Waktu Imsak dan Berbuka puasa 1Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Ramadhan yang dinanti oleh seluruh umat Islam yang beriman menjelang  tiba. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan membuat pengumuman tarikh mula puasa selepas maghrib 29 Syaaban. Sepanjang bulan puasa wakti imsak dan waktu berbuka puasa akan menjadi penting kepada semua umat Islam. Biasanya waktu imsak dan berbuka akan ditampel di tempat yang penting untuk jadi peringatan. Nak tampel kat blog pun boleh juga.

Plugin Waktu Imsak dan berbuka

Kepada blogger yang menggunakan platform wordpress berpeluang untuk pasang widget waktu imsak dan berbuka hasil ciptaan Anak Malaysia suami isteri, Munira Anuar & Khairul Yusof. Plugin waktu imsak dan berbuka ciptaan suami isteri ini memang hebat dan setanding dengan ciptaan barat.

Cara untuk install plugin :

1. Login Dashboard WordPress > menu Plugins > Add New

2. Taip  ‘Waktu Berbuka’ pada kotak search,

3. Setelah dapat ” plugin Waktu Berbuka” , klik Install now . Aktifkan plugin tersebut.

4. Pada menu Widgets > tarik widget tersebut ke sidebar, pilih zon kawasan (hanya untuk zon di Malaysia sahaja)  dan save.

Insyallah plugin ini akan membantu untuk meningkatkan amalan kita di bulan yang sangat mulai bulan Ramadhan bulan kita.

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1Malaysia : Johor, Melaka, Negri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Trengganu, Pahang, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan juga boleh di dapat @ JAKIM.

SELAMAT BERPUASA KEPADA 1MALAYSIA DAN 1DUNIA.
[ad#Yieldads]

Comments

Trackbacks

  1. […] tua atau muda. Kepada owner blog wordpress bolehlah pasang waktu berbuka di blog seperti di Plugin Waktu imsak dan berbuka puasa. Kepada yang lain boleh lawati website Jabatan Kemajuan Islam Malaysia @ JAKIM.Sebagaimana yang […]