Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, perhimpunan blogger terbesar di Malaysia yang dianjurkan di MIECC, The Mines, Seri Kembangan pada 14/12/2013 telah dapat mengumpul komuniti Blogger. Mengikut laporan di Harian Metro lebih 600 Blogger telah menghadiri perhimpunan Blogrrr anjuran MyNic. Paling aku tabik penganjur dapat menarik ramai usahawan online membuka gerai dengan berbagai produk yang menarik.
Berbagai aktiviti dijalankan sepanjang perhimpunan dengan berbagai ilmu dikongsikan tetapi yang paling penting adalah peluang bertemu mata dengan Rakan Blogger yang selama setiap hari berkomunikasi di alam maya. Bertemu Kak Jie, Yanmie, Tekong, Amanz dan Broframestone yang sudah lama tak berjumpa. Berjumpa juga dengan Blogger baru yang hebat seperti Tengku Syukri, Emas Putih dan ramai lagi. Hanya gambar jadi kenangan.
Paling ditunggu pengumuman anugerah 11 katogeri blog. Alhamdulillah blog Denaihati terpilih sebagai “Best Personal Blog 2013” tapi ini bukan bermakna blog Bro Framestone, BenAshaari, Cik Epal dan Irine Nadia tak bagus mungkin kali ini juri pilih blog Denaihati tahun depan pasti blog yang lain pulak. Atas kejayaan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga yang sentiasa memahami, team Denaihati yang sentiasa berkerja siang malam, pembaca setia dan semua rakan blogger yang sentiasa memberi sokongan kepada blog Denaihati dan paling penting kepada ALLAH SWT yang masih memberi ruang nyawa untuk memberi dan berkongsi ilham kepada semesta alam.
Senarai 11 Blog Malaysia Terbaik 2013 anjuran Blogrrr.my
- Best Food & Travel Blog – TheBigSmallBoy
- Best Personal Blog – Denaihati
- Best of Disability Blog – Amir-Hamidi
- Best Blogshop – EightDesignsBoutique
- Best IT and Gadget Blog – JomPHP
- Best Art & Photography Blog – TheEggYolks
- Best Entertainment Blog – RotiKaya
- Best Sports Blog – Sokernet
- Best Fashion & Beauty Blog – Maxmayo
- Best Family & Health Blog – IbuBapaCemerlang2012
- Best Automotive Blog – Paultan
Sebagai tanda terima kasih di atas kejayaan blog Denaihati aku sediakan 30 hadiah bonus hujung tahun 2013 untuk rakan blogger yang tidak berhenti-henti menyokong perjuangan blog Denaihati sehingga mencapai ketahap ini. Cara nak menang hadiah ini mudah sahaja :
- Tulis entry “review aplikasi android Denaihati terbaru” dengan beberapa gambar screenshot daripada aplikasi android Denaihati tersebut.
- Entri mesti ditulis 300 atau lebih perkataan dan mesti ada backlinks kepada blog Denaihati.
- URL link entri tinggalkan di SINI.
- 30 entri paling awal yang mengikut syarat akan mendapat bonus akhir tahun 2013.
- Keputusan muktamat.
Gambar menarik sekitar perhimpunan Blogger terbesar Malaysia
[customgallery]
105 Comments
tahniah blog denaihati…
Curahan rasa fazrol @ ..Meratapi kekalahan Arsenal di tangan Manchester City!
Tahniah pada pemenang semua..
memang mantopp!!
Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Kalendar 2014 Beserta Cuti Umum Dan Cuti Persekolahan Malaysia
tahniah
semoga makin maju di masa akan datang
Aplikasi Android tu memang cool!
Curahan rasa penaberkala @ ..Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru
Boleh dijangka, Tuan Denaihati boleh menang. Tahniah…..
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru
dah agak dah ^_^ tahniah ye Tuan denai hati
Curahan rasa Aku Penghibur @ ..Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? by AkuPenghibur.com
Yeayyyy ada juga mukaa terselit dalam gamba blogger ramai ramai. Btw, Tahniah Tuan Denai. 🙂
hoho… gambar dengan nurmisnan takder ke bos.. =)
tahniah diucapkan sekali lagi utk u and semua yang menang…
BLOGGER PERLU BERSATU
Curahan rasa nurmisnan @ ..Mata menawan dengan MrLens – The Butterfly Project
Selamat buat blog denaihati atas raihan tersebut
Curahan rasa Abi Bewara @ ..Update Skype Versi 4.5 Untuk Android
salam, pertama sekali tahniah kepada DH.. dah saya jangkakan DH dan para blogger terbaik terpilih.. namun anugerah memihak kepada DH yg sememangnya layak… tahniah lagi sekali
Curahan rasa SilenceBlogz @ ..Contest SEO Eridy 2013
tahniah bro denaihati 😀
Curahan rasa dayah @ ..Hidup berasingan
Tahniah Denaihati atas kejayaan itu.
Tanniah kepada semua pemenang dan tanniah kepada blog Denaihati.
Curahan rasa akubiomed @ ..Solo outing dengan kamera DSLR di Jonker Walk
Baru nk join.. malangnya tak pakai android
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Selamat Pengantin Baru Buat Yuyu Zulaikha
Bro doakan aplikasi iOS diterima dan kita buat insentif yg lain pulak
Curahan rasa Denaihati @ ..Bertudung dan menutup badan tetapi tidak mengikut syariat
tahniah buat team denaihati
moga terus sukses
amin Ya Allah
seriously jelez giler ngan mereka yang dok kat kl.. salu ada benda best jadi kat sana,, kita yang jauh hanya mampu memandang dan tumpang gembira,, tahniah denaihati 😀
Curahan rasa muja @ ..Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru
Comments are closed.