Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pada entri “Top 10 Outgoing Links October 2011” ramai Rakan Blogger yang minta penjelasan apa itu Outgoing Links. Setiap hari ada lebih 3000 masuk mengunjungi blog Denaihati. Setiap pengunjung yang masuk pasti akan keluar semula melalui berbagai cara. Ada yang keluar dengan membuka window baru dan pangkah window yang memaparkan blog Denaihati dan ada pula keluar dengan klik link yang terdapat dalam entri yang mereka baca atau link yang terdapat di commentLuv atau link-link yang lain.
Outgoing Links ini maksudnya pengunjung keluar dari blog Denaihati melalui link yang terdapat dalam blog Denaihati menuju ke blog yang mereka suka berdasarkan informasi yang mereka cari atau tajuk link yang menarik atau blog yang popular. Antara tips untuk terpilih masuk dalam senarai top 10 Outgoing Links adalah :
- Jadi Penulis Jemputan
- Menulis entri berinformasi supaya link tersebut terpilih masuk dalam entri blog Denaihati
- Tinggalkan link entri anda di CommentLuv setelah berkongsi idea di ruangan komen
- Jadi top 5 commentator setiap hari
- Jadi sponsor contest Denaihati
Senarai Top 10 Outgoing Links November (Kedudukan Oktober)
- Kujie2.com (1)
- Norfanil (baru)
- Benashaari (2)
- Ariffshah.com (5)
- Anarm.net (baru)
- Exception2008.blogspot.com (baru)
- Eizil.com (baru)
- Riceblogger.com (baru)
- Kennysia.com (10)
- Emilayusof.com (9)
(Sumber Outgoing Links : Getclicky.com)
Bulan November ada 5 blog baru masuk dalam top 10 Outgoing Links dan blog Kujie2.com kekal bertahta di ranking pertama empat bulan berturut-turut. Memang tidak mustahil blog-blog lain akan masuk dalam senarai top 10 Outgoing Links yang akan disenaraikan setiap bulan. Yang penting terus konsisten menulis entri yang berkualiti dan sering-seringlah ziarah blog Denaihati dengan meninggalkankan komen yang bernas bukan sekadar nak kongsi link sahaja.
95 Comments
kak jie memang mantap….
Curahan rasa eyriqazz @ ..Indah Khabar dari Rupa
Tahniah kepada yang tersenarai
Curahan rasa wazy @ ..Promosi Hebat Dari Studio Inspirasi NS
kujie2.com tu, fuh…lama da ada kat situ..
Curahan rasa Omar @ ..Sukarkah Sains Komputer?
Tahniah kepada yang tersenarai…dan syabas buat DenaiHati yang membantu memeriahkan komuniti blog Malaysia.
Curahan rasa GreenLava @ ..Adding image search results to Custom Search Engine
mesti ada je yg best kt DH ni…p tak tahu pulak…ada yg macam ni kat sini…hehehe….adakah sya ketinggalan..??.
Curahan rasa ERAH eiey @ ..singgah2…klik iklan..
alahai…aku punya blog lom lagi masuk deh..eheh
Curahan rasa Syarih @ ..Bapa Naik Hantu, Anak Jangan Jadi Mangsa.
Tahniah kpd semua
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Daftar Broadband Celcom [Dapat Rm10 Topup Percuma]
tahniah kpd semua yg tersenarai .. =)
Curahan rasa anastasyea @ ..Tukar Hosting Sebab Nak Pikat Innity
oih… baru teringat bukan senang juga nak jadi top five pengomen sebab kadang-kadang idea tak der nak komen dan kadang-kadang masa pun suntuk.. terhad
Curahan rasa yangbaik @ ..Siapa yang lebih hebat
kena kerja keras laa…
Curahan rasa Syarih @ ..Bapa Naik Hantu, Anak Jangan Jadi Mangsa.
sudah faham sepenuhnya apa itu outgoing links. Terima kasih kerana info yang sungguh bermanfaat ini.
Curahan rasa yangbaik @ ..Siapa yang lebih hebat
Jadilah pengomen tegar yang berkualiti he3…
setuju bro… bukan semua masa dan keadaan kita mampu jadi pengomen yang berkualiti…
Curahan rasa yangbaik @ ..Siapa yang lebih hebat
setuju kata DH tu..jgn sekadar nk tinggalkan link jer…komen kenalah bernas sikit….hihi…
Curahan rasa lin azlina @ ..Rindu
setuju…mesti.
Curahan rasa Syarih @ ..Bapa Naik Hantu, Anak Jangan Jadi Mangsa.
blog kak jie mmg hebatla…..
Curahan rasa lin azlina @ ..Facebook dan Twitter dalam Google +
fuh, kak jie hebat! btw pendatang baru pun terbaik..
apa apa pun, sapa dapat top 10 out going link ni memang best..
macam tempias je..:)
owh..nk try jadi top commentator ar..tu jer yg mampu….tapi kadang2 xley online…sedey betol bila sehari terlepas nk komen kat bolg DH ni
Curahan rasa lin azlina @ ..Rindu
Comments are closed.