Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Semoga Allah swt memberi gantian yang lebih baik buat beliau sekeluarga.
Insya Allah ramai lagi akan tampil memberikan sumbangan serta bantuan.
Ameen ameen ameen sama2 kita membantu sekadar termampu…moga famili mangsa tabah dan cekal..
Curahan rasa hafizmd @ ..Panduan Peperiksaan Online PTD M41 2014
semoga Allah sentiasa bersama kamu wahai saudara Islamku.Banyakkan doa,InsyaAllah,dipermudahkan urusan kamu,Amin
salam..semuga keluarga hidayah tabah dengan dugaan ini. sama-samalah kita saling membantu bila ada rakan yang di timpa musibah..
Curahan rasa kakyon @ ..entry ringkas Turkey
mudaha-mudahan beliau sekeluarga tabah menghadapi ujian dan dugaan ini.
Pasti ada hikmah yang baik disebaliknya.
Curahan rasa ohcikgu @ ..Exam Online PTD 2014
Salam takziah buat sahabat.harap tabah dengan ujian yg dr Allah.setiap yg terjadi pasti ad hikmahnya.
In syaa Allah pasti ad gantian yg istimewa dr Allah s.w.t.
semoga blogger tersebut tabah menghadapi dugaan..setiap yang jadi pasti ada hikmahnya
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Apple Ipad Mini 3
Tak dapat bayangkan, semua hilang sekelip mata. Semoga Allah beri ketabahan dan kekuatan kepada Hidayah sekeluarga.
Curahan rasa Iffah Azhar @ ..Resepi kentang goreng yang boleh dimakan dengan nasi
Semuanya milik Allah. Takde yg kekal utk kita . ALLAHUAKBAR. benar2 memberi kesedaran juga utk kita sama2 renungi
Curahan rasa hafizmd @ ..Panduan Peperiksaan Online PTD M41 2014
Semoga Allah memberi ganti sesuatu yang lebih baik di atas musibah yang menimpa..amin.
Allah…Allah…Allah…
Takziah Dayah Bactiar ujian Allah moga suatu hari akan menampakkan Hikmahnya, moga mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.
Curahan rasa JunAina @ ..Budak Sekolah Bergaduh
Takziah kepada Dayah Bactiar dan keluarga. Moga diberi ketabahan dan kekuatan berdepan ujian Allah. Pastinya Allah akan menggantikan sesuatu yang lebih baik disebalik musibah ini.
Salam Takziah. Semoga tabah dan sabar menghadapi dugaan dan ujian Allah ini. In sha Allah, akan digantikan dengan ganjaran yang berganda-ganda baiknya.
Salam takziah buat keluarga Dayah Bachtiar semoga tabah dan sabar menempuh ujian ini. Pasti ada hikmah disebalik sesuatu kejadian yang Allah berikan.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Netball Ex-Stadian update
semoga Dayah terus sabar hadapi ujian dari Allah..in shaa ALlah akan digantikan olehNya dengan sesuatu yang berganda2 baiknya…amin
Curahan rasa maria @ ..Peranakan Jatuh Punca Sukar Hamil?
May this comment helps your situation, InshAllah Allah SWT will grace your strength to go through this tough time.
insyaAllah sama sama kita membantu. , semoga ia dapat mengurangkan beban saudara kita
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
Ada hikmah disebalik ujian. Bersabarlah. Mungkin perkara baik akan brlaku selepas peristiwa sedih ini. ALhamdulillah semua selamat.
Comments are closed.