Terima Kasih Sumbangan untuk eQurban

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berat lagi mata memandang berat lagi bahu memikul. Mungkin ramai Rakan Blogger yang tidak dapat menghayati sebenar-benarnya perjuangan eQurban walaupun sudah banyak membantu eQurban melalui bantuan kewangan tunai dan ibadah kurban & aqiqah.

InsyaAllah video terbaru yang telah disiarkan di RTM 1 sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman perjuangan kami, eQurban membantu umat Islam di Kemboja.

Strategi eQurban bukan memberi ikan tetapi memberi pancing untuk meningkatkan ekonomi umat Islam. Bermula dengan menternak lembu untuk kurban dan aqiqah, 2012 eQurban telah melangkah ke Tanah Wakaf untuk ladang getah dan terbaru membina sekolah dan masjid. eQurban dan Koperasi Muslim Kemboja bersedia membantu individu dan syarikat yang sudi berjuang bersama.

InsyaAllah dengan izin ALLAH SWT dengan bantuan sebuah syarikat besar dari Malaysia kita akan membina sebuah sekolah vokasional khas untuk pelajar-pelajar Islam Kemboja.

Perigi wakaf daripada pederma seluruh dunia.
Perigi wakaf daripada pederma seluruh dunia.

InsyaAllah untuk tahun 2013 eQurban akan melangkah setapak lagi membantu muallaf Kemboja untuk menambah populasi umat Islam Kemboja yang hanya lebih kurang 3% daripada populasi Kemboja.

Ingatlah bantuan sesama umat Islam tidak pernah ada batas negara. Kalau tidak dapat membantu dengan wang ringgit bantulah dengan doa semuga perjuangan eQurban mendapat redha ALLAH SWT.

Kepada yang ada niat untuk melaksanakan aqiqah untuk anak-anak jangan lupa dengan eQurban keranan setiap sen yang Rakan Blogger hulurkan sangat membantu kami di eQurban. Terima kasih sumbangan untuk eQurban.

Perjuangan belum selesai.

44 Comments

        1. “Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyabut-nyebut pemberiannya dan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak(pula) mereka bersedih hati (QS. Al-Baqarah : 261-262)
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pasukan Kapiten | Berani Karena BenarMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!