Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada entri sebelum ini telah dipaparkan Top 10 Entri Denaihati 2012 yang menjadi pilihan daripada 412 nukilan Denaihati dan penulis jemputan sepanjang 2012. Daripada entri tersebut telah menghasilkan trafik blog 2012 yang memang jauh berbeza berbanding trafik blog 2011 dan trafik blog 2010. Kalau trafik blog yang menjadi matlamat dan kita usahakan pasti akan tercapai. Tiada matlamat yang boleh tercapai bergolek depan mata tanpa usaha dan strategi yang betul.
Berikut ada trafik blog 2012 :
- Unique Visitors : 4,985,351
- Number of visits : 7,671,598
- Pageviews : 14,395,191
Alhamdulillah dengan statistik ini telah menghasilkan pulangan dari pada pengiklanan yang boleh tahan banyak juga itu pun banyak iklan persendirian yang terpaksa ditolak bukan jual mahal tetapi belum bersedia. Paling menarik melihat meningkatan trafik blog daripada sumber mobile terutama setelah dilancarkan aplikasi Denaihati versi Android (dah install ke?)
2013 trafik blog bukan menjadi keutamaan kerana strategi telah berubah dan akan lebih fokus pada kualiti menulisan untuk berkongsi sebanyak boleh ilmu kepada pembaca terutama tips blogging yang boleh dijadikan bekalan untuk menjadikan Blogging sebagai kerjaya bukan sekadar hobi.
Strategi 2013 akan lebih banyak usahasama dengan Top Blogger Malaysia dan akan menganjurkan lebih banyak Majlis untuk Blogger seperti Sepetang Bersama Blogger dan Seminar Blogging. Kepada Blogger yang ingin berkerjasama dengan Denaihati Network untuk memajukan industri Blogging di Malaysia sangat dialu-alukan.
Denaihati Network sangat suka berkerjasama dengan Blogger yang kreatif, dinamik, berfikiran positif dan sentiasa ada idea-idea baru untuk memajukan diri dan paling penting Berani Gagal untuk mencuba sesuatu untuk Berjaya.
Kalau bukan kita yang menaikan martabat Blogger Malaysia siapa lagi?
102 Comments
Terbaiklah Denaihati. 🙂 Semoga tahun 2013 menjadi tahun yang lebih baik dengan kemasukan sumber traffic baru. 🙂
Trafik yang mantap. Tidak mungkin tercapai tanpa usaha keras dan strategi ampuh yang dipasang. Tanniah.
Memang mantap pencapaian DH…jadi motivasi untuk semua.
bilalah blog teman nak capai statistik begini. 🙂
Semoga blog tuan Denaihati lebih maju pada tahun 2013…
Curahan rasa Anuar @ ..10 Blogger Terbaik Malaysia
Betul tu saya setuju… Biarlah kita bantu membantu untuk menaikkan martabat Blogger Malaysia.. Semoga niat baik Tuan Denaihati mendapat kerhedaan Allah S.W.T… dan semoga lebih berjaya lagi pada tahun 2013… 😉
memang betul, kalau bukan kita yang memartabatkan penggunaan blog untuk perkongsian bermanfaat kat negara kita ni, siapa lagi nak kita harapkan..
blog inspirasi ni memang hebat…
p/s: nape kotak komen kecik sangat, x mcm biasa, ke sy saja je jd gini.
Curahan rasa auc @ ..Khasiat Buah Labu
Siapa lg nak tolong blogger.. Kalau bukan blogger sendiri kn
Curahan rasa myvitrd @ ..Nak Ikut Nasihat Doktor Atau Orang Tua-Tua
saya kagum dengan pencapaian DH selama ini. semoga strategi tahun 2013 akan berjalan dengan jayanya.
Curahan rasa ciklaili.com @ ..Setia Bersama Nuffnang
entri yg sgt menarik, mmberi inspirasi kepda blogger2 semua. sentiasa belajr dan mcuba satu titik mula utk berjya. Yg mmbzakan ialah konsisten atau tidak 🙂
Curahan rasa Kazen @ ..Quote of The Day #27 | Kebahagiaan
trafik yang sangat memukau dan fantastis
Curahan rasa Dawaihati @ ..Sepetang Bersama Blogger 2013
Kagum dengan jumlah unique visitornya, harus terus belajar, belajar dan belajar untuk bisa seperti itu
Curahan rasa Dawaihati @ ..Sepetang Bersama Blogger 2013
ok..snagat takut dah tengok trafik tuu… hebat gila… haiishh
Curahan rasa Nadot @ ..Temuduga Yang Menakutkan
mengancam trafik nya.. ada ummphhh!!
semoga Tuan DH terus maju kehadapan dan mencapai kejayaan….
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..BLOGGER BARU PILIHAN 2013
Alhamdulillah.. tgk trafik DH memang awesomelah… tak terkejar kami semua. hik3..
Tahniah..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Empat tahun beraya tanpa anak tersayang – Part 2
Comments are closed.