Toshiba Portege Z830 Ultrabook bukan sekadar Ultrabook #toshibaultrabook

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ingat sebelum ini aku berlibur di Pekanbaru, Indonesia bersama Toshiba Portege Z830 Ultrabook dan kali ini bawa bersama dalam Kembara Kemboja iaitu penerbangan bersama AirAsia selama 2 jam dan diikut perjalanan darat daripada Siem Reap ke Battambang dan berakhir di Phnom Penh sejauh lebih 500km. Memang tidak terasa menyandang Toshiba Portege Z830 Ultrabook sepanjang Kembara Kemboja kerana nipis dan ringan seperti yang telah dibuktikan dalam entri Ping Pong Challenge.

20120421-091821.jpg
Check Bulletin Board ketika terbang ke Kemboja

Kenapa tak percaya ke Toshiba Portege Z830 Ultrabook ini ringan? Aku sendiri pun terkeliru apabila diminta membandingkan berat Toshiba Portege Z830 Ultrabook dengan berbagai barangan lain dalam masa 60 saat. Jom tengok perbezaan video perbezaan berat antara Toshiba Portege Z830 Ultrabook dengan berbagai barangan pilihan dalam Toshiba Intel Ultrabook Challenge – Q&A Challenge. Pasti peserta My #toshibaultrabook contest dah boleh jawab soalan yang diberi.

Sebelum ini aku dah kongsikan Toshiba Portege Z830 Ultrabook ini ringan, nipis, bateri tahan sehingga 7 jam, ada berbagai ports, boleh dijadikan mobile bateri untuk charge hp, pantas hanya perlu 2 saat untuk loading, tahan tekanan sehingga 100kg dan kalis air. Kali ini aku nak kongsikan kehebatan lain Toshiba Portege Z830 Ultrabook iaitu mempunyai eco-mode yang apabila diaktifkan akan membantu bateri tahan lama. Toshiba Portege Z830 Ultrabook juga mempunyai fingerprint scanner yang meningkatkan keselamatan utrabook daripada digunakan oleh mereka yang tidak sepatutnya. Portege Z830 juga mempunyai webcam, bulletin board untuk berita terkini, battery manager dan banyak lagi fasiliti yang boleh menyebabkan pengguna jatuh cinta dengan Toshiba Portege Z830 Ultrabook bukan sekadar Ultrabook.

Akhirnya Blogger Ben Ashaari telah dinobatkan pemenang keseluruhan Toshiba Intel Ultrabook Challenge dan prestasi aku tidaklah teruk sangat di tangga ke empat. Markah terkumpul sepanjang permainan ini adalah 30% daripada keseluruhan Toshiba Intel Ultrabook Challenge.

Berita paling mengembirakan kami lapan Blogger Malaysia dan Singapore adalah apabila diakhir Toshiba Intel Ultrabook Challenge diumumkan bahawa Toshiba Portege Z830 Ultrabook yang sebelum ini hanya untuk uji guna secara sah telah menjadi milik peribadi kami. Terima kasih Toshiba Intel Malaysia.

Semua kehebatan Toshiba Portege Z830 Ultrabook terbongkar sepanjang berlansung Mark of Perfection – Toshiba Intel Ultrabook Challenge dalam empat entri yang sebelum ini iaitu :

  1. Toshiba Portege Z830 Ultrabook Challenge mendebarkan
  2. Toshiba Portege Z830 Ultrabook mimpi jadi kenyataan
  3. Mark of Perfection – Toshiba Intel Ultrabook Challenge
  4. Toshiba Intel Ultrabook Challenge dedahkan identiti Denaihati

Pengalaman menggunakan Toshiba Portege Z830 menulis entri blog sehingga dinobatkan sebagai Best of The Best Blog of The Year membuktikan Portege Z830 bukan sekadar Ultrabook tetapi gadget impian ramai Rakan Blogger terutama yang kaki kembara seperti aku. Toshiba Portege Z830 pasti akan melekat dihati pembaca blog Denaihati sebagai Ultrabook yang teringan dan ternipis di dunia.

Terima kasih kepada Toshiba dan Intel yang telah memberi kepercayaan kepada kami lapan Blogger Malaysia dan Singapore. Aksi video kesemua Blogger boleh disaksikan di The Mark of Perfection Ultrabook Challenge.

The Toshiba Portégé Z830 Ultrabook Inspired by Intel is the world’s lightest 13” UltrabookTM with the most complete set of ports. This post is brought to you by Toshiba and Intel. Join the conversation on the Toshiba Portégé Z830 Ultrabook, Inspired by Intel at www.facebook.com/ToshibaNotebookPC.

360 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!