Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kita semua sedia maklum mengenai bencana banjir yang menimpa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Ramai yang kehilangan harta benda dan pelbagai lagi. Sebagai salah satu langkah untuk membantu semua mangsa banjir. Setiap komen yang ditulis di denaihati.com bermula 27 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015.
Kami akan menilaikan setiap komen itu dengan nilaian 1komen = RM1. Semua sumbangan akan kami salurkan kepada mangsa banjir yang terbabit melalui Misi Bantuan Banjir Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah yang diketuai Dato’ Syed Zainal ex-CEO Proton.
Bersama-sama kita membantu mereka yang ditimba ujian berat daripada Allah s.w.t ini. Semoga dengan sedikit bantuan ini, akan dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang mereka terima.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. – Al baqarah ayat 261
Berikut adalah jumlah komen terkumpul setakat ini.
3428 komen = RM3428.00
Disamping itu, sama-sama kita doakan semua urusan untuk membantu mangsa bencana besar kali ini berjalan lancar. Tiada daya kita sebagai manusia di dunia ini, hanya dengan bantuan daripada Ilahi kita akan dapat melaksanakan segalanya.
Denaihati Network juga ada mengadakan Program Wakaf Al Quran Tafsir untuk mangsa banjir, butiran lanjut di halaman https://denaihati.com/QuranWakaf
416 Comments
alhamdulillah. masing masing mlakukan tugas masing masing. tahniah kpd smua!!
semoga mangsa banjir selamat dan dibantu dengan segera. harap niat tolong dpt menaikkan semangat masyarakat antara org malaysia
Curahan rasa Tim Nusara Catering @ ..Video Kenangan Indah oleh Eternity Production
Pelik Sungguh Cerita ini..komen2 dapat bantu mangsa banjir tu..huhuhu
Curahan rasa Kucing Comel @ ..Earphone si Rempit
maksudnya pemilik DH tetapkan sumbangan, berdasarkan keperihatinan pelawat. makin banyak komen, makin banyak la sumbangan. 🙂
Curahan rasa suhiminain @ ..Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular Memulakannya
Ya betul, dengan komen pun kita boleh kumpulkan sumbangan..ini la cara blogger nak menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Vivix Untuk Kesihatan Yang Premium
Kepada semua mangsa banjir, kami di Laniaz.com berharap agar tabah menghadapi ujianNya..Amin..
Curahan rasa Laniaz Handbag @ ..Di Sini Kita Bermula..
Banyak lagi mangsa yang tiada rumah kekal kan, sekadar yang mana kita mampu jom teruskan hulurkan bantuan!
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Vivix Untuk Kesihatan Yang Premium
dah mencecah 3.4k dah ….alhamdulilah banyak je comment
Amin….amin….amin
Curahan rasa Akim @ ..Kerjaya Impian selepas tamat belajar
Alhamdulillah, ramai yang memang prihatin dengan masalah mangsa banjir ni tanpa mengira siapa kan?
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Promosi YES Wellness Pack Sepanjang 6 bulan
nampaknya masih belum terlambat untuk sy turunkan komen saya di sini.
Curahan rasa suhiminain @ ..[E-Book] Panduan Beli Domain Serendah RM5.99*
Alhamdulillah jumlah komen dah mencecah 3k. Diharapkan ia dapat bertambah dengan banyak lagi sebelum tempoh komen berakhir
Comments are closed.