Assalamualaikum wbt dan Salam 1Dunia, terima kasih kepada blog Paly.my yang sudi menjadi penulis undangan di blog denaihati.com. Kisah kali ini ialah beberapa kesilapan yang dilakukan oleh blogger sehingga menyebabkan kesilapan. Kita ikuti perkongsian dari beliau.
Boleh dikatakan setiap hari ada saja yang teringin menjadi blogger dan buat blog dengan semangat yang berkobar-kobar untuk berkongsi pelbagai perkara secara online. Dan ada di antara mereka yang berjaya selepas aktif beberapa bulan sebagai blogger.
Rezeki ada dimana-mana.
Tapi, ada juga yang kurang berjaya dengan apa yang mereka mahukan. Ramai yang mempunyai idea-idea baik tapi tak mampu nak luahkan dengan cara betul untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Seperti contoh, seorang blogger baru INGIN berkongsi pelbagai cerita menarik dengan harapan dapat menarik ramai pembaca lalu INGIN menjadikan ia sebagai sumber pendapatan tetapi malangnya, CARA yang digunakan adalah kurang tepat. Oleh itu, kegagalan ditempa. Seperti pesanan sifu buat blogger dalam entri Denaihati.
Semasa aku mula berblog, aku juga kurang arif dalam bab blog sehingga tahap aku kena rajinkan lagi untuk membaca blog-blog abam macho dan kakak comel untuk tahu macam mana mereka jadikan blog sebagai duit tambahan bulanan. Apa yang aku ingin tekankan adalah kena RAJIN dan buat ULANG KAJI.
Setelah menjadi blogger hampir 2 tahun, pelbagai jenis blog aku jumpa dan ada juga di antara mereka mengeluh. Usah risau. Sila terus rajin dan usaha serta berdoa pada-Nya. Kesilapan adalah salah satu penjang tunjang kepada tangga kejayaan. Tengok apa niat kita dan tujuan kita dalam menjadi sebagai seorang blogger. Adakah hanya ingin menulis atau ingin mencari duit tambahan atau ingin memberi manfaat pada orang ramai ? Terpulang.
Melalui pengalaman aku, dengan rendah diri, aku senaraikan 10 kesilapan blogger yang menyebabkan kegagalan.
Banyak perkara ingin dikongsi
Semangat yang tinggi pada awal berblog boleh menyebabkan blogger cenderung untuk berkongsi pelbagai perkara sehingga pada satu saat, mereka sendiri tak dapat nak menulis dengan baik lagi. Apa sebab ? Puncanya adalah blogger tersebut tidak menumpu pada satu tajuk atau lebih difahami melalui pendekatan sebagai niche blog.
Kalau betul-betul mampu, silakan. Aku memang tak mampu.
Habis segala tajuk ingin dipertaruhkan dalam blog. Masakan, percutian, tips, gaya hidup, makanan dan personal antara tajuk-tajuk menjadi pilihan untuk ditulis dalam satu blog. Dan, bila ditambah dengan tajuk INFO yang mana kena tulis beralaskan dengan fakta menyebabkan blogger buntu lalu mengambil jalan mudah iaitu salin dan letak lalu siarkan melalui blog. Akhir sekali, blogger GAGAL menulis dengan baik bila terlalu banyak ingin dikongsikan.
Kedekut dalam membuat pelaburan
Walaupun menggunakan platform blogger, ada juga pelaburan harus diletak. Seperti contoh, domain. RM30 atau lebih untuk setahun, tak mampukah untuk mendapatkan lebih banyak daripada jumlah itu ? Jika platform wordpress, ianya lebih banyak dan juga lebih menguntungkan jika kena dengan cara. Aku sendiri dapat lihat sudah ramai berjaya dalam menggunakan wordpress untuk berblog setiap hari.
Jangan terlalu comot dalam bab design blog
Ikhlas aku cakap, blog terlalu pelik designnya dan banyak kucing bergerak adalah blog kurang disenangi oleh pengunjung, termasuk aku. Antara sebab adalah tidak menampakkan professionalism sebagai blogger. Terpulang, bagi blogger yang ingin menulis sebagai hobi atau suka-suka, aku tidak kisah. Cuma ada juga aku baca blog personal, yang menulis untuk berkongsi kisah hidup tapi ramai pembaca.
Sebabnya adalah tiada kucing buat lintasan dalam blog. Itu antara tarikan secara tidak langsung.
Aku sarankan untuk usha beberapa blog yang masyhur di Malaysia dan tengok bagaimana design blog mereka yang dah menarik pelbagai jenis pembaca dan follower.
Perhatikan kelajuan blog
Aku juga mempunyai wordpress blog dimana theme yang aku guna adalah sangat berat dan amat berbeza dengan Genesis Theme. Dari situ, aku dapat lihat statistik pembaca mahupun pengunjung yang membuka blog dengan kelajuan yang baik. Sebagai contoh, Denaihati.
Ramai juga yang bersependapat bahawa blog yang terlalu lama untuk dibuka menyebabkan mereka, sebagai pembaca, terus memangkah browser melainkan mereka memang betul-betul ingin membaca hingga sudi menunggu. Ada banyak cara dalam mengatasi masalah ini tetapi sebahagian blogger tidak mengambil kisah walaupun mereka ini mahu mencapai apa yang diinginkan seperti UV yang tinggi.
Untuk masalah ini, sila rujuk dengan blogger yang pakar untuk baiki blog masing-masing.
Menulis dengan baik secara konsisten
Content is king. Memang tersangat betul malah ramai blogger-blogger Malaysia setuju dengan slogan terbaik ini. Buat ulang kaji, tulis dengan perkataan menarik, ikhlas dalam menulis dan asli adalah antara faktor yang menjadi tunjang utama dalam menulis satu artikel yang baik walaupun hanya berkisahkan hidup sendiri.
Belajar dari yang dah berjaya.
Ianya mengambil sedikit masa tapi hasilnya, cukup hebat. Aku pernah menulis suatu artikel tentang seorang awek. Ramai yang terjah hingga menjadi bualan oleh kawan-kawan sekolah aku. Itu pengalaman yang aku dapat.
Bagi mengelakkan kegagalan, seharusnya dibuat secara konsisten walaupun memakan sedikit masa. Paling kurang 1 artikel diselang 3 hari tapi kalau boleh, jadikan ia sebagai hobi untuk menulis setiap hari untuk mengelakkan menjadi malas bila sudah berselang hari.
Ini adalah 5 kesilapan blogger yang aku dapat lihat sepanjang menjadi blogger. 5 kesilapan lagi yang mana juga perlu diberi perhatian adalah :
- kurang aktif dalam media sosial;
- tiada perbualan 2 hala dengan pembaca blog;
- blog tidak dioptimasikan dengan baik seperti SEO;
- usaha yang suam-suam kuku;
- tidak tahu apa yang ditulis walaupun ianya idea sendiri.
Selesakan diri dalam berblog. Itu antara perkara yang aku amalkan untuk mengelak segala kesilapan, selagi boleh, dalam menulis blog setiap hari. Berjalan-jalan makan angin, bergurau dengan adik beradik, berhibur secara bagus dan makan biar tepat pada masanya adalah antara yang aku buat untuk mengekalkan diri sentiasa mempunyai idea untuk menulis sehabis baik dalam blog.
Ini merupakan pengalaman aku. Bagaimana pula dengan anda ?
Wallahu’alam
No related posts.
448 Comments
Tidak tahulah mungkin blog jenis personal kot. Hentam saja apa yang hendak ditulis tanpa ada keyword yang boleh membuat blog kita dikenali ramai. Mungkin cara inilah yang selalunya salah?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Ha..ha… asuk bab niche blog, habis lintang-pukang. Tidak tahu apa niche sebenar sesebuah blog. Dulu sampai sekarang asyik hentam saja tanpa memikirkan soal niche.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Sesuatu yang penting dalam artikel kita, susunan ayat dan perkataan biar jelas dan memberi sesuatu agar pembaca faham apa yang kita tulis. Saya suka blog yang bahasa rojak. Banyak bahasa Inggeris daripada Bahasa Malaysia/Melayu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Blog saya juga kelihatan agak slow loadingnya, sudah pasti pembaca tertunggu-tunggu, lebih lagi jika broadband/line mereka perlahan. Insya Allah akan saya usahakan dan perbaikinya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Yalah kita ini jenis kedekut sikit dengan wang, nak beli domain bukan main berfikir panjang, ini belum lagi beli hosting.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Saya suka tip yang kedua. Saya rasa header blog saya nampak comot, yakni bertaburan susunannya. Ini satu perkongsian yang bagus.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
banyak yang boleh di pelajari dari penulisan kawan-kawan yang lain semua element penting untuk kejayaan sesebuag blog supaya ianya menjadi mesra pengguna .. kadang2 benda2 macam tu kita abaikan
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Saiz tulisan pun kena ambil kira.Kalau susah nak baca orang akan pangkah jer.
Curahan rasa Norhayati Suaib @ ..Bahaya Karat Dalam Air Paip
ramai juga blogger yang jarang berhubung dengan orang yg meninggalkan komen. sebenarnya cara tu penting
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
saya setuju dulu-dulu waktu mula-mula ada blog semua tu saya buat tapi bila dah belajar dari kawan-kawan barulah tahu dan ubah sikit2 …
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Terima kasih dengan perkongsian diatas DH. Menarik. InshaAllah, PG akan cuba manfaatkan perkongsian yang telah dikongsi. Sebelum ini blog PG memang agak serabut. Lepas ni pasti akan kemaskini blog. 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
belajar sikit2, dan cuba baiki kelemahan insyaallah boleh berjaya dan nampak kekuatan blog
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kejayaan dan kegagalan seseorang blogger ditentukan oleh apa matlamat mereka ingin capai sebagai seorang blogger. Jika mereka berjaya mencapai matlamat…tidak kiralah bagaimana rupa, isi, niche, teknik dan spec blog tersebut…mereka tetap telah berjaya.
Namun yang banyaknya gagal kerana nak mengikut mereka yang berjaya tetapi tidak melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Kenapa Susahnya Jadi Wanita? Islam Tidak Adil!
Jangan terlalu comot dalam bab design blog- seriously bukan nak mengata, tapi ramai blogger yang tak ambil perhatian.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
banyak jugak aku belajar kat sini. thanks DH sudi kongsi ilmu
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
“rezeki ada di mana mana” tapi biar betul caranya. biar halal dan berkat 🙂
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Comments are closed.