Assalamualaikum dan salam 1Dunia, jujur aku tidak pernah tahu apa itu Ultrabook sebelum hadir majlis penerangan Toshiba Portege Z830 Ultrabook oleh Toshiba Malaysia di pejabat Intel Malaysia. Walaupun partner aku dah sebulan awal beli Toshiba Portege Z830 i7 yang aku faham sebelum ini Toshiba Portege ini sama sahaja dengan laptop yang lain tetapi rupanya sangkaan aku meleset. Rupanya Toshiba Portege Z830 Ultrabook ini memang lain daripada yang lain.
Tujuh belas hari menunggu Toshiba Ultrabook yang dijanjikan oleh Toshiba untuk aku uji guna selama 2 bulan akhirnya saat yang ditunggu tiba. Memang mendebarkan dapat rezeki Toshiba Ultrabook daripada wakil Toshiba pada hari Jumaat hari yang penuh dengan berkat. Lebih sejam aku duduk minum kopi sambil menatap kotak Toshiba Ultrabook macam tak percaya pulak diberi kepercayaan Syarikat Antrabangsa Toshiba dan Intel Malaysia untuk menjayakan projek besar mereka.
Walaupun partner aku sudah lebih awal menggunakan Toshiba Portege Z830 Ultrabook tetapi belum pernah ada kesempatan untuk aku memegang apatah lagi nak menggunakan jadi memang langsung tidak ada pengalaman menggunakan Toshiba Ultrabook. Memang kelakar perkara pertama aku buat bila terima kotak Toshiba Ultrabook, test betul ke Toshiba Ultrabook ini ringan seperti yang dijelaskan oleh wakil Toshiba Malaysia. Yang pasti Toshiba Ultrabook di tangan aku ini lebih ringan daripada laptop yang sedia ada sekarang tu yang tak sabar nak unboxing.
Dapat gadget semahal ini kali pertama dalam sejarah berblogging sejak 2008. Sebelum ini siapalah nak pandang blog Denaihati selain daripada pembaca setia yang memang sangat aku hormati kerana tanpa mereka semua siapalah Denaihati. Perkara pertama yang aku buat bila sampai ke rumah sudah pastilah unboxing Toshiba Portege Z830 Ultrabook untuk merasa dan melihat sendiri benarkah Toshiba Portege Z830 adalah ultrabook paling ringan dan paling nipis di dunia.
Memang bestlah Toshiba Portege Z830 Ultrabook ini berat hanya 1.12kg dan ketebalan hanya 15.9mm sesuai sangat untuk aku yang suka travel di dalam dan luar negara jadi mudah je aku nak selit samada dalam beg sandang atau selit dalam beg pakaian. Bestnya Toshiba Portege Z830 Ultrabook ada macam-macam ports antaranya LAN, HDMI, VGA, USB dan pembaca kad yang memudahkan untuk aku menggunakan ketika travel. Paling best saiz skrin 13.3 inci jadi tidaklah terlalu kecil nak buat kerja yang semakin banyak ni.
Impression pertama aku bila pegang Toshiba Portege Z830 Ultrabook memang ada kebenaran apa yang dijelaskan oleh wakil Toshiba Malaysia, Ultrabook teringan dan ternipis di dunia. Inilah gadget paling sesuai untuk aku bawa dalam perjalanan mengembara ke banyak negara yang bakal aku jejaki sepanjang 2012. Tidak sia-sia rupanya aku bersabar menjadi seorang Blogger walaupun tidak popular. Mimpi jadi kenyataan walaupun hanya uji guna selama 2 bulan. Pasti selepas ini akan ada juga Rakan Blogger Denaihati yang mimpin jadi kenyataan untuk memperolehi gadget hebat Toshiba Portege Z830 Ultrabook.
This post is brought to you by Toshiba and Intel. Join the conversation on the Toshiba Portégé Z830 Ultrabook, Inspired by Intel at www.facebook.com/ToshibaNotebookPC.
162 Comments
waaa beruntung…tahniah
terliur betul la tengok ultrabook ni
Curahan rasa Shahrul @ ..Karenah Orang Tua
Boleh mula kumpul modal sikit-sikit kalau nak beli satu
tahniah broo . jeles gila aku
Untung betul lah DH ni..kontest hari tu apa cerita yer?
Curahan rasa azmanisma @ ..Wordless Wednesday # West meet East
Fuhhh..terbaik bro. Tahniah..
Curahan rasa JAI @ ..Plan Baru Taman Selera Tanjong Lobang Miri
serius tertarik dengan ultrabook ni, tapi apakan daya. bajet takda lagi, lagi pun baru memiliki asus. jadilah. 🙂
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Wordless Wednesday – Lelaki Kacak
seronoknya kalau dpt satu
Curahan rasa chii @ ..Wang Tunai RM5000 untuk Blogger
tahniah sbb terpilih! Denaihati sangat rendah diri eh ahaha, sifat terpuji tu…tak sabar plak nak baca review nanti, kot2 ada rezeki bolehlah beli satu, dapat free lagi best! 😛
Curahan rasa ajamoppical @ ..Langkah Baru
Macam pernah baca entri ini sebelum ini tetapi dimana ya?. Tak apa kalau ada rezeki menang contest Ultrabook Z830 boleh buat ulasan kaw-kaw. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Wordless Wednesday – #Cuci mata di Proton Power of 1
nak juga.. nak juga.. hahahaa.. apa2 pun, tahniah buat denaihati..
Curahan rasa Apadehal Crew @ ..The Ultrabook Temptations – Ekperimen Untuk Mendapatkan Ultrabook Di Jakarta
wah ia sudah mari hehehehe…;)
tido peluk lappy ker..?
Curahan rasa tuan tanah @ ..Blog Kena Hack
makin lama makin nipis lappy sekarang ni
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Photo Shoot BiPop Berita Harian
Tahniah DH yang mimpinya dah jadi kenyataan, semoga mimpi saya pun jadi kenyataan juga…Insya Allah…
Curahan rasa Dadan @ ..Waspada Terhadap Serangga Tomcat
Insya Allah kang..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Earth Hour 2012 : Ini Aksiku ! Mana Aksimu?
Salam,
Bestkan dapat guna laptop memahal lagi canggih macam ni, tahniah 😀
ntah kenapa rasa macam pernah baca entry ini, ke baca dalam mimpi ek? kikiki
Curahan rasa yanmie @ ..Kereta Proton P3-21A Baru – Proton Tuah?
rasanya yg dulu tu termimpi mimpi je.. yg ni dah jadi kenyataan.. hehe..
Curahan rasa Anarm @ ..My Way – Filem Perang Korea Paling Mahal
hehehee yelah kot rasanya, ni dah jadi kenyataan kan, alhamdulillah syukur rezeki 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Coklat Stroberi
perrrrh…..jeles giler aku….tahniah..
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Tip SEO Dan Kembali Kepada Blog SEO
Comments are closed.