Assalamualaikum wbt dan Salam 1Dunia, terima kasih kepada blog Paly.my yang sudi menjadi penulis undangan di blog denaihati.com. Kisah kali ini ialah beberapa kesilapan yang dilakukan oleh blogger sehingga menyebabkan kesilapan. Kita ikuti perkongsian dari beliau.
Boleh dikatakan setiap hari ada saja yang teringin menjadi blogger dan buat blog dengan semangat yang berkobar-kobar untuk berkongsi pelbagai perkara secara online. Dan ada di antara mereka yang berjaya selepas aktif beberapa bulan sebagai blogger.
Rezeki ada dimana-mana.
Tapi, ada juga yang kurang berjaya dengan apa yang mereka mahukan. Ramai yang mempunyai idea-idea baik tapi tak mampu nak luahkan dengan cara betul untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Seperti contoh, seorang blogger baru INGIN berkongsi pelbagai cerita menarik dengan harapan dapat menarik ramai pembaca lalu INGIN menjadikan ia sebagai sumber pendapatan tetapi malangnya, CARA yang digunakan adalah kurang tepat. Oleh itu, kegagalan ditempa. Seperti pesanan sifu buat blogger dalam entri Denaihati.
Semasa aku mula berblog, aku juga kurang arif dalam bab blog sehingga tahap aku kena rajinkan lagi untuk membaca blog-blog abam macho dan kakak comel untuk tahu macam mana mereka jadikan blog sebagai duit tambahan bulanan. Apa yang aku ingin tekankan adalah kena RAJIN dan buat ULANG KAJI.
Setelah menjadi blogger hampir 2 tahun, pelbagai jenis blog aku jumpa dan ada juga di antara mereka mengeluh. Usah risau. Sila terus rajin dan usaha serta berdoa pada-Nya. Kesilapan adalah salah satu penjang tunjang kepada tangga kejayaan. Tengok apa niat kita dan tujuan kita dalam menjadi sebagai seorang blogger. Adakah hanya ingin menulis atau ingin mencari duit tambahan atau ingin memberi manfaat pada orang ramai ? Terpulang.
Melalui pengalaman aku, dengan rendah diri, aku senaraikan 10 kesilapan blogger yang menyebabkan kegagalan.
Banyak perkara ingin dikongsi
Semangat yang tinggi pada awal berblog boleh menyebabkan blogger cenderung untuk berkongsi pelbagai perkara sehingga pada satu saat, mereka sendiri tak dapat nak menulis dengan baik lagi. Apa sebab ? Puncanya adalah blogger tersebut tidak menumpu pada satu tajuk atau lebih difahami melalui pendekatan sebagai niche blog.
Kalau betul-betul mampu, silakan. Aku memang tak mampu.
Habis segala tajuk ingin dipertaruhkan dalam blog. Masakan, percutian, tips, gaya hidup, makanan dan personal antara tajuk-tajuk menjadi pilihan untuk ditulis dalam satu blog. Dan, bila ditambah dengan tajuk INFO yang mana kena tulis beralaskan dengan fakta menyebabkan blogger buntu lalu mengambil jalan mudah iaitu salin dan letak lalu siarkan melalui blog. Akhir sekali, blogger GAGAL menulis dengan baik bila terlalu banyak ingin dikongsikan.
Kedekut dalam membuat pelaburan
Walaupun menggunakan platform blogger, ada juga pelaburan harus diletak. Seperti contoh, domain. RM30 atau lebih untuk setahun, tak mampukah untuk mendapatkan lebih banyak daripada jumlah itu ? Jika platform wordpress, ianya lebih banyak dan juga lebih menguntungkan jika kena dengan cara. Aku sendiri dapat lihat sudah ramai berjaya dalam menggunakan wordpress untuk berblog setiap hari.
Jangan terlalu comot dalam bab design blog
Ikhlas aku cakap, blog terlalu pelik designnya dan banyak kucing bergerak adalah blog kurang disenangi oleh pengunjung, termasuk aku. Antara sebab adalah tidak menampakkan professionalism sebagai blogger. Terpulang, bagi blogger yang ingin menulis sebagai hobi atau suka-suka, aku tidak kisah. Cuma ada juga aku baca blog personal, yang menulis untuk berkongsi kisah hidup tapi ramai pembaca.
Sebabnya adalah tiada kucing buat lintasan dalam blog. Itu antara tarikan secara tidak langsung.
Aku sarankan untuk usha beberapa blog yang masyhur di Malaysia dan tengok bagaimana design blog mereka yang dah menarik pelbagai jenis pembaca dan follower.
Perhatikan kelajuan blog
Aku juga mempunyai wordpress blog dimana theme yang aku guna adalah sangat berat dan amat berbeza dengan Genesis Theme. Dari situ, aku dapat lihat statistik pembaca mahupun pengunjung yang membuka blog dengan kelajuan yang baik. Sebagai contoh, Denaihati.
Ramai juga yang bersependapat bahawa blog yang terlalu lama untuk dibuka menyebabkan mereka, sebagai pembaca, terus memangkah browser melainkan mereka memang betul-betul ingin membaca hingga sudi menunggu. Ada banyak cara dalam mengatasi masalah ini tetapi sebahagian blogger tidak mengambil kisah walaupun mereka ini mahu mencapai apa yang diinginkan seperti UV yang tinggi.
Untuk masalah ini, sila rujuk dengan blogger yang pakar untuk baiki blog masing-masing.
Menulis dengan baik secara konsisten
Content is king. Memang tersangat betul malah ramai blogger-blogger Malaysia setuju dengan slogan terbaik ini. Buat ulang kaji, tulis dengan perkataan menarik, ikhlas dalam menulis dan asli adalah antara faktor yang menjadi tunjang utama dalam menulis satu artikel yang baik walaupun hanya berkisahkan hidup sendiri.
Belajar dari yang dah berjaya.
Ianya mengambil sedikit masa tapi hasilnya, cukup hebat. Aku pernah menulis suatu artikel tentang seorang awek. Ramai yang terjah hingga menjadi bualan oleh kawan-kawan sekolah aku. Itu pengalaman yang aku dapat.
Bagi mengelakkan kegagalan, seharusnya dibuat secara konsisten walaupun memakan sedikit masa. Paling kurang 1 artikel diselang 3 hari tapi kalau boleh, jadikan ia sebagai hobi untuk menulis setiap hari untuk mengelakkan menjadi malas bila sudah berselang hari.
Ini adalah 5 kesilapan blogger yang aku dapat lihat sepanjang menjadi blogger. 5 kesilapan lagi yang mana juga perlu diberi perhatian adalah :
- kurang aktif dalam media sosial;
- tiada perbualan 2 hala dengan pembaca blog;
- blog tidak dioptimasikan dengan baik seperti SEO;
- usaha yang suam-suam kuku;
- tidak tahu apa yang ditulis walaupun ianya idea sendiri.
Selesakan diri dalam berblog. Itu antara perkara yang aku amalkan untuk mengelak segala kesilapan, selagi boleh, dalam menulis blog setiap hari. Berjalan-jalan makan angin, bergurau dengan adik beradik, berhibur secara bagus dan makan biar tepat pada masanya adalah antara yang aku buat untuk mengekalkan diri sentiasa mempunyai idea untuk menulis sehabis baik dalam blog.
Ini merupakan pengalaman aku. Bagaimana pula dengan anda ?
Wallahu’alam
No related posts.
448 Comments
banyak tip tentang kesalahan blogger…blog aku dah lama tak update entri ni…hari ni kena update jugak sambil menulis komen di denaihati
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Saya juga selalu tak update blog, dan alasan yang sama ialah, komitmen pelajaran. Hehehe. 😀
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Namun in sha Allah pasti saya cari masa yang ada untuk menulis kisah pengalaman saya di UKM. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Juga mungkin boleh memberi tip kepada bakal blogger yang masih menuntut di sekolah. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Bukan apa, saya tak mahu mereka anggap aktiviti menulis blog akan menjejaskan prestasi mereka.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Tidak sama sekali. Kerana sejak dulu lagi manusia sudah guna medium blog untuk perkongsian ilmu.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Terima kasih untuk perkongsian ini ya. Banyak yang perlu saya pelajari untuk menghasilkan blog yang berkualiti dan seronok untuk dibaca oleh pembaca blog.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
Terima kasih kepada penulis undangan. Moga entri ini mampu memberi seribu satu manfaat kepada semua pembaca. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Saya juga semakin bersemangat untuk mengoptimakan hobi saya untuk menulis blog. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Terlalu banyak faedah yang boleh didapati melalui aktiviti penulisan blog.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Menulis blog juga mampu membuka pemikiran kita terhadap isu dunia luar.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kerana kita selalu singgah di blog yang memaparkan akhbar terbaru harian.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Banyak yang perlu saya baiki mengenai blog saya, banyak juga la yang tak lengkap, harap dapat memperbaiki nya dengan secepat mungkin…
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
Sama-sama kita mempelajari ilmu berblogging ini untuk berjaya dalam dunia blog ini ya. Perbaiki apa yang perlu dan pelajari apa yang kita belum tahu seperti ilmu SEO khususnya.
Tak apa Aina, sama-sama kita lengkapi kekurangan blog kita dengan ilmu yang ada.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Diharapkan huraian dari entri ini mampu membuka minda Aida untuk mencari idea menambah baik blog. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Saya juga sebolehnya mahu mencari lagi apa yang perlu saya baiki dalam blog saya. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Semoga dengan penambahbaikan blog saya nanti akan dapat menarik lebih ramai pengunjung blog.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Sekaligus dapat tingkatkan page view dan ranking bersama dengan blogger-blogger lain. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
kegagalan bukan bererti kita akan gagal selamanya masih ada ruang untuk kita perbaiki kegagalan tu .. orang2 yang berjaya semuanya pernah gagal kalau tak pernah gagal tu adalah pelik
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Jika orang yg berjaya sekarang tak pernah gagal, harus ingat ia akan datang juga nanti. Sebab kejayaan yg bertahan lama adalah kejayaan yg didahulukan dengan kegagalan.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
Betul tu sis. apa yang penting ialah apabila kita gagal, kita bangkit semula agar kita dapat mencapai kejayaan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
Benar sekali. Orang berjaya pasti pernah gagal sekurang-kurangnya sekali, bahkan berkali-kali.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Sikap orang yang berjaya ialah tidak mudah putus asa dan berasa kecewa terhadap kegagalan.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Dari kegagalanlah kita dapat pengalaman untuk membaiki diri kita pada masa akan datang.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Gagal sekali tak bermakna kita akan gagal selama-lamanya, ingat tu ya. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Langit takkan runtuh apabila kita gagal dalam apa juga perkara yang kita hadapi.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Sebenarnya kegagalan itu juga merupakan ujian dari Allah yang Maha Berkuasa.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Ujian yang Allah turunkan kita bukanlah bertujuan untuk membuat kita rasa down.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Sebaliknya ujian Allah itu menandakan bahawa Allah sayang akan hamba Nya.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kerana kita kena tahu bahawa hidup ini merupakan suatu persinggahan atau transit.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Hidupnya kita di dunia ini adalah untuk diuji oleh Allah yang Maha Besar.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
tahun adalah tahun adalah tahun ke 4 saya berblog 3 tahun yang langsung tiada ilmu tentang blog .. buat blog pun pandai2 sendiri masa tuh .. lepas 3 tahun baru lah jumpa jalan keluar dan terus belajar semua benda .. bila fikir balik rugi nya tak mula dari awal
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Lamanya dah berblog, akupun dulu start berblog penghunjung tahun 2007. Tapi macam biskut chipmore. Kejap nak berblog kejap berhenti. Mmg rugi masa. Sekarang baru nak mula balik….
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
peh…lagi lame..aku start blogging tahun 2011..dengan nuffnang baru dapat dekat rm600 je setakat hari ni..macam-macam template dah try..korang dengan nuffnang dapat income ok tak?
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
nuffnang saya biasa biasa aje. tak serancak dulu. rasa nak bertukar kpd komli
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
blog saya pulak banyak naik turun. income tak menetu. tu yang kadang2 malas nak update
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Saya pulak mula berblog semasa tahun 2009 tetapi mula aktif ialah pada tahun 2011. Dulu memang berblog untuk diri sendiri lah sebab takde ilmu langsung dalam blogging ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
saya berblog sejak 2009 lagi. tapi tak tumpu sepenuh perhatian sebab ada komitmen lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Rasanya semua blogger pasti mempunyai pengalaman yang serupa sekali dengan cikpuan.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Memang mula-mula kita terkial-kial dan tak tentu arah nak menulis blog.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Pasti ada sahaja kesilapan yang kita lakukan ketika mendirikan blog pada mulanya.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kesilapan2 inilah yang akan menjadi inspirasi untuk kita tidak lagi lakukan kesilapan pada masa akan datang.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kini, kita semua berkumpul dan mampu bertukar idea sesama bloggers tanpa mengenal jurang perbezaan.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
bab blog comot tu macam blog saya je..hehehe..tapi tengah usaha untuk memperbaiki apa yang patut..terutamanya kelajuan dan template blog yang sesuai..teknik seo je kena usaha betul-betul ni
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Semoga berjaya memperbaiki segala kelemahn pada blog. Blog aku pun banyak yg perlu di perbaiki. Cuma aku fokus pada satu2 masalah dlm satu masa. Bila dah selesai barulah beraliih kepada masalah lain…
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
Sama-sama kita perbaiki apa yang kurang dalam blog kita ya. Semoga kita dapat berjaya dalam dunia blog ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
setiap hari belajar benda baru tentang blog. semoga blog akan berkembang dan bertambah baik
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
blog comot tu senang aja utk perbaiki. buang apa yang tal perlu. cuma content yang utama
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Saya juga bercadang untuk menukar beberapa aspek blog saya seperti background yang lebih mesra pembaca.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Sebab saya tahu bukan setiap orang yang suka dengan benda-benda comel dan kawaii.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
sekarang sudah ada banyak medium bagi mengongsikan artikel seperti wechat dan sbg nya,jadi manfaat kan apa yang ada..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Usah Jadi Anak Derhaka,Kunci Menuju Ke Neraka.
Usaha itu yang penting,bila kita mahu menceburkan diri dalam berblogging harus belajar dan berusaha tanpa ada batasnya,menarik sekali artikel kali ini dan akan di manfaatkan,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Siapakah Pembeli Pertama iPhone 6 ?
belajar dan belajar adalah proses untuk jadikan blog kita lengkap dari sebarang error..tetapkan dalam diri kita apa niat sebenar kita nak buat blog tu
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
banyak tempat kita boleh promot blog. media sosal paling berkesan.tapi jgn la spam pulak. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
niat nak menulis tu ada. kadang kadang entri yang nak ditulis dah pun di draf tapi bila dah start menulis tatau nak mula dari mana. lepastu mula rasa hambar.
Curahan rasa KANVAS DAKWAT @ ..BAHASA MELAYU BAHASA MUNDUR
hehe macam saya,saya akan tulis di Note dulu,selepas itu bru di pindah ke blog,sebab terkadang idea ada bila dah tulis di blog adakalanya jadi tergantung pula,jadi Note sgt penting bagi saya,sebab selepas menulis tu saya akan check semula,bila dah ok saya akan pindahkan ke blog.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Usah Jadi Anak Derhaka,Kunci Menuju Ke Neraka.
sama. kadang ada juga tulis terus dalam blog. tapi selalunya buat dalam note pad
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kalau aku tak tahu nak start kat mana menulis. Aku akan terus kepada point yg aku nak sampaikan. Tulis jelah, abaikan sama ada apa yg kita tulis itu betul atau salah. Sebab kita bukan nak ujian SPM. Dah habis tulis barulah kita edit apa yg patut. Pastu baru publish. Kalau dah buat tu publish ajelah.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
Ya betul tu, nak berjaya dalam penulisan blog kena ada ikon atau role model. Jika boleh nak juga belajar dengan mereka. Rasanya mereka tidak lokek ilmu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Betul tu, blogger2 berjaya memang tak loke ilmu. Aku dari mula artikel pertama sampai sekarang ada sahaja mereka meningalkan komen. Memang sangat membantu apabila kita kurang bermotivasi.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
sangat-sangat setuju..buat masa ni kita jadikan denaihati atau hasrulhassan sebagai ikon blogger yang sangat pakar dari seo dan sebagainya
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Samalah kita. Blog DH dan HH inilah blog pakar SEO dan ilmu berblogging yang menjadi rujukkan kita untuk berjaya dalam penulisan blog. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
blogger HH dan DH memang otai dalam ilmu SEO ni. kena banyak belajar dari mereka
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
saya selalu jadikan hasrulhassan dan DH sebagai guru dalam berblogging. mereka memang hebat
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Malas juga menjadi penghalang untuk terus menulis blog selain daripada tiada siapa yang komen di blog kita. Ini juga satu kegagalan dalam diri. Apa yang ditulis tidak sampai ke pembaca.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
hahaha.kadang-kadang kita rajin buat post, takde orang pun komen..lately denaihati singgah kat blogku..hahaha…ada jugakla komen…
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Sayangnya kalau apa yang kita tulis di blog, tiada komen dari para pembaca ye. Mungkin kita gagal menyampaikan sesuatu itu dengan baik untuk pembaca. Sebab itu kita perlu belajar lagi.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
betul jugak…dan juga teknik seo yang tidak lengkap juga faktor kegagalan sesebuah entri..kene belajar lagi dan lagi
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
tapi tak semestinya kalau tak ada komen blog kita tak bagus. ada viewers sudah memadai tapi kalau ada komen lagi bagus
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Sebenarnya kebanyakan daripada blogger tidak mementingkan sangat soal ini semua, janji mereka asal saja nak tulis mereka tulis, walaupun sebenarnya mereka sendiri tiada keyakinan. Pelbagai rasa takut bermain di kepala mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Dan yang paling teruk apabila berfikir entry apa hendak di tulis,dari pagi bawa ke malam,hehe,.
pernah mcm tu ?
tips untuk mengatasi nya layari blog2 lain dan mungkin terdapat ada isu2 yg boleh mendatangkan idea dan adakalanya juga apa yang berlaku di sekeliling boleh kita olah menjadi bahan bacaan,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Jom Qurban Dan Aqiqah Untuk Tahun 2014
Kalau dilihat kepada tip yang dikongsikan di sini, banyak lagi kena belajar dan perbaiki terhadap blog kita. masih banyak kekurangan yang ada. Semoga selepas ini dapat diperbaiki sekiranya kita mahu teruskan berblog.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
iya betul tu untuk berjaya hrus lah ada usaha,dan yang penting mesti belajar lagi dan lagi tanpa rasa jemu,semoga berjaya! InshaAllah,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..8 Penyakit Akibat Marah-Marah.
Betul tu, Sama-samalah kita memperbaikan blog kita agar blog kita boleh berjaya seperti blog Denaihati ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
itu betul..harapan kita agar blog kita seiring atau tak jauh sangat dari ranking alexa denaihati ni..hahaha..impian mungkin akan jadi kenyataan dengan usaha yang berterusan dan terus belajar
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Macam kekeringan idea nak dikongsi dan disampaikan. Yalah soal makan tengah hari pun nak dihebohkan. Itulah yang menjadi kita kurang dengan media sosial, tapi tidak bagi sesetengah orang. lain orang lain caranya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Idea tu sebenarnya ada. Tapi tahap atau cara kita nak menyampaikan idea itu yang menjadi masalah. Ini bagi akulah. Kadang tengah bawa motosikal. Macam2 idea datang. Tapi bila datang rumah nak tulis, nak kembangkan idea itu menjadi satu masalah.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
hahaha..yang suka upload makan tengahari dan upload bila dah pandai masak sesuatu makanan pun banyak kat fb..dan paling best.upload gambar sendiri dan tulis..terasa kacak atau cantik hari ni k bai.
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Saya juga kurang aktif dengan media sosial seperti bersembang dan berforum dengan pembaca atau blogger lain. Adapun cuma sekali-sekala.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Aku jadi silent reader je kat media sosial dan forum. Sekali-sekali je aku komen dan like.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
Semenjak tahun 2011 hingga ke hari ini, saya rasa blog saya masih gagal berada setaraf dengan blog otai yang lain. Kelam-kabut artikel yang ditulis.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
sama lah dengan saya,bermula dengan blog pada 2010,telah banyak juga tukar nama blog sebab seperti xserasi,Alhamdulillah blog yang baru ini saya selesa,apa yang tak betul dahulu saya bawa ke hadapan untuk di perbaiki,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Alasan Mengapa Doktor Memakai Pakaian Hijau Sewaktu Pembedahan
Bila di kenang balik Blog-blog lepas rasa kelakar pun ada,mana kan tidak nya,entry dah meletopss tp keadaan dan rupa blog mcm akar kayu berselirat,penuh dengan widget yang xsepatutnya ada pn boleh ada hehe..maklum lah baru2 berblog dulu,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Usah Jadi Anak Derhaka,Kunci Menuju Ke Neraka.
samalah..nak dapat ranking alexa bawah sejuta dalam dunia pun susah..tapi memang kena usaha lebih untuk naikkan ranking alexa..nak betulkan error dalam google webmaster pun kadang-kadang pening
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Dulu akupun fikir susah juga nak turunkan ranking alexa. Tapi aku amalkan 3 cara seperti yg aku tulis kat blog aku. Alhamdulillah berhasil. Tak sampai sebulan.
Utk error dlm webmaster aku tak pernah ambil peduli setakat ini. Masuk akaun webmaster pun belum setelah hampir setahun blog aku. Lepas ni nak semak juga. Dan sebenarnya aku blm tahu lagi apa kepentingan google webmaster ni…nak google pas ni….
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
wah…apa cara tu wira merah…share la sikit..hehehe..webmaster penting kalau nak tengok blog kita ada virus ke…duplicate meta tag dan lain-lain…
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Aku pun sama, lepas ni kita perbaiki blog kita dan maju bersama2, jangan lupa berkunjung ke blog aku….
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
wah tahun yang sama kita start blogging..bile time mula-mula nak buat blog..memang blur cara nak setting..alhamdulillah bila dah lama sikit..barulah faham macam mana nak edit sebarang kod html
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Comments are closed.