Terima Kasih Pak Lah…

March 26, 2009

Politik

Manusia dihidupkan Allah dan pasti akan dimatikan apabila tiba masanya begitu juga pemimpin datang dan pergi. Setelah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir dan kini tiba masanya Abdullah Badawi melepaskan jawatan Perdana Menteri, Malaysia. Pak Lah melepaskan jawatan setelah didesak oleh Tun Mahathir dan sebahagian dari pemimpin UMNO akibat dari keputusan pilihan raya 2008 yang melihat buat pertama kalinya BN tidak mendapat majoriti 2/3. Tempat Pak Lah diganti oleh Timbalanya Najib Tun Razak.

Aku merasakan kegagalan Pak Lah pada pilihanraya yang lepas adalah kerana pasukannya tidak dapat mengikut aspirasi yang dibawa oleh beliau disamping berlaku perubahan dalam struktur Masyarakat Malaysia. Pak Lah membawa dasar keterbukaan berbeza dengan zaman Chedet yang lebih tertutup. Masyarakat Malaysia juga lebih terdedah dengan informasi hasil dari dasar ICT yang diperkenalkan. Malangnya pemimpin-pemimpin BN masih lagi ditakuk lama tidak menyedari bahawa dunia telah berubah dan semakin terbuka, masyarakat juga telah berubah dan berpengetahuan. Sebahagian besar Pemimpin UMNO masih lagi leka dengan projek sana projek sini, duit sana duit sini sehingga terlupa Masyarakat yang mesti dibantu.

Secara peribadi Aku merasakan Pak Lah adalah korban dari perubahan struktur Masyarakat dan Politik tetapi begitulah adat dunia setiap perubahan perlu pengorbanan. Pengorbanan beliau akan hanya dapat dilihat suatu masa akan datang. Suatu hari kita akan melihat segala jasa dan kebaikan Pak Lah.

Aku tidak mahu berbicara soal Korupsi kerana ianya telah berlaku sejak sebelum zaman Pak Lah dan apa jaminan jika Pembangkang mengambil alih TIDAK akan berlaku korupsi. Korupsi telah berlaku sejak beribu tahun dahulu. Ini bukanlah bermakna aku support korupsi..yang berani buat tunggulah balasan dari ALLAH.

Terima kasih Pak Lah. Aku doakan semuga Pak Lah terus sukses dalam hidup dunia dan akhirat….Jasa Mu Tetap Dikenang.

Like this story? Please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
, ,

Terima kasih singgah dan membaca rasa hati yg dikongsi

1. Klik cara untuk claim Rewards.
2. Klik Setiap backlinks dibayar RM0.02.
4. Jadi Rakan Niaga eQurban.com berniaga sambil beramal.
5. Suka kami? Klik FB Like, Retweet dan Google + 1 dan Follow @Denaihati

  • nasslimdiet2 June 16, 2011 at 10:07 am

    terima kasih pak lah, jasamu dikenang

    pada pendapat saya, sesiapa atau parti mana yang menjadi pemimpin, korupsi tetap berlaku.
    Entri terbaru nasslimdiet2 – Teknik Jualan BerpengaruhMy Profile

  • naimulfirdaus June 16, 2011 at 9:19 am

    untuk dikenang..

    erm..
    Entri terbaru naimulfirdaus – umno meracau dengar negara kebajikan PASMy Profile

  • Ali ridha December 2, 2010 at 9:08 pm

    undur diri tidak bermakna
    lemah.terus bagi sokongan.

    • Steward John December 4, 2010 at 11:50 am

      Betul kata Ali, walaupun sudah undur diri, tapi terus bagi sokongan juga

  • Ali ridha December 2, 2010 at 6:58 pm

    sesiapa yang perintah Negara.
    asalkan orang itu Melayu Islam.

  • Ali ridha December 2, 2010 at 6:57 pm

    lihat jika ada titik
    kelemahan.bantulah
    Dato Najib.

  • Ali ridha December 2, 2010 at 6:56 pm

    berundur bukan bermakna
    rehatkan diri dirumah sahaja.

  • Ali ridha December 2, 2010 at 6:55 pm

    bila undur diri tu.
    jangan lupa beri sokong
    untuk terus berjuang.

  • Ali ridha December 2, 2010 at 6:45 pm

    minta yang terbaik dari
    pemimpin yang ada sekarang.

    • Steward John December 4, 2010 at 11:52 am

      Itu sudah pasti harapan 1Malaysia tu mau pemimpin yang layak memandu rakyat dan negara

  • Ali ridha December 2, 2010 at 6:44 pm

    Pak Lah
    lepas jawatan demi
    kesejahteraan rakyat.

  • Ali ridha December 2, 2010 at 6:41 pm

    lama juga Dato Najib jadi naib PM.
    sekarang ni dah jadi PM.

  • Bang Iwan September 28, 2010 at 7:30 am

    Jabatan hanyalah sebuat titipan yang suatu saat harus kita serahkan kembali.
    Entri terbaru Bang Iwan – Komik Ketika Nurani Bicara Upaya menekan RadikalismeMy Profile

Trackbacks