Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, perhimpunan blogger terbesar di Malaysia yang dianjurkan di MIECC, The Mines, Seri Kembangan pada 14/12/2013 telah dapat mengumpul komuniti Blogger. Mengikut laporan di Harian Metro lebih 600 Blogger telah menghadiri perhimpunan Blogrrr anjuran MyNic. Paling aku tabik penganjur dapat menarik ramai usahawan online membuka gerai dengan berbagai produk yang menarik.
Berbagai aktiviti dijalankan sepanjang perhimpunan dengan berbagai ilmu dikongsikan tetapi yang paling penting adalah peluang bertemu mata dengan Rakan Blogger yang selama setiap hari berkomunikasi di alam maya. Bertemu Kak Jie, Yanmie, Tekong, Amanz dan Broframestone yang sudah lama tak berjumpa. Berjumpa juga dengan Blogger baru yang hebat seperti Tengku Syukri, Emas Putih dan ramai lagi. Hanya gambar jadi kenangan.
Paling ditunggu pengumuman anugerah 11 katogeri blog. Alhamdulillah blog Denaihati terpilih sebagai “Best Personal Blog 2013” tapi ini bukan bermakna blog Bro Framestone, BenAshaari, Cik Epal dan Irine Nadia tak bagus mungkin kali ini juri pilih blog Denaihati tahun depan pasti blog yang lain pulak. Atas kejayaan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga yang sentiasa memahami, team Denaihati yang sentiasa berkerja siang malam, pembaca setia dan semua rakan blogger yang sentiasa memberi sokongan kepada blog Denaihati dan paling penting kepada ALLAH SWT yang masih memberi ruang nyawa untuk memberi dan berkongsi ilham kepada semesta alam.
Senarai 11 Blog Malaysia Terbaik 2013 anjuran Blogrrr.my
- Best Food & Travel Blog – TheBigSmallBoy
- Best Personal Blog – Denaihati
- Best of Disability Blog – Amir-Hamidi
- Best Blogshop – EightDesignsBoutique
- Best IT and Gadget Blog – JomPHP
- Best Art & Photography Blog – TheEggYolks
- Best Entertainment Blog – RotiKaya
- Best Sports Blog – Sokernet
- Best Fashion & Beauty Blog – Maxmayo
- Best Family & Health Blog – IbuBapaCemerlang2012
- Best Automotive Blog – Paultan
Sebagai tanda terima kasih di atas kejayaan blog Denaihati aku sediakan 30 hadiah bonus hujung tahun 2013 untuk rakan blogger yang tidak berhenti-henti menyokong perjuangan blog Denaihati sehingga mencapai ketahap ini. Cara nak menang hadiah ini mudah sahaja :
- Tulis entry “review aplikasi android Denaihati terbaru” dengan beberapa gambar screenshot daripada aplikasi android Denaihati tersebut.
- Entri mesti ditulis 300 atau lebih perkataan dan mesti ada backlinks kepada blog Denaihati.
- URL link entri tinggalkan di SINI.
- 30 entri paling awal yang mengikut syarat akan mendapat bonus akhir tahun 2013.
- Keputusan muktamat.
Gambar menarik sekitar perhimpunan Blogger terbesar Malaysia
[customgallery]
105 Comments
Tahniah denaihati atas kejayaan ini
Curahan rasa hafiz @ ..Buat duit dengan affiliates
tahniah bro..dan semoga ramai lagi blogger yang akan muncul macam mereka semua..:D
Curahan rasa reezluv @ ..Komisen Ke 15,16,17 dan 18 Dari Klikjer
Tahniah sudah menang Best PErsonal blog, Rayyan menang juga memang best
Curahan rasa munir ardi @ ..10 EASY STEPS TO CREATE A RESUME
tahniah… semoga banyak lagi perkongsian di wujudkan untuk membangunkan industri blogger kita…
Curahan rasa Sifu @ ..SEO Practices Do’s and Don’t
tak dapat nak join bonus akhir tahun, takde android. haha..
Curahan rasa ohcikgu @ ..Taarif Elektrik naik, Surcaj RE Fund juga naik.
pinjam org lain punya! heeeeee
Curahan rasa eyra @ ..Salji turun di Vietnam
Tahniah atas penganugerahan..review dan cadangan telah diberikan..sila-silakan baca..tq
Curahan rasa Mohd Yazed @ ..Review aplikasi android Denaihati terbaru
tahniah untuk blog denaihati. time bila pengumuman awards ni yer..tahniah juga atas penganjuran event seperti ini.
Curahan rasa ema @ ..#blogrrr mana silapnya
Tahniah DenaiHati..ramalanku benar belaka~~~~..mmg DH yg mng 🙂
Curahan rasa Zufar @ ..Panduan Bercuti ke Tempat Menarik Di Terengganu
entah bila nak masuk top tu agaknya
Curahan rasa zool @ ..Budak perempuan lari dari rumah untuk halang ibubapa beli kereta Jepun
Walaupun dekat ja dengan rumah tetapi saya tak berkesempatan untuk pergi sebab ada komitment lain yg lebih penting… Tahniah kepada blog Denaihati.
Curahan rasa JunAina @ ..Zon Keutamaan
Owh.baru tahu ada GA untuk aplikasi tu.saya dah download semalam tapi baru hari ni tahu ada GA..bila tarikh tutup GA ni tuan DH?Kalau masih sempat, teringin jugak nak join..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Job Di Rumah Penipu
hebat seperti biasa blog ini 🙂
bro, masih terbuka lagi ke dah cukup 30 peserta ya?
Curahan rasa Lizz @ ..Tool FB Marketing Paling Awesome | Software FB Graphic Editor
masih terbuka lagi cik liza, buatlah cepat-cepat….insyaAllah ada rezeki tak kemana.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 Entri Popular November 2013
Masih terbuka lagi jadi cepat2 buat jangan ketinggalan
Curahan rasa Denaihati @ ..Bertudung dan menutup badan tetapi tidak mengikut syariat
Comments are closed.