Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
semoga kak dayah tabah menghadapi dugaan-dugaan yang allah beri..allah takkan uji kalau hamba dia tak mampu
Takziah kepada beliau.
Semoga diberi ketabahan dan kesabaran didalam menghadapi musibah ini.
Curahan rasa AzmanHayaty @ ..Galakkan Orang Islam Sentuh Anjing?
Semoga Allah memberikan kekuatan buat beliau sekeluarga. Tak terkata dengan dugaan berat ini.
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Diet Rendah Karbohidrat
Semoga tabah dengan ujian Allah swt. Saya doakan semuanya akan lebih baik buat keluarga yang terlibat. InsyaAllah.
pernah berbuka puasa semeja dengan keluarga mereka semasa iftar bersama denaihati di cyberjaya
Curahan rasa cikgu naman @ ..Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41
semoga rakan blogger kita semua ni tabah menghadapi ujian Allah ini
Semoga yang sedang mengalami cobaan untuk bersabar dan yang memberikan bantuan semoga dibalas dengan kebaikan yang berlipat aamiin
Curahan rasa Sharing Informasi @ ..Profil Joko Widodo Presiden Indonesia Ke 7
Semoga ramai rakan-rakan blogger akan hulurkan bantuan bagi ringankan beban …
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Rumah Rakan Blogger Hangus Terbakar!
ye betul..paling mudah taip je komen masing masing kat sini
kalau dapat bagi sumbangan terus lagi bagus
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Macam-macam cara DH buat untuk memudahkan setiap pengunjung sama-sama memberi sumbangan, paling koman pun tulis komen jer kat sini.
Curahan rasa myliferia @ ..Vitamin, Enzim & Hormon; Kenapa Perlu Ambil Tahu?
Takziah buat blogger bachtiar hidayah yang diuji dengan dugaan ini. Berat mata melihat berat lagi bahu yang memikul. Semoga kalian kuat dan tabah menghadapinya dan dipermudahkan segala urusan. aminn.
Curahan rasa sha salleh @ ..Kebaikan ESP Untuk Ibu Mengandung
berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul. kesiannya.. moga beliau tabah dan Allah murahkan rezeki mereka sekeluarga. amin…
Curahan rasa Hasfiza Hassan @ ..Cara Dapat Keahlian Shaklee Percuma
sudahkah anda semua menyalurkan sumbangan kepada keluarga mangsa? wawa harap dengan bantuan yg disalurkan oleh kami semua dapat meringankan beban mangsa kebakaran.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
Semoga sekeluarga blogger bachtiar hidayah bersabar dalam menghadapi dugaan dari yang maha esa ini,kerna setiap dugaan itu pasti ada hikmah tersembunyi di sebaliknya
Curahan rasa ishak @ ..Apa ada dengan filem dendam orang mati ?
mudah-mudahan mereka tabah menghadapi ujian ini dan wawa doakan rakyat malaysia dapat salurkan sumbangan sedikit sebanyak. kalau tak melalui duit, melalui pakaian, makanan.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
http://madey09.blogspot.com/2014/10/hidup-untuk-memberi-berat-bahu-memikul.html
Semoga Hidayah dan l=]keluarga dilimpahkan reseki dan tabah hadapi ujian ini, sementara kita teruskan berdoa agar selamat dari bala bencana.Amin
Curahan rasa Etuza @ ..Hidup Untuk Memberi ( Berat Bahu Memikul )
Semoga Mereka sekeluarga di beri kekuatan untuk menghadapi Ujian besar ni. Moga Allah limpah kurniakan rezeki buat mereka sekeluarga..
Takziah buat Bachtiar Hidayah sekeluarga. Semoga tabah menghadapi ujian Allah ini. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Comments are closed.