Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Semoga dipermudahkan segala urusan anda, moga Allah limpah rezeki..smuanya ada hikmah tersendiri
Curahan rasa Malekku @ ..3 Cara Untuk Melancong Secara Percuma
Harap sekeluarga tabah hadapi dugaan., setiap kejadian ada hikmat sebaliknya..
Curahan rasa SayaWinnie @ ..Manusia Syaitan Columbia
Asalamualaikum…insha Allah baru malam ini dapat baca semua peristiwa menimpa hidayah ni..Takziah dan semoga Allah limpahkan kesabaran kepada keluarga ini, saudara islam kita. Denai hati syabas syukran..esok Etuza bankin kan ya. wallhualam..hidup untuk memberi..nanti datang baca entry Etuza ya.Asalam…
Curahan rasa Etuza @ ..Pengacaraan Cara Santai Menyeronokkan
Ujian Allah memang tidak boleh diduga. Tetapi Allah sudah berpesan, Dia takkan menguji hamba -hambaNya selagi mana mereka mampu untuk bertahan 🙂
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Semoga keluarga mangsa dapat menguatkan diri untuk menghadapi ujian dari Allah S.W.T
Innalillahiwainnahilairoojiun..
mudah2an Keluarga Bachtiar Hidayah redha dan tetap tabah terima dugaan dari Allah..
Curahan rasa Hamidah Mahmud @ ..Bila Tiba Masa…Daripada Dia kita datang dan kepadaNya kita kembali..
Takziah buat blogger Bachtiar dan keluarga. Sungguh besar ujian Allah ini. Semoga Allah jua yg permudahkan serta diberikan ruang kehidupan yg lebih baik buat beliau sekeluarga… aamiin ya Rabbal alaamiin.
Curahan rasa Khir Khalid @ ..Penghargaan Cenderahati Blogger Mar Mansor
Salam takziah kepada Bachtiar dan sekeluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan yang mendatang
Salam Takziah…. Moga Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik.
Saya harap dayah sekeluarga tabah. Semoga ramai yg menghulurkan bantuan utk meringankan sedikit beban beliau sekeluarga..saya turut simpati hanya sedikit bantuan kecil sahaja dpt saya hulurkan.
Curahan rasa AkmaOmar @ ..Contest “Bonus Akhir Tahun”. Wang Tunai Lumayan Untuk Dimenangi!
salam takziah …. moga tabah menghadapi ujian ini
mungkin Allah mahu gantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang di mliki pada hari ini ..
Curahan rasa namiacinta @ ..Percaya Yang Sudah Tiada
Terima kasih DH diatas keprihatinan anda untuk menganjurkan pungutan derma ini. Semoga segala kebaikan dirahmati Allah swt.
Curahan rasa BM @ ..Corat Coret Komen Entri Hari Isnin
Sama-sama kita doakan semoga Dayah sekeluarga tabah dan kuat menghadapi ujian Allah ini. Sama2lah juga kita menghulurkan bantuan yg termampu
Curahan rasa BM @ ..Corat Coret Komen Entri Hari Isnin
Takziah kepada Dayah Bactiar dan keluarga. Semoga tabah dan cekal menghadapi musibah yang ditimpa ini.
Curahan rasa iamNurul @ ..Ikan Patin Tempoyak Sedap Di Gerai Bukit Angin Temerloh
Salam takziah buat Hidayah Bachtiar sekeluarga…semoga bersabar. Banyakkan doa, kuatkan semangat.
Comments are closed.