1 komen 1 Ringgit untuk Keluarga Blogger Bachtiar Hidayah

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.

Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.

Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.

Rumah Dayah Bachtiar

Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.

Rumah Dayah terbakar

Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.

Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.

1 komen 1 Ringgit akan didermakan

Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.

[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]


Sumbangan tunai

Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.

Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank

Error: Contact form not found.


Spread the love

1,542 Comments

  1. Takziah… bantu sekadar mampu, harap ucapan daripada sahabat2 boleh juga meredakan resah dan gusar di hati

  2. Asalam Denai hati, ada RM 20 Etuza bank in kan ya, dalam poket baju reset dari mybank cawangan Keningau Sabah nak snap bila sampai di rumah ..tercicir lah pula.Entah jatuh kat mana. InshaAllah Etuza nak bvank in lagi lah jika tak dapat kesan bukti ya. Wallahualam.
    nanti reset yg baru bank in untuk dayah Etuza buktikan

  3. Takziah buat keluarga dayah. Harap bersabar mnghadapi dugaan ini.. Mgkin ada hikmah disebaliknya..

  4. apa yang berlaku ni ada hikmahnya. hari ni hari dia, esok lusa tak pasti pulak nasib kita kan? moga tabah hadapi dugaan. mungkin saya harap bila saya dilanda musibah ada insan2 mcam anda semua yang membantu memberi semangat. kadang2 benda boleh ganti, tapi emosi tu susah sket kita nak hadapi. so bila ada bagi semangat atleast sedikit sebanyak dia gagah kembali untuk bangun.
    Curahan rasa cheramiche @ ..KL Fabulous Food 1 MALAYSIA Hunt 2014My Profile

  5. Salam takziah buat Bakhtiar sekeluarga.Semoga tabah dengan ujian Allah swt. Saya doakan semuanya akan lebih baik buat keluarga yang terlibat. InsyaAllah.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!