Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bulan Ramadan datang lagi jadi banyak keywords evergreen (pinjam kata-kata Ibunda Blogger) yang naikkan semula entri lama dengan sedikit perubahan ayat dan keyword di entri tersebut. Ini satu lagi Tips Blogging yang boleh diamalkan iaitu jangan tong sampahkan entri-entri lama dan hanya fokus pada entri baru. Rakan Blogger boleh menyemak keywords yang masuk ke dalam blog anda. Sekiranya ada keywords yang menuju ke entri-entri lama maka baguslah entri tersebut dibaik pulih dengan memasukan fakta-fakta terbaru supaya pembaca organik tidak kecewa apabila tersesat di entri tersebut.
Maklumat yang tepat pada setiap entri walaupun entri lama pasti akan boleh mengubah pembaca organik menjadi pembaca setia blog kita. Jadi selepas ini kenalah rajin-rajin melihat keywords yang menjadi perhatian pembaca blog anda dan kalau perlu diubahsuai entri-entri lama untuk disesuaikan dengan keywords yang masuk maka kenalah ubahsuai.
10 entri popular Denaihati Julai 2013
- Buffet Ramadan Hotel dan Restoran Malaysia
- Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-negeri Seluruh Malaysia
- Semak Saman AES online
- Mesir Terkini Runtuhnya Sebuah Dinasti
- Semak Saman Trafik Online
- Tips Pasti Berjumpa Malam Lailatul Qadar
- Istiwa Matahari di atas Kaabah Waktu Semak Arah Kiblat
- Top 23 Blog Malaysia Paling Popular
- Mydulang @Oldtown White Coffee Hidangan Ramadan 2013
- Aqiqah Ramadan Kemboja
Yang menarik daripada 10 entri popular Julai 2013 hanya dua terakhir sahaja entri yang di tulis dalam bulan Julai 2013 dan selainnya adalah entri lama yang masih menjadi perhatian di Google Search. Mungkin ada Rakan Blogger yang tertanya-tanya dalam hati bagaimana nak dapat ranking ini? Semasa ini ilmu teknikal berblog seperti yang aku tulis dalam entri “Blogger bukan hanya menulis sahaja” boleh dipraktikkan.
Cara paling mudah untuk memeriksa ranking entri bulanan blog kita adalah dengan menggunaka Google Analytics bahagian content. Entri popular ini dikira berdasarkan trafik yang diterima sepanjang bulan Julai 2013. Kepada yang belum ada akaun Google Analytics tak susah nak join hanya perlukan akaun Gmail sahaja untuk mendaftar. Selain Google Analytics anda juga boleh menggunakan tools yang lain seperti Clicky dan lain-lain yang boleh dicadangkan di ruang komen.
Cerita pasal semak trafik blog aku kurang setuju dengan komen Eddie di entri “Buat duit dengan blog hanya dari iklan”
selitkan iklan N sebab dia ada analitic…so sambil2 je la…dah 3 tahun pakai…dah banyak kali status gelihati tu kena tarik lepas kasi balik…kini still pakai N.
Pendapat aku kalau hanya tampal N untuk tengok statistik blog agak kurang tepat kerana code N agak memberatkan kelajuan sesebuah blog. Kalau setakat nak semak statistik blog ada banyak tools lain yang kita boleh pasang tanpa menjejaskan kelajuan sesebuah blog. Kepada Rakan Blogger yang mememang buat duit dengan N tak apa sebab walaupun blog agak berat sikit tapi DUIT MASYUKKK.
Jom buat entri baru kongsikan top 10 entri popular blog anda untuk bulan Julai 2013.
49 Comments
saya pun baru keluarkan artikel pasal Google Analytics ni..Google Analytics tool yg sangat bagus untuk trace trafik organik datang dari keyword mana..memang terbaik entri kali ni tuan!
Curahan rasa fahmimustakim @ ..Kepentingan Google Analytics Pada Blog
betul juga tu.. sebelum ni asyik abaikan je entri-entri lama walaupun banyak juga keyword yang masuk. lepas ni, kena upgrade juga entri lama ni.hehehe.
iqd dah semakin ada berita baik. Alhamdulillah 🙂
Curahan rasa boni kacak @ ..Mua’dz Dzulkefly Dengan Irama Nasyid Tersendiri
Wah boleh tulis mengenai 10 entri terbaik untuk blog nanti. Terima kasih beri ide ini. 🙂
Amanz.my dah lama buat ni
hoho..gua tak check lagi entri popular blog-blog gua. Sibuk sikit bila dah nak kat raya ni..
Curahan rasa titan @ ..Dulu, gua memang susah nak percaya..sekarang?
Betul apa yang dikata Tuan DH, entri yang paling banyak dikunjungi dan dibaca di blog saya pun saat Ramadhan ini adalah “Doa Niat Mengeluarkan Zakat Fitrah”, padahal entri tersebut dibuat pada tahun lalu.
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Al Shabab, Klub Sepakbola Islami di Brasil
Buah cempedak di luar pagar
Cempedak datang dari Laguna
Saya blogger baru nak belajar
Tips begini memang berguna
Curahan rasa Muhalith @ ..dPuncak Homestay Melaka di Ayer Keroh
haha, guna singkatan N mmg tak boleh bla .. tapi saya pun guna utk tujuan yang sama.. tgh fikir2 nak cabut ke tak..
Curahan rasa muazfaris @ ..Stylus dengan Fiber Optic untuk iPad
baca je entri tulisan Ariff Shah yg tajuk Iklan di Blog : Nak GUna N ke tak?
Curahan rasa denaihati @ ..Iklan Di Blog: Nak Guna N Ke Tak?
Setiap kali saya baca entri pasal trafik kat blog-blog, screenshot statistik yang digunakan mesti dari N, sampai saya terfikir kenapa diaorang bergantung pada statistik N, tak guna GA ke yang lebih imformative. Sebab tak dapat jawapan kenapa, lepas tu malas nak fikir pasal orang lain punya interest dah, hahaha.
Curahan rasa Noridah @ ..Persiapan Raya
N mungkin lebih mesra alam kot. haha
Curahan rasa muazfaris @ ..Stylus dengan Fiber Optic untuk iPad
Majoriti yang guna N tu tak tahu pun ada tools lain yg lebih banyak fungsi dan lebih ringan dari sudut kelajuan page loading. Diaoarg tu sebenar terjumpa je fungsi tu kat N sebab asalnya nak tampal iklan kat blog .. ikut Blogger lain yg dah buat duit dgn N.
Curahan rasa denaihati @ ..Sex Blogger, Ratu Cantik dan siapa lagi akan hina Islam
terima kasih atas perkongsian yang tak pernah menghampakan…
Patutlah Blog saya berat… Rupanya ini penangan iklan N… Lepas Cash Out nanti saya nak remove semua iklan N…
Curahan rasa Anuar @ ..Hobi Terbaru Isteri Saya : Cantik tak? (Bahagian 13)
Insya Allah saya berjanji akan update entri-entri usang di blog saya tu uhuhu
Curahan rasa waiman takwa @ ..Kejadian Tembak Curi Menular Ke Sabah
Entri Top 10 yang menarik!!
Curahan rasa Qashmere @ ..Iftar Hari Yang Ke Dua Puluh Enam Dengan Kari Ketam Lagi
keyword abadi semacam ini ilmu paling berharg dari kujie.com yang bisa saya serap
Curahan rasa munir ardi @ ..Google sayangi blog saya lagi ya
dengan Google Analytics macam-macam yang kita tahu pasal progres blog kita…
pasal N pula, ada segelintir yang membuat seperti saudara Eddie.. hanya ingin mengetahu statistik blog..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Pejabat Mula Kosong
entri keyword Abadi sekali tulis saja tiap tahun bila masanya tiba trafik mencurah datangnya
Curahan rasa munir ardi @ ..Google sayangi blog saya lagi ya
Comments are closed.