Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Semoga saudara Dayah akan kuat mengharungi semua dugaan ini. Semoga dipermudahkan segalanya.
Curahan rasa daddydee @ ..Bagus ke Belajar Kemahiran?
Takziah untuk keluarga Dayah. Semoga Dayah kuat mengharungi dugaan ni. Kuatkan semangat, Allah sentiasa dekat dengan hambanya.
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Set Gabungan ESP Shaklee
masyaAllah hampir mendapat rm500.insyaAllah usaha rakan2 blogger yang join contest iphone5 turut membantu
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
Salam Takziah… semoga Allah menggantikannya dengan yang lebih baik.. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul…
bila dayah citer pasal katil, harap sangat dapat kumpul duit banyak2 kat sini bole belikan dia katil.
DT akan usaha ye dayah
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
Salam takziah buat keluarga Hidayah. Alhamdulillah tidak melibatkan nyawa Semoga usaha kita untuk membantu keluarga mangsa diberkati Allah
Curahan rasa Iffah Azhar @ ..Panduan pengambilan antibiotic amoxicillin bagi kanak-kanak
Sedihnya baca. Salam takziah buat beliau & family. Smoga bertabah di atas ujian. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kuatkan semangat. Inshaa’allah…ramai yang akan membantu.
Curahan rasa Fiza Rahman @ ..Lempeng Kelapa Sambal Tumis Ikan Bilis
hai moga tabah hadapi dugaan hidup yang penuh dugaan nie 🙂 asslamualaikum
ujian allah…semoga bersabar ya buat mereka… kami semua ada untuk membantu.. insyaallah… 🙂
Curahan rasa zaza zehra @ ..Floral Mask Dian Pixy Bantu Buang Whitehead Dan Blackhead
ya zaza. semoga dengan apa yang denaihati lakukan ini, akan membantu keluarga sis dayah tidak banyak sebagai sumbangan dari kita semua. inshaAllah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Semoga mereka tabah menghadapi hari hari mendatang..tempuh dengan penuh kesabaran
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..When a Girl desperately want to talk in English
kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka ya. semoga tabah hadapi apa yang telah tersurat.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Jemputan kerjasama dengan Zalora Malaysia
semoga mereka tabah dengan dugaan ini. mari kita sama sama bantu rakan blogger kita
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Perlu Beli iPhone 6
betul tu nik. kalau bukan sesama kita, siapa lagi yang akan membantu mereka. hari ini masa mereka, ntah esok lusa, masa kita pula kan nik.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Jemputan kerjasama dengan Zalora Malaysia
Allah..
Baru 2 hari tak ada lain internet,
Mcm mcm perkara berlaku..
Semoga akak hidayah tabah..
inshaAllah. itu yang kita harapkan. semoga keluarga dayah tabah menerima apa yang berlaku ini.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Jemputan kerjasama dengan Zalora Malaysia
Sedih… terharu… dengan apa yg terjadi
Moga Dayah dan suami diberi kekuatan, kesabaran yg tinggi atas ujian ini.
Buat DH kakak salute atas usaha yg dibuat melalui blog ini. Tahniah
Curahan rasa Kakzakie Purvit @ ..Da’i pencetus ummah pendakwah pelapis
Yup. salute dengan DH juga sebab sudi membantu sesama rakan blogger kita dengan menyediakan medan ini sebagai satu sumbangan dan bantuan dari kita semua.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Jemputan kerjasama dengan Zalora Malaysia
salam takziah kepada blogger bachtiar hidayah atas kejadian yang berlaku kepadanya..Moga anda terus tabah menghadapi ujian ini Insha allah
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Komisen Pertama Dari Ashadee
Apa pun kak, yang telah berlaku, tetap juga sudah berlaku kan. kita sebagai rakan blogger hanya boleh membantu dengan memberikan sedikit tidak banyak komen disini sebagai bantuan dan sumbangan untuk kak dayah sekeluarga.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
salam takziah buat mangsa keadaan semoga mangsa tabah menghadapinya..apa yang terjadi ada hikmah di sebalik kejadian..
Curahan rasa adna2029 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
kita doakan yang terbaik untuk mereka ya dear adna.
kita banyakkan komen dalam beberapa hari ni, untuk membantu keluarga sis dayah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Comments are closed.