Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Jom jom kawan kawan datang membantu rakan blogger kita dengan hanya tinggalkan komen di sini
semoga Bachtiar Hidayah sekeluarga tabah menghadapi ujian dan dugaan yang berat ini…..
Curahan rasa asraff @ ..Filem Mana Mau Lari di Pawagam 27 November 2014
Allahuakbar..berat mata memandang berat lg bahu yg memikul..semoga beliau san keluarga kuat dan tabah menjalani ujian Allah yg sgt berat ini..
Alhamdulillah sbb semua terselamat..
tak salah kita saling membantu antara satu sama lain. mungkain hari ni diaorang susah kita, esok lusa kita susah siapa yg tahu kan?
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
semoga puan dayah sekeluarga tabah atas dugaan dan ujian ni. InsyaAllah pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Curahan rasa fizafiza @ ..Cara Atasi Masalah Keputihan
baru baca saje sudah terasa sedihnya, apatah lagi bagi keluarga yang mengalaminya. bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Moga mangsa sekeluarga tabah hadapi dugaan ini.
semoga jumlah terkumpu hasil kutipan derma akan meningkat dengan lebih banyak lagi
Curahan rasa onlajer @ ..Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
simpati saya menbaca cerita ni
apapun saya kagumi apa yang dilakukan
sebagai tanda sokongan, saya tinggalkan jejak ini
moga keluarga dayah tabah menghadapi uian ni
Curahan rasa Yana Yani @ ..Antara Pork Free dan Halal (^_^)
semoga keluarga mereka tabah. syabas juga pada denai hati yang merealisasikan idea yang sangat baik ni dgn dermakan RM1 untuk satu komen.
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Bila Isteri Tidak Subur
Harap mereka suami isteri tabah dengan dugaan Allah ni.
Mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Jenayah.
Salam takziah ..semoga mendapat ganti yang baru…semua sudah ditakdir kan Allah Swt..harap encikbahtiar dan semua ahli keluarga bersabar dan menerima musibah ini dengan lapang dada dan ridho atas ketentuanNya.ada hikmah disebalik semua ini. InsaaAllah aamiin…
Curahan rasa nila anggraini @ ..Sepuluh Manfaat Makanan Berkhasiat Buat Si Manja
Ya Allah kesiannya… semoga blogger tersebut tabah menghadapi dugaan ini… tumpang simpati.. mujurlah semua ahli keluarg selamat…
Curahan rasa Jaakechik @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. semoga keluarga Bachtiar Hidayah tabah menghadapinya.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
moga blogger tersebut dapat menghadapinya dengan tabah..dugaan yang agak berat
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs Samsung Galaxy S5 Plus
Semoga saudara Bachtiar Hidayah sekeluarga diberikan kesabaran dan ketabahan serta semua yang telah hilang digantikan Alloh ‘Azza Wa Jalla dengan yang lebih banyak dan barokah
Curahan rasa Dawaihati @ ..Sensasi Wisata Kuliner di Atas Bukit Kota Kembang
Comments are closed.