Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, keadaan ekonomi tahun 2015 berbeza daripada tahun 2014 terutama untuk industri minyak dan gas. Nilai Ringgit Malaysia berbanding Dollar juga merosot pada tahap terendah dalam tempoh 5 tahun. Dua faktor ini telah memberi kesan besar kepada senarai orang terkaya Malaysia 2015 berbanding 10 individu terkaya Malaysia 2014.
Dua individu Melayu terkaya 2014 iaitu Datuk Mokhzani dan Tan Sri Azman Hashim terkeluar daripada senarai 10 orang terkaya Malaysia 2015. Satu-satunya billionaire Melayu yang merupakan Melayu terkaya di Malaysia yang masih berada dalam senarai adalah Tan Sri Syed Mokhtar juga turun dari kedudukan enam kekedudukan kelapan . Puan Lim Kim Hoa satu-satu wanita yang masuk dalam senarai 2014 juga terkeluar dari senarai terkaya 2015.
Alhamdulillah aku telah menulis senarai 10 orang terkaya di Malaysia sejak 2010 sehingga entri menjadi rujukan Wikipedia. Untuk tahun 2015 Forbes telah mengeluarkan senarai 50 individu terkaya di Malaysia. Tan Sri Robert Kuok dan Tan Sri Ananda Krishnan masih mengekalkan dua kedudukan teratas individu terkaya di Malaysia sejak beberapa tahun lepas.
[box type=”shadow”]Senarai 10 Individu Terkaya Malaysia 2015
- Robert Kuok USD11.3b
- Ananda Krishnan USD9.7b
- Tan Sri Queck Leng Chan USD5.6b
- Tan Sri Lim Kok Thay USD5.5b
- Tan Sri Teh Hong Piow USD5.4b
- Tan Sri Lee Shin Cheng USD4.6b
- Tan Sri Yeoh Tiong Lay USD3b
- Tan Sri Syed Mokhtar USD2.9b
- Goh Peng Ooi USD1.6
- Tan Sri Lee Oi Hian & Dato’ Lee Hau Hian USD1.5B [/box]
Dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar kita kena jadi manusia kreatif untuk menambah sumber pendapatan. Bukan semua industri akan menurun apabila keadaan ekonomi dunia tidak menentu. Pasti ada industri yang terus berkembang dan kita kena cepat menyesuaikan diri mencari peluang tersebut. Kita tidak boleh terlalu memilih bidang bisnis yang hendak diceburi tetapi mencari peluang yang menguntungkan walaupun bukan kepakaran kita.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia membina kerjaya berjaya dari rumah!!! Klik Sini
Rahsia Menambah Pendapatan dengan Menulis! Klik Sini
Rahsia sedekah membuka pintu rezeki! Klik Sini[/box]
108 Comments
Allah swt berfirman :
“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]
Bila diuji, bersabarlah.. dan senyumlah..
Curahan rasa salam @ ..trick income RM500 sehari dengan simkad magic
Tinggal Tan Sri Syed Mokhtar ja wakil Muslim terkaya di Malaysia. Bukan senang nk jadi kaya, kaya budi, kaya bahasa. Yang banyak kayap je setiap bulan.
Curahan rasa Afiffuddin @ ..Cara Install WhatsApp Plus
Seharusnya kejayaan mereka dijadikan perangsang kepada kita semua. Semoa suatu hari makin ramai orang kita yang menduduki carta top 10.
Curahan rasa kursi tamu minimalis @ ..Furniture Kayu Jati
kerja keras diperlukan untuk menjadi kaya raya..sebab rata-rata orang kaya memang cara bekerja begitu
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Best Mobile Peluang Terbaik 2015
Wow Keren sangat orang itu, pengen aku kayak dia kaya dan baik hati
Curahan rasa kursi tamu minimalis @ ..Info Berbagai Jenis Meja Makan yang Bisa Anda Gunakan Saat Ini
Sebagai org Melayu memang rasa tercabar bila tengok majoriti orang terkaya di Malaysia ni adalah bukan bumiputra.
Curahan rasa Azura MZaki @ ..Cara Membezakan Madu Asli dan Tiruan
Dengan uang memang bisa membeli segalanya, tapi hati-hati juga dengan uang jangan sampai salah menggunakannya ….
Curahan rasa info-menarik.NET @ ..Lulus Tes EPS Topik Korea Inilah Kuncinya
harap 2016 nanti senarai ini akan berubah dan bertambah melayu yang masuk dalam senarai
Curahan rasa blogwalking @ ..Kunci-Kunci Kebaikan dan Penutup Kejahatan
wah.. mari pasang impian untuk jadi kaya. Tak masuk dalam top 10 dunia pun tak apa. Kaya untuk melakukan jihad ekonomi.
Curahan rasa Nuha @ ..Jutawan MLM
nampaknya.. orang-orang kaya semua di monopoli oleh kaum lain.. harap-harap next year ada muka baru dari kalangan kaum melayu.. huhuhu
Curahan rasa Aisyah Umairah @ ..Hukum Mencabut Uban Rambut
Harap-harap mereka yang tersenarai nih tak kedekut sudah lah kan.. Sedia memberi sedekah bila-bila masa…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya
Fuh, leganya kalau orang Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar masih di tangga ke-8. Mungkin nak dikatakan beliau hilang banyak aset, 50-50.
Risau pula pada tahun 2016 nanti beliau tiada di top-10.
Tapi teruk gak depa kena hentam sbb ramai tuduh depa kroni. walhal semua yg kaya2 tu mmg ada political connection pun 😀
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Islam Pelopori Kedaulatan Undang-Undang
memang biasa sifat manusia, ada yang tidak akan merasa senang dengan kejayaan orang lain.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Tiga Jurulatih Bakal Ganti Pellegrini di Manchester City
alhamdulillah…ada juga 2 orang wakil orang Melayu.
Semoga mereka boleh didik bangsa kita untuk berjaya seperti mereka.
amin..
Curahan rasa maria @ ..Waktu Terbaik Untuk Lakukan Ujian Kehamilan Supaya Anda Dapat Suprisekan Suami Anda
sudah dijangka bahawa kuasa ekonomi dan kekayaan dalam tangan orang Cina..cabaran buat kita orang Melayu..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah Orang Terkaya Di Korea Selatan
Orang Melayu berniaga suka ada sifat PHD sebab tu susah nak melangkah jauh..bangsa lain kalau buka kedai makan sebelah menyebelah pu boleh sama-sama kaya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kawal Sebum Berlebihan Elakkan Jerawat
Seharusnya kejayaan mereka dijadikan perangsang kepada kita semua. Semoa suatu hari makin ramai orang kita yang menduduki carta top 10.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Tiga Jurulatih Bakal Ganti Pellegrini di Manchester City
Maria. ada 1 aje wakil di dalam list tu. Tahun 2014 memang 3 orang termasuk anak Tun Mahathir. Mokhzani.
Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid As-Salam Puchong Perdana
wahhhh,semoga bertambah orang melayu dlm senarai org terkaya di Malaysia..
Curahan rasa Maz Jamal @ ..Tips Mudah Untuk Suami Semasa Isteri Berpantang
harap-harap begitulah kan, adalah ini suatu yang agak mustahil atau kita boleh lakukan, jom jadi kaya jom 😉
Curahan rasa puteraduyong @ ..Tiga Jurulatih Bakal Ganti Pellegrini di Manchester City
Moga tahun 2016 akan datang ada ramai jutawan dari bangsa Melayu..
Semoga kita semua jadi golongan yang kaya dan berjaya…
Kita diberikan kekayaan kerana kita mampu untuk membantu orang lain
Curahan rasa linchalo @ ..Ketahui Mengapa Sebahagian Warga Emas Akan Bertongkat dan Berkerusi Roda Apabila Semakin Berumur
memang kita semua nak jadi kaya, kaya di dunia dan juga kaya di akhirat sana nanti.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Resepi Ketam Masak Cili Ringkas
Comments are closed.