Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Ya Allah. Sesungguhnya ujian Allah kepada hambanya berisi hikmah dan saya berharap saudara Bachtiar Hidayah tabah mengharungi ujian Allah SWT.
Curahan rasa Nurhalawa Md Yusof @ ..Radikal Bebas Mengancam Kerosakan DNA
Ujian yang diberikan kepada keluarga ini sesungguhnya memberikan tanda Allah menyayangi mereka. Semoga bertabah
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Destinasi Percutian Idaman Saya
Assalamualaikum tuan.. semoga keluarga bachtiar hidayah bersabar banyak atas dugaan ini. semoga segalanya dipermudahkan…
Semoga Kak Dayah tabah dengan dugaan dari Allah ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan diberi kekuatan untuk menghadapi saat2 seperti ini. Kita semua akan doakan semoga semuanya akan kembali pulih seperti sediakala.
Bertabahlah kak yer. apa yang akak hilang ni, insya Allah kalu akak redho, Allah akan gantikan dengan lebih baik. dan kita masih bernyawa untuk teruskan kehidupan. saya mungkin tak paham situasi akak ketika ni, tapi mana tahu esok lusa kami pula yang mengalami nasib yang sama. ujian masing2 tu kan berbeza.. ape pun saya doakan akak sekeluarga banyakkan bersabar yer.
Curahan rasa cheramiche @ ..KL Fabulous Food 1 MALAYSIA Hunt 2014
moga2 dgn pemberian yg sedikit ini membantu kak dayah sekeluarga..
Di saat musibah inilah peluang kita untuk bersedekah kepada mangsa Hidayah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jadual Perlawanan Piala Malaysia Separuh Akhir Kedua 24 Dan 25 Oktober 2014
semoga apa yang kita lakukan disini, sedikit sebanyak dapat membantu keluarga kak dayah. InshaAllah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
Usaha yang Tuan Denaihati lakukan sungguh murni. Hidupkan Untuk Memberi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jadual Perlawanan Piala Malaysia Separuh Akhir Kedua 24 Dan 25 Oktober 2014
sesuai sangat dengan tagline DH tu kan bang kamil. semoga usaha murni ini akan menjadi ikutan buat para blogger diluar sana lagi. inshaAllah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
Sama-sama kita beri sumbangan dengan memberi komen di sini untuk 2 hari terakhir ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jadual Perlawanan Piala Malaysia Separuh Akhir Kedua 24 Dan 25 Oktober 2014
InshaAllah bang kamil. Semoga lagi ramai yang tampil memberikan bantuan dengan hanya tinggalkan komen di sini. Harap sangat kiranya dapat mengumpul sebanyak lagi dana untuk membantu keluarga kak dayah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
Alhamdulillah..keluarga semua selamat. semoga Allah ganti dengan yang lebih baik nanti..InsyaAllah. Aamiiin..
Curahan rasa Amir @ ..Review Senarai Produk Laku Keras dan Margin Tinggi
Alhamdulillah amir. Itu yang kita harapkan. Marilah kita bersama-sama meninggalkan lagi banyak komen dekat sini untuk membantu kak dayah sekeluarga.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
usaha yang mulia untuk meringankan beban mangsa. Alhamdulillah.Mudahan usaha murni DH menjadi contoh semua para blogger yang lain.
Curahan rasa Zufar @ ..Nasi Lemak Antarabangsa
Ya betul tu bro…. semoga ramai lagi yang sudi menderma walaupun dengan memberi komen di blog DH.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jadual Perlawanan Piala Malaysia Separuh Akhir Kedua 24 Dan 25 Oktober 2014
Kita harapkan yang terbaik ya bang kamil. Moga ada lagi tampil. InshaAllah, PG akan buat entri tentang ini.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
Yup. PG tak pernah nampak lagi mana-mana bantuan seperti ini. Semoga DH sentiasa dipermurahkan rezeki. InshaAllah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
Semoga tuan Bachtiar dan keluarga tabah atas ujian ini. InsyaAllah, ada hikmah atas kejadian ini. Syukur keluarga tuan selamat.
syukur alhamdulillah tuan ome. itu yang sebaiknya. tiada kemalangan jiwa yang berlaku semasa kejadian. syukur, seluruh keluarga tiada ketika itu.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian Allah.. InsyaAllah ada hikmah yang tersembunyi..
inshaAllah-inshaAllah. semoga ada hikmah yang lebih baik untuk keluarga kak dayah nanti. kita doakan yang baik-baik sahaja.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
Alhamdulillah dah naik ke 4 angka hasil terkumpul untuk keluarga saudara kita ni.Semoga ramai lagi rakan-rakan akan mennyumbangkan dana melalui komentar di blog DH ni
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Destinasi Percutian Idaman Saya
alhamdulillah. semoga ada lagi ramai yang datang membantu dengan memberikan komen disini sebagai salah satu bantuan untuk keluarga kak dayah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
Sungguh terkejut menerima berita ini. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini. Saya pun pernah mengalami nasib yang sama. Rumah saya 100% hangus dijilat api 2 tahun lepas.
Curahan rasa Ammar @ ..VIDEO SKANDAL SEKS USTAZ AZHAR SATU FITNAH
Memang terkejut kan bila dapat berita macamni, tempat kita berteduh satu keluarga tetiba diberikan Ujian hebat seperti ni
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Turunkan Tekanan Darah Tinggi Tanpa Makan Ubat
memang terkejut kan sis. rumah yang menjadi tempat kita berteduh dan melepaskan segala-galanya disana. sangat terkejut bila tahu tentang ini. seolah-olah kita kehilangan sesuatu untuk berpaut.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
tiada siapa yang nak benda ini terjadi kan ammar. apa pun, benda telah berlaku dan apa yang penting, kita usahakan untuk teruskan kehidupan seperti biasa. pasti ada hikmah dengan apa yang telah berlakukan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
Takziah acik dayah sekeluarga..suka tengok coretan anda di instagram..semoga tabah dan kembali bersemangat selepas ini
salam takziah. betul. semoga tabah dan kembali pulih dengan apa yang telah berlaku. pastinya, akan mengambil masa untuk pulih semula, tapi itulah, be strong.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..BE Nuffnang ke-5 : iH Media Liese
Comments are closed.