Ziarah atau Rumah Terbuka sempena AidilFitri

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak tanya Rakan Blogger sempena Aidilfitri ini suka Ziarah atau Rumah Terbuka? Kenapa aku tanya soalan ini kerana dalam Khutbah Aidilfitri 1432H ada disentuh tentang isu ini. Budaya Rumah Terbuka ini rasanya baru sahaja melanda Malaysia mengikut cara Pemimpin Negara yang menganjur Rumah Terbuka untuk rakyat. Kerajaan juga menganjurkan Rumah Terbuka Malaysia untuk semua perayaan utama untuk mengeratkan perpaduan berbagai bangsa 1Malaysia.

rumahterbuka

Budaya Rumah Terbuka telah melanda Malaysia sehingga hampir semua rumah lebih suka menganjurkan Rumah Terbuka dan menjemput rakan-rakan untuk datang pada waktu yang telah ditetapkan. Budaya Rumah Terbuka telah mengikis budaya Ziarah yang telah diamalkan sejak berkurun dahulu. Kalau dahulu kita akan menziarah rumah keluarga dan rakan-rakan tak kira masa dalam tempoh 30 hari bulan Syawal. Perasaan kekeluargaan terasa sangat rapat apabila menziarahi keluarga dan rakan setelah lama tak bersua muka.

Berbanding dengan Rumah Terbuka kekadang tak sempat nak berbual dengan tuan rumah yang sibuk melayan majlis dan tetamu yang ramai yang datang. Kalau sempat pun berjabat tangan memohon maaf.

Apa pandangan Rakan Blogger suka Ziarah atau Rumah Terbuka sempena Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan?

---

  1. sudah terbiasa tuh dengan berkunjung silaturahmi ke setiap rumah terutama family ketika aidilfitri
    Entri terbaru Dadan – Laga Euro 2012 : Yunani vs RusiaMy Profile

  2. semoga saja ini bisa menambah kuat tali silaturahmi kita semua yah .
    Entri terbaru Rumah Dijual – Jual Tanah Bentuk Ngantong di Sragen – PilangsariMy Profile

  3. mengeratkn lagi silaturrahim…insyaAllah…

  4. ya…sy juga rasa mcm ni…dan kurang gemar sebenarnya RUMAH TERBUKA…sebab mcm kena had pergi umah org tu sehari aje…tp nasib baik mak sy tdk amalkan mcm tu…dari raya pertama sampai abis bulan syawal sentiasa hari raya..eheheh…hari hari..hari raya di bulan syawal..
    Entri terbaru eryati – RAMALAN NOMBOR 4DMy Profile

  5. yapz tentunya di hari raya idul fitri memang sudah menjadi budaya orang muslim dengan rumah terbuka untuk saling bersilaturahmi,,,

Artikel pilihan...close