Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Jangan minta tolong pada manusia kerana tiada kuasa“. Kali ini Abang nak berkongsi tips duit buat duit dan duit bekerja untuk kita.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Ramai pembaca sangat berminat nak tahu cara duit buat duit buat duit dan belanja atau istilah ringkas duit bekerja untuk kita. Ada yang PM bertanya.
Tapi soalan paling popular perlu banyak duit ke nak buat duit teknik macam ni. Kalau ada banyak duit lagi bagus dan lagi mudah. Cuma tidak semua orang yang banyak duit mampu buat sebab kurang disiplin dan tidak sabar. Abang nak kongsi ilmu kepada yang mempunyai azam yang kuat, cara bermula dengan jumlah yang sedikit contoh RM5K.
- Kumpulkan modal RM5K samada dari gaji atau keuntungan bisnis. RM5K mesti duit extra bukan duit belanja dapur kerana setiap bisnis pasti ada risiko samada berjaya atau gagal.
- Untuk kaedah ini cara paling cepat adalah dengan menggunakan ilmu saham. Ilmu trade saham perlu dipelajari dari sifu yang mahir antaranya Abang cadangkan adalah sifu Yusnizam Yusoff.
- Apabila sudah ada ilmu mesti bertindak dengan membuka akaun CDS. Jangan tunggu sampai pandai baru nak mula. Kepandaian itu adalah apabila ilmu diamalkan.
- Mulakan trade saham BSKL dengan bermodal RM5K. Paling bagus buat berjemaah jangan bersendirian. Sekarang adalah waktu terbaik untuk masuk pasaran kerana dijangkankan pasaran akan meningkat untuk beberapa bulan. Dengan teknik yang betul pasti akan ada keuntungan daripada modal RM5K tersebut.
- Separuh daripada keuntungan trade saham tersebut masukan ke akaun Tabung Haji dan ASB, jangan masukan ke akaun peribadi dikhuatiri akan habis digunakan.
- Separuh lagi keuntungan trade saham tersebut masuk balik ke akaun untuk tambah modal jadi boleh trade lagi banyak. RM5K + keuntungan baru. Belajar ikat perut setahun walaupun sudah nampak keuntungan mengalir masuk.
- Buat berulang-ulang no 6 dan no 7 sampai bila-bila. Ada hari untung, ada hari rugi itu biasa sebagai trader saham.
- Selepas tiga bulan sebahagian simpanan di Tabung Haji dan ASB boleh dikeluarkan untuk beli emas, untuk pelaburan jangka masa panjang.
- Selepas enam bulan sebahagian simpanan di Tabung Haji dan ASB boleh dikeluarkan untuk beli bitcoin untuk pelaburan jangka masa sederhana. Abang boleh ajar cara buat duit bitcoin setiap hari selama 3 tahun dengan bermodal USD600, bukan pelabuaran skim cepat kaya.
- Selepas setahun sebahagian simpanan di Tabung Haji dan ASB juga boleh guna untuk bayar deposit rumah kedua dan buat bayaran bulan. Lebih baik jika rumah yang dibeli tersebut disewakan jadi bayaran sewa bulan boleh diguna untuk membayar hutang bank.
- Selepas setahun sebahagian simpanan di Tabung Haji dan ASB juga boleh digunakan untuk beli kereta, beli handbeg, beli smartphone dan lain-lain mengikut kemampuan.
Teknik 1 – 11 hanya CONTOH sahaja mungkin rakan-rakan ada cara yang lebih baik untuk duit buat duit buat duit dan belanja. Cara tidak penting yang penting keazaman dan keberanian untuk mendisiplinkan diri menguruskan kewangan peribadi tidak berbelanja lebih daripada kemampuan supaya senang di masa tua.
Ini antara cara yang Abang kongsikan pada seorang teman. Bila sudah mula pasti ketagih.
Kongsikan kalau ada cara lain.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
50 Comments
Memang butuh sedikit keinginan kuat dan keteguhan untuk menjalankan semuanya. Dan jangan lupa untuk selalu bersyukur atas rejeki yang sudah didapatkan. Mantab artikelnya pak. Salam kenal dari Yogyakarta Indonesia. 🙂
Curahan rasa sutanto prabowo @ ..Jangan benci dulu dengan seorang hacker !!
Saya masih berusaha untuk buat duit bekerja untuk saya, memang sukar tapi saya percaya saya mampu buat 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Apa Nak Buat Kalau Gaji Tak Cukup
setuju bro Ikhwan, memang sukar. Perit tapi ada nikmatnya bila usaha mendatangkan hasil..keep it up!
Curahan rasa JMR @ ..Day 1: Travel ke Hong Kong Dengan Dayyan & Danish.
nak jadi usahawan kena bijak urus kewangan.. dan jangan sesekali abaikan tanggungjawab semata-mata utk mula bisnes.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Lazada Surprise Box 2017
betul tu..cuma nak menten urus kewangan tu yg perlukan kekuatan mengawal nafsu huhu
Curahan rasa JMR @ ..Perlu Ke Tak Beli Insuran Perjalanan (Travel Insurance)?
ada banyak cara buat duit, tapi yg paling best jika boleh buat duit pasif, wbp mula2 kena usaha lebih sikit, bila dh stabil baru boleh relax…
Curahan rasa mus @ ..Bisnes Toneexcel Mudah
Banyak juga tips pasal saham. Tapi panduan ini memang hebat. Jangan tamak dalam berdagang cukup untung sikit, sikit-sikit lelama jadi bukit.
Curahan rasa Panduan Terkini @ ..Ulasan Pinjaman Peribadi Maybank, Mumtaz-I MBSB Dan Bank Rakyat Terkini
Ramai traders yg tersungkur disebabkan sikap tamat..minta di jauhi lah sikap sebegini..
Curahan rasa JMR @ ..Perlu Ke Tak Beli Insuran Perjalanan (Travel Insurance)?
apa yang penting kena istiqamah juga tu untuk menyimpan dan melabur
Curahan rasa reezluv @ ..Guna Tiny Invoice Untuk Bisnes Dari Rumah
Istiqamah sebenarnya paling penting..kalau nak cakap ‘jangan give up’ dalam arab apa bang Reezluv?
Curahan rasa JMR @ ..Disney Hollywood Hotel, Hong Kong..Berbaloi atau Tidak?
Dah lama tak main saham. Macam menarik je nak masuk balik. Dulu-dulu pun masuk BSKL tumpang kawan je sampai jadi ketagih ha ha.
Curahan rasa rahimah majid @ ..5 Tips Ekstra Semasa Menempah Tiket Promo Airasia
ketagih tapi beri pulangan yang lumayan, apa salahnya kak rahimah.. sekarang dah stop ke mcm mana tu?
Curahan rasa JMR @ ..Perlu Ke Tak Beli Insuran Perjalanan (Travel Insurance)?
Baca tajuk pun saya setuju ni. Antara kesilapan selalu orang buat ialah terlalu takut atau kedekut nak labur duit untuk buat duit..
Untuk buat duit, kita kena buat duit tu bekerja untuk kita.. -merupakan ayat yang balik2 ditekankan dalam buku Robert Kiyosaki- Rich Dad, Poor Dad.
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Dapat RM 5 Dengan Setiap Link Yang Anda Promote
biar pelaburan yang menghasilkan duit..selain keberanian, ilmu di dada ken ada gak kan
Curahan rasa JMR @ ..Day 1: Travel ke Hong Kong Dengan Dayyan & Danish.
Untung sekarang banyak peluang nak belajar ilmu pengurusan kewangan. Tinggal nak praktikkan dan jaga disiplin je.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Wanita Perlu Lakukan Ini Untuk Cegah Kanser Serviks | Barah Pangkal Rahim
dah dapat ilmu teori, mestilah kena amalkan pula ilmu tu kan..barulah menjadi ilmu
Curahan rasa JMR @ ..4 Tempat Makan Wajib Singgah di Melaka.
betul juga tu…kene paksa diri nak menyimpan
pasal bit coin tu first time denganr…nak kena membaca hal tu
tq
Curahan rasa seri @ ..Shaklee untuk Gastrik Bantu Hilangkan Penyakit Ulu Hati
tertark dengan ayat “5k mesti duit extra”.. harap tak ada usahawan yang guna belanja dapur dan anak2.. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Belajar Buat Blog
Tips yang berguna, zaman sekarang duit mengalir dengan laju.. oleh itu, pembuatan duit juga kena laju juga… huhu..
Curahan rasa Wan Syahida @ ..Dulu Saya Pernah Benci, Tapi Kemudian Saya Jadi Suka
kalau perut sudah besar susah juga nak ikat dengan tali yang kecik..hehehe
apa apapun tips yang disarankan memang betul dan logik serta praktikal untuk diamalkan
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Rahsia Pikat Bakal Suami Yang Hensem
Perumpamaan yang deep dan padu tuan. Menusuk jiwa dan raga.. tips2 memang berguna.. kalau baca ja pun tak guna.. kena ada tindakan gitu..
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Paradoks Yang Membingungkan. Dan Maksud Paradoks.
Ilmu pengurusan wang memang penting. Tidak boleh pandai-pandai sendiri. Semata-mata membaca buku juga sepenuhnya membantu. Kena berguru secara mengadap juga.
Belajar ikat perut walau nampak keuntungan masuk! Ini cabaran paling besar dalam bisnes. Bila sudah nampak untung, nafsu mengajak untuk berbelanja. Tidak sabar untuk menunggu keuntungan daripada keuntungan. Bukan keuntungan daripada modal.
Comments are closed.