembali Dari Bercuti
Team denaihati,… terbaik. Tahniah.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..La Copa de Todos – The 2014 FIFA World Cup Brazil ™ Official Song
alaaa, fon xde screenshot
Tahniah kepada semua pemenang…
Curahan rasa Eizil @ ..Satay Hut – antara pilihan sate terbaik
Comments are closed.