Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Allah mengambil sesuatu kerana ingin memberi yang lebih baik dari itu.
Alhamdulillah, syukur saya dah kenal blog DH, boleh tumpang beramal.
Tuan DH sentiasa memudahkan urusan orang berbuat kebaikan.
Semoga urusan Tuan DH berlipat kali ganda dipermudahkan, dari awal sehingga akhir, dari sekecil-kecilnya sehinggalah ke sebesar-besarnya….aaameeennn
Curahan rasa myliferia @ ..Sejarah & Latar Belakang Shaklee; Part 1
idea satu komen satu ringgit ini pertama kali saya dengar dan percaya masih belum ada yang buat. Alhamdulillah, idea ini membantu semua untuk beramal 🙂
semoga ramai yang sudi bantu.saya juga terbaca di instagram kak dayah tentang blog yang beri bantuan ini.
inshaa Allah. nak menyumbang kewangan kami semua tak mampu.hanya peluang ini saja yang kami ada.mari kita semua komen sebanyak mungkin moga dapat bantu keluarga kak dayah.
alhamdulilah di berikan sedikit masa untuk tinggalkan komen di sini. semoga komen den ni meringankan sedikit beban mangsa
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..October Wrap
takziah semoga tabah. kami mengenali kak dayah secara peribadi dan akan bergilir gilir beri sokongan dengan mengomen sebanyak mungkin.
berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. hanya allah yang tahu apa yang dirasai hidayah sekeluarga. semoga tabah
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU – More Than This
semoga kak dayah tabah dan kuat hadapi dugaan dan ujian ini.
amin, salah satu ujian Allah kepada hambaNYA. tanda Allah sayang kepada hambanya
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..October Wrap
mesti hidayah susah nak lupakan detik hitam ni, semoga dengan bantuan dr komuniti DH dapat membantu
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU – More Than This
saya juga kagum dengan komuniti blog ini yang membantu sebegini dan semoga kak dayah dapat lupakan detik hitam itu.
sekali kita tolong orang allah akan balas dengan berlipat kali ganda. selain itu kita dpt tolong hidayah
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU – More Than This
beberapa hari ni kami juga bergilir gilir mengomen untuk bantu kak dayah nak beri bantuan wang ringgit kami tak mampu mujur ada blog denaihati yang sudi beri bantuan.
harap hari hari terakhir ni makin ramai yang tinggalka komen utk bantu hidayah
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU – More Than This
semoga terbuka hati ramai ramai untuk mengomen walaupun cuma satu komen boleh juga membantu nanti.
Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul. Semoga tabah mengharungi dugaan dan dikurniakan hikmah yang tidak ternilai. amin
moga malam ni akan ada lebih ramai rakan blogger yang tampil memberikan komen disini ya dH.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Video Lucah Ustaz Azhar Idrus?!
saya tampil komen agar dapat membantu keluarga mangsa dalam menghadapi ujian ini.
kami juga tinggal kan komen bergilir gilir beberapa hari ni demi kak dayah.
saya juga harap begitu kerana sumbangan yang sedikit akan jadi banyak bila dikumpulkan bersama.
moga beliau dan keluarga tabah menghadapi ujian..berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul…
betul tu dear. kita hanya mampu memandang, tapi keluarga kak dayahlah yang kena tanggung bebannya kan. semoga kita semua dapat membantu meringankan bebanan keluarga kak dayah dengan cara ini.
harap dengan cara ni kita boleh bantu hidayah utk mulakan hidup baru
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU – More Than This
harap harap dengan tahun baru awal muharram ni kak dayah sekeluarga dapat bermula semula dan terus tabah
harap harap sangat kak dayah terus ceria dan update instagram dia seperti biasa. dapat tahu blog ni pun dari instagram dia.sama sama kita sumbang sedikit dengan komen ini.
semoga kak dayah tabah. betul lah tak sama apa kami lihat dengan apa yang di tanggung.
semoga dia dan keluarga akan terus bersabar melalui saat yang sukar di lupakan ini
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kekejaman Bukan Milik Kita
betul tu. semoga kak dayah tabah menghadapi dugaan ini ya. inshaAllah, pasti ada hikmah atas apa yang telah terjadi.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Video Lucah Ustaz Azhar Idrus?!
inshaa Allah ada hikmah disebalik semua yg terjadi. Allah nak beri yang lebih baik inshaa Allah.
sama sama turut harap dia sekeluarga terus kuat dan tabah hadapi ujian ini.
alhamdulillah semua selamat..semoga keluarga tabah dan sabar dgn dugaan Allah ini..mungkin ada hikmah di sebalik kejadian..
alhamdulillah tiada nyawa terkorban. harta benda boleh diusahakan semula nyawa tiada gantinya.sama sama kita doakan agar kak dayah sekeluarga tabah.
Allahuakbar.. Takziah diucapkan..Allah uji pada hambaNya yang Dia sayang..InsyaAllah moga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada musibah yang menimpa mereka ini..
Curahan rasa Nor Hafizah @ ..Penyelesaian Alternatif Membantu Masalah Kanser Serviks di Kalangan Wanita
inshaa Allah, Allah nak beri yang lebih baik pada mereka sekeluarga.
Semoga semua uusan beliau dipermudahkan. Benda macam ni, tak dijangka. Musibah boleh datang bila-bila masa je. Semoga Allah merahmati semua
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Exam PTD; Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Comments are closed.